May 22, 2011

STAR IN A MILKY WAY



Sebenarnya aku dah janji tak nak buka cerita pasal kau lagi,walaupun sekelumit tapi tapi tapi aku tak boleh nak tahan cerita ni untuk aku sorang. Aku rasa terbeban sangat sangat tapi takda ah sampai menganggu pemikiran aku cuma kadang kadang tu teringat sekejap sekejap dekat kau tu aku rasa normal ah kan? Kau dah jumpa hidup kau yang baru,tahniah diucapkan. Memang tu yang kau nak sangat,walaupun aku makan hati dengan apa yang kau cuba lakukan antara kita tapi takpa ah. Aku mengalah,aku gembira kalau kau gembira k?


Lepas apa yang jadi antara kita berdua,aku kawal diri daripada contact kau. Tak kisah ah daripada Facebook ke,call ke,text ke. Semua aku tahan,aku buat macam biasa. Kebiasaan aku memang aku akan tengok news feed,selalunya ada juga aku nampak kau update status tak pun kau wall-to-wall dengan Eva tapi hari tu aku takda nampak pun. Aku pelik gila,tapi aku chill je. Aku try search tapi takda,heh masa tu memang terang-tang-tang ah kau dah deactivate Facebook. Aku pun tak boleh buat apa,takkan nak suruh kau activate balik. Yela,aku siapa je bagi kau kan kan kan?


Semalam aku pergi Melaka dengan Rahmat,Ajim,Mud,Eddy dengan Mud. Masa otw balik,tiba tiba Boy bersuara.

'Banyak gila bintang malam ni'

Boy sebut je 'bintang',kepala aku terus tangkap muka kau. Fuck man! Aku dongak kepala,tengok langit. Memang banyak bintang,tapi 'bintang' aku mana ada lagi. 'Bintang' aku dah takda,dah hilang. Kebiasaannya juga kalau online,aku akan log in untuk Skype. Setiap kali aku online Skype,nama kau mesti ada. Ya Allah,tangan memang gatal je nak taip 'Hi' tapi hati tak kuat lagi. Biar ah aku pulih dulu,hati pun entah macam mana kondisi pun aku tak tahu. Aku bukan kata aku ego tak nak tegur kau cuma aku tak kuat lagi,ya memang dulu aku kuat. Dulu aku kuat sebab ada kau,kau 'bintang' aku. Tu dulu,sekarang kau bukan 'bintang' aku lagi. Jaga diri 'bintang'!


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.