May 6, 2011

FRIDAY NIGHT



Semalam hari Jumaat,memang perkara pertama aku buat ialah balik Muar. Tipu ah kalau aku cakap tak rindu Muar,yer dak? K,aku naik bas dengan mama. Apek belikan tiket 4pm,sampai Muar tepat 6pm. Aku sampai Muar,Apek naik bas nak balik Muar. Serius,memang keling. Panggil Apek tapi perangai keling. Apek dalam bas lagi aku dah text aku nak ajak Apek pergi Jonker Walk,nak beli beg. Aku text Rahmat tanya ada kereta tak malam ni,Rahmat pun tak pasti. Aku pun suruh Rahmat ambil Apek dekat Bentayan. 15 minit lepas tu Apek call masa aku tengah syok syok online,


AF: Nak pergi Melaka tak?
NE: Nak!
AF: Siapa ikut?
NE: Eyka dengan Ayien.
AF: K,siap.


Aku pun terus capai phone call Ayien lepas tu aku call Eyka. Semua dah siap,yang Apek dengan Rahmat tak sampai sampai lagi rumah aku. Aku call Apek,Apek boleh bantai cakap dah dekat depan rumah. Apek dengan Rahmat berbual dengan Along,lepas tu Apek masuk dalam jumpa papa tanya pasal konsert D'lloyd. Lepas tu pergi rumah Eyka dengan Ayien,semua dah lengkap terus gerak. Sampai Jonker Walk 1145pm,orang yang jual barang semua dah kemas kemas. Kdang,aku tak tahu kenapa tutup awal. Aku terus pergi tempat jual beg yang aku nak,fuhh nasib ada lagi tapi tu pun dah nak siap kemas kemas. Aku terus ambil beg yang aku nak,minta wallet dekat Apek lepas tu bayar dan chaw. Aku plan nak lepak Hang Tuah sebab dah lama tak jumpa Aboyy tapi Rahmat kata lepak MBMB lagi best. K,terus gerak MBMB tapi sebelum tu pergi beli Mcd dulu. Duduk bersila dekat MBMB tu,makan dengan rakusnya. Yela,masing masing lapar terutama Apek.


Sibuk tengah makan,mulut masing masing nak bercerita. Ayien cerita pasal zaman sekolah. Aku pun layankan sebab Ayien kata aku nakal masa zaman sekolah. Ayien asyik kena buli dengan aku,yela Nyonya Ell kan? Biasa lettew. Entah macam mana Eyka boleh terbuka cerita pasal pontianak. Aku terus menyampuk,


NE: Ey,dekat MBMB ni orang pernah jumpa pontianak k?
E: Hisy Ell ni. Mulut celupar!
NE: Alahai,betul ah. Try search dekat Youtube. Aku dah pernah tengok.
R: Betul ah,kawan aku yang tangkap gambar dekat sini.
E: Ee,yeker? Kawan kau jumpa ah benda tu?
R: Tak,kawan aku tangkap gambar dekat sini lepas tu sampai rumah baru perasan ada benda tu belakang dia.
E: Ee,takut ah! Jangan ah!
NE: Haha,kau dah kenapa?
A: Rumah Eyka ada bilik sebelah ataskan? Haaa,malam ni dia jengah Eyka dari atas.
E: Ee bodoh! Jangan ah! Takut doh! Aku tidur sorang ni!
NE: Habis ah kau!
R: Nanti kau rasa kuku dia yang panjang tu.
E: Babi,sumpah tak nak kawan.
AF: Dah,malam ni.


Aku pun tak tahu celah mana keluar cerita pontianak ni sebab tiba tiba aku macam teringat apa yang aku baca dalam Mastika pasal orang jumpa pontianak dekat MBMB. Aku bukan berlagak cuma aku dah latih diri aku tak boleh takut sangat dengan benda macam ni. Yela,benda ni semua memang ada je sekeliling kita jadi tak payah terkejut ah. Lepas makan semua,lepak kejap terus kemas kemas dan balik. Semalam memang ramai betul mat wempitz sampaikan penuh satu stesen minyak,ingatkan kenapa rupanya bergaduh siap baling helmet k? Memang dasyat.


