May 4, 2011

LUCKY DAY





Hari ni sangat awesome k? Aku senyum sampai ke telinga ni,nampak tak? K,abaikan. Biasa ah hari Rabu aku memang akan keluar dengan Apek,aku pun tak tahu kenapa. Aku rasa dah jadi acara wajib sejak dua menjak ni. Lagipun aku ajak Apek keluar hari ni ada tujuan,tujuannya aku nak cari baju untuk hari Sabtu ni. Aku cerita macam aku dah takda baju je kan? Hell no,ada baju cuma aku tak tahu nak mix and match macam mana lagi. Senang cerita aku dah bosan dengan apa yang ada dalam almari aku walaupun ada yang aku belum pakai lagi. Biasa ah,aku cepat bosan orangnya.


K,Apek sampai tepat tepat waktu melawat tapi Apek tetap nak suruh aku jemput dekat lobi. Demmmmm,memang tak ah. Aku cuma text bagi arah jalan nak ke wad mama,nasib Apek tak banyak bunyi. Apek bawa nasi ayam,favourite tu tapi nak keluar punya pasal aku lupakan hasrat nak makan nasi ayam. Apek berbual kejap dengan mama,terus gerak Jusco Tebrau City. Plan memang nak cari dress ataupun blaus warna pink sebab tema untuk hari Sabtu ni warna pink. Wawa pun dah tegaskan,mesti pakai pakaian yang berwarna pink. Masuk Topshop,takda. Masuk Esprit,takda. Masuk Dorothy Perkin,ada tapi tak memikat hati sangat. Masuk Subzero,ada juga tapi tak sesuai. Aku dah blur,bukan blur cuma putus asa sebab bila nak cari benda yang warna pink memang susah. Cuba kalau tak dicari,bersepah je tengok sampai meluat nak tengok.


Satu Jusco Tebrau City dah pusing,tak jumpa. K,terus gerak City Square. Apek dah membebel itu ini,kbrah dah tak jumpa takkan nak suruh pusing satu Jusco Tebrau City lagi. Adoih! Sampai City Square,aku meluru je masuk Padini Concept Store. Aku nak cari dress tapi takda. Kdang,pelik tak? Rasa macam nak bakar je,chill Ell chill. Apek bagi cadangan pergi tengok tiket movie dulu. K,ni aku suka. Hari tu aku memang teruja nak tengok Penunggu Istana tapi bila sampai dekat kaunter kepala aku terus tertumpu dekat Thor. Aku pun pelik,tiba tiba nak sangat tengok Thor. Apek pun nak tengok Thor,jadi takda masalah terus beli tiket. Thor mula 044opm,jam baru 0245pm. K,lama lagi. Terus pergi foodcourt,makan. Makan apa? Biasa ah,sizzling rice tofu with chicken. Aku dah ketagih dengan makanan ni,serius.


Siap makan,terus turun bawah lepak J.Co. Makan apa? Makan yogurt ah,favourite aku! Chillin' kejap sementara tunggu Thor mula. Aku pun sempat online kejap,perkara wajib k? 0430pm terus naik atas balik,Thor dah nak mula. K,Thor memang superb! Tak superb sebab ada monyet mana entah duduk belakang aku,lepas tu memekak macam siel. Aku pun tak tahu celah mana dorang ni keluar. Serius,noob! Dah tahu nak tengok cerita Thor,lagi pergi bawa baby yang baru 1 bulan 2 bulan macam tu. Thor mula aku faham je,sekejap lagi dengar suara baby tu merengek rengek nak apa entah aku terus macam hilang fokus. Aku ingat aku sorang perasan,rupanya abang sebelah aku pun rasa macam nak sepak dorang ni. Mula Thor sampai habis Thor,dorang sibuk memekak. Aku rasa macam nak bangun suruh keluar je dari situ,yela aku bayar 17bux bukan nak dengar dorang berborak k? Fuck you.


Habis je Thor,terus berborak itu ini dengan Apek pasal Thor. Apek sibuk nak tengok muka monyet yang memekak tu,muka macam sebaya aku je tapi dah ada baby. K,abaikan. Lalu depan kaunter,aku rasa macam nak tengok movie lain. Apek pun tak kisah,aku terus beratur beli tiket The Roomates. The Roomates mula 9pm,jam baru 7pm. Apek ajak aku pergi cari baju dulu. Terus menapak pergi The Scandalist,favourite store aku k? Kedai memang best,stuff dalam tu lagi best. Semua vintaj dan sangat rare! Aku terus cari dress warna pink. K,tak jumpa. Pergi bahagian belakang,aku jumpa dress jeans. Memang comel tapi sleeveless. Aku terus cari cardigan warna pink,tak jumpa. Aku fikir fikir,rasa macam nak mix and match dress jeans tu dengan tee turleneck warna pink belang putih. Aku ambil,terus masuk fittingroom. Pusing punya pusing depan cermin,aku rasa suka. Aku minta tali pinggang Apek,aku cuba padankan dengan dress jeans tadi. K,ngamngamchoy!


Dari The Scandalist terus pergi City Square balik,penat memang penat tapi hati rasa puas. Tu yang penting k? Aku ajak Apek lepak J.Co lagi sementara tunggu The Roomates mula. Beli 2 donut,lepak lepak sambil online. Kaki aku cramped,kdang! Satu hari berjalan,ni ah sebabnya. Lepak punya lepak,aku ternampak Ashraf. Kbrah,nak tegur tapi macam malas takut Apek mengamuk so aku biarkan je ah. 5 minit sebelum 9pm terus naik sebab takut The Roomates dah mula. Orang memang ramai,yela hari Rabu. Biasa ah tu. The Roomates pun okay cuma jalan cerita bosan sikit dan sikit lebih kurang dengan Scre4m. The Roomates dengan Scre4m,dua dua menceritakan pasal kawan cuma aku rasa Scre4m lagi seram dari The Roomates. Aku terus gerak balik sebab mata,kaki,tangan semua dah lenguh. Ngantuknyeeeeeeew!


AF: I love you
NE: I hate you k?
AF: Oh,dengan orang lain I love you you love me ehh?
NE: Alaa,tu dengan orang lain. Dengan kau aku cakap I hate you je sebab dengan orang lain semua aku dah cakap I love you.
AF: Kira aku special ah ni?
NE: Kau memang terlalu special dalam hidup aku k? I hate you more and more,hehe.



No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.