May 3, 2011

SMILE IN A CRY





K,malam ni memang buntu tiba tiba. Kesian Adan,aku layan macam taik. Adan pun dah dapat baca perangai aku,sorry k? Aku tak nak jadi macam ni,nahhh celah mana aku ikut jadi perangai macam ni. Aku redha. Haa,lagi satu jangan tanya aku macam mana perangai aku tu sebab aku sendiri tak dapat nak tafsirkan guna kata kata. Senang cerita,siapa nak tahu meh masuk dalam badan aku dan kaji perangai pelik aku tu k? Aku dah tak larat nak kaji,penat sangat. Post kali ni bukan nak menjurus kepada perangai aku.


Habis.


Daripada petang bawa ke malam,aku memang YM dengan Adan. Tahu je ah Adan macam mana,potpet banyak. Penat tangan menaip tapi untunglerr aku dapat kawan macam Adan. Hari ni je aku rasa banyak juga aku update status dan semua status yang aku update tu kau like. Aku tak tahu apa motif tapi yang aku bengang kau like boleh tegur aku dekat IM ke dekat wall ke memang jauh sekali. K,chill Ell chill. Niat memang nak IM dengan kau tapi bila fikir balik,aku letak ego aku dekat puncak. Biar makin jauh niat nak IM kau. Kau boleh buat,takkan aku tak boleh buat. Yer dak?


Ayien sendiri dah boleh baca aku,yela BFF mesti ah tahu kalau aku lain sikit. Aku pelik Ayien tiba tiba sebut nama kau. Mulanya daripada situ,aku dengan Ayien terus bergosip pasal kau. Semua pasal kau dan tak lama lepas tu kau IM aku. Demmmm,panjang umur kau ni. Kau bagi aku link,aku dah pelik. Aku terus click,rupanya video daripada Youtube. Nak tau lagu apa? Kbrah,3 Malam Tanpa Bintang. Bermakna betul tajuk lagu tu,k aku terus terdiam. Aku tak bagi respon apa cuma ucapan terima kasih. Memandangkan tiada respon daripada kau,aku terus buang IM kau. Kepala otak aku ligat berfikir,apa motif kau bagi aku lagu tu. Nak kata ada kena mengena dengan kita,rasanya takda. Cuma tajuk lagu tu je ada kena mengena sikit.


Buat hal sendiri sampaikan aku nampak phone aku berkelip kelip. Ada orang call,nombor yang tidak dikenali jadi aku tak pick up call tu. Aku terus text,rupanya Boy tapi aku dekat hospital macam mana nak otp. Yer dak? K,abaikan. Phone aku berkelip kelip lagi,tengok skrin nama kau. Aku terus pick up call,kau suruh aku online padahal masa tu memang aku online. Kau IM aku ajak webcam. Serius,memang pelik. Aku chill je,aku online YM lepas tu webcam. Puuuuuup,keluar je muka kau dekat desktop aku bibir aku senyum sampai ke telinga. Segala gigi,gusi semua nampak. Kdang,aku cover cover aku senyum depan kau. Bukan apa cuma ego,ya ego ah katanya.


Sepanjang YM dengan kau,takdakan aku taip 'haha'? Aku cuba mengekalkan keegoan aku tu tapi tetap kalah dengan senyuman kau. Dapat YM dalam setengah jam lepas tu kau nak tidur. Kau wish goodnight bagai bagai. Banyak benda tertinggal sebab tu aku tak wish goodnight ke selamat malam ke dekat kau. Aku sakit hati sebab kita dah tak macam dulu. I miss you,I miss the old you.


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.