Rahmat pun ikut ah jalan nak masuk AMJ nak balik Muar. Sibuk berbual bula dalam kereta,tiba tiba tak jumpa jalan nak ke AMJ. Masing masing dah pelik,papan tanda semua takda tulis Muar. Rahmat kata sesat,siap lalu pintu masuk Asahan nak ke Gunung Ledang. Bayangkan,daripada Ayer Keroh sampaikan ke Asahan nak cari jalan masuk ke AMJ tapi tak jumpa. Jalan bengkang bengkok sampai aku cakap,


NE: Pergh Eyka,kau tengok jalan depan kita ni. Berkabus je,misteri siel.
E: Jangan tegur Ell.
NE: Kau pelik tak kenapa jalan ni macam ular kena palu? Sunyi pula tu.
E: Seram doh kalau drive sorang sorang.


Rahmat bawa kereta sampai masuk pekan Jasin,pekan mati k? Takda kereta pun,kedai semua ah tutup. Aku masih tak nampak papan tanda nak ke Muar,tapi ada papan tanda ke Tangkak. Rahmat pun ikut je papan tanda ke Tangkak. Tak jauh dari pekan Jasin tu tiba tiba ada roadblock pula. Semua gelabah nak capai sitbelt. Bayangkan,jalan tu sunyi gilababi tapi ada roadblock. Polis tu minta lesen dengan i/c Rahmat,lepas tu polis tu tanya dari mana nak kemana. Rahmat pun cerita ah pasal sesat semua. Polis tu ada bagitahu jalan nak masuk ke AMJ. Lepas je roadblock tu,ada simpang dengan papan tanda pergi Muar. Ya Allah,payahnya nak nampak papan tanda ke Muar. Dah masuk AMJ,semua terdiam. Masing masing tak berani nak cakap apa apa lagi. Aku sampai rumah,cuci kaki basuh muka terus masuk bilik. Online kejap,Meyl call lepas tu aku tertidur.


8am tadi,mama kejut aku tanya nak makan sarapan apa. Aku geleng je sebab mata memang tak boleh nak buka langsung. 9am,Along pula kejutkan aku.


AL: B,Apek dah sampai depan rumah tu.
NE: Ee,kenapa? Apek buat apa dari JB ke Muar ni?
AL: Otak kau. Bangun ah,tanya kenapa.


Kena otak pagi pagi,terima kasih Along. Aku keluar dengan mata tak boleh buka tanya Apek kenapa. Rahmat ajak pergi sarapan,aku terus masuk toilet cuci muka lepas tu berus gigi. K,dah siap. Serius,takda masa nak mandi. Aku suruh Apek call Eyka,aku masuk kereta terus pergi rumah Eyka. Apek dengan Rahmat siap kenakan Eyka kata nak pergi Melaka,patut ah aku pelik kenapa Eyka pakai baju lawa lawa ni padahal aku belum mandi. Eyka bawa barang barang terus nak pergi reunion petang ni lepas tu terus tidur rumah aku malam ni.


Sampai je tempat makan tu,order satay apa semua. Kejap lagi Ajim sampai,jyeah makin meriah k? Tengah makan,tiba tiba Rahmat tanya.


R: Kau tahu kenapa kita sesat malam semalam?
NE: Kenapa?
R: Cerita pasal benda tu ah semalam.
E: Kau ah Ell yang buka cerita pasal tu. Ey tak,aku yang buka cerita lepas tu Ell sambung.
R: Patutnya daripada Ayer Keroh semalam kita terus je nanti jumpa AMJ tapi aku belok sebab aku nampak papan tanda Muar belok kanan. Masa dekat jalan yang berkabus tu,Ell tegur aku dah tak sedap hati. Aku baca ayat Kursi,tak lama lepas tu kita jumpa roadblock.


Serius,kecut perut bila teringat cerita semalam. Sumpah lepas ni aku nak kawal mulut aku ah,tak nak celupar sangat,sebab mulut badan binasa k? Alhamdullilah takda apa yang serius berlaku semalam,nasib semua sempat sampai rumah. Amin!



No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.