May 2, 2011

A Day With Eternal Girlfriend



Seriously last night was awesome,I had a great time with my one and only eternal girlfriend,Ayien. Mula fikir fikir tak nak keluar sebab masing masing sibuk,dengan jadi photographer dekat wedding ah apa ah itu ah ini ah so aku plan memang nak duduk rumah je. Along pula boleh ajak pergi Melaka sebab Adam nak tengok cerita Rio,check punya check sekali cerita Rio dah takda. Adam punya mengamuk macam apa je,chill ah k? Adam tak dapat tengok cerita Rio tapi aku dah tengok dulu. Sorry k? Along kata malam baru jalan jalan dekat Melaka. K,aku tak kisah. Aku terus capai phone,text Ayien tanya nak ikut tak keluar dengan Along. Serta merta Ayien call aku,Ayien pun kata nak ikut.


Sampai depan rumah Ayien,Adam pula buat hal nak terkencing bagai bagai. Suruh tumpang bilik air rumah Ayien tak nak,Adam kata bapak Ayien garang. Kbrah,macam bapak Ayien nak marah marah Adam pula. Adoih! Dari rumah Ayien terus gerak pergi Wetex,Adam nak beli mainan sekaligus pergi makan. Aku bagi cadangan deka Along makan dekat Chicken Rice Shop sebab masing masing memang tak lunch lagi. K,sampai Chicken Rice Shop terus blur tak tahu nak order apa. Kalau Eyka kerja lagi memang sure sure ah Eyka yang serve ktorang tapi malangnya Eyka dah berhenti. So,order punya order lepas tu sampai makanan yang diorder. Fuhhhh,nasi ayam memang terbayekkk!


Lepas je makan,terus pusing pusing Tanjung. Aku menyempat juga ah online dalam kereta,biasa lettew. Tengah tweet tweet,tiba tiba Ad tweet tanya aku dekat Tanjung ke. Aku dah macam pelik,yela jangan cerita Ad nampak aku ah sebab aku memang dalam kereta je sepanjang pusing pusing dekat Tanjung. K,lupakan. Dah nak Maghrib terus pergi Parit Setongkat ambil mama,biasa ah mama petang petang memang lepak rumah Mak Ndak. Ambil mama terus gerak balik. Lepak bilik kejap,pilih nak pakai baju apa pergi Melaka dengan Ayien. Pergh,masing masing buntu. Aku suruh Ayien pakai baju yang aku dah tak nak tu,Ayien tak habis habis dengan segan. Pelik betul aku,kdanggg!


8pm macam terus pergi Melaka. Misi utama memang nak pergi Jonker Walk walaupun aku tahu dekat situ memang ramai orang sebab memang tempat tu jadi tumpuan orang lagi lagi kalau hari cuti. K,sampai je terus jalan kaki pergi Jonker Walk. Mulut Ayien tak sudah sudah cakap takut kalau terjumpa Haneef. Aku tengok jam macam awal lagi,yela takkan Haneef dah habis kerja padahal baru 9pm. Yer dak? Aku pun suruh Ayien chill je ah. Kalau dah terjumpa,nak buat macam manakan? Jalan sepanjang Jonker Walk tu,memang betul mencabar keimanan sebab ramai sangat orang. Aku siap cakap dekat Ayien,'2 saat,1 langkah'. Bayangkan sendiri k? Setiap kedai baju aku masuk,kononnya nak cari baju untuk reunion Sabtu ni tapi hampa. Satu apa tak dapat.


Dari Jonker Walk,jalan pergi Bangunan Stadhuys. Ni memang tempat favourite aku,tak tahu kenapa tapi aku memang suka tak kisah ah siang ke malam ke tempat ni memang cool. Sampai je depan Bangunan Stadhuys,aku toleh belakang nak tengok apa aku pun tak pasti. Mata aku terus tertangkap kereta Kenari merah,aku terus tengok plat kereta. Pergh,plat kereta MBC blahblahblah. Tangan aku terus tarik tangan Ayien suruh toleh tempat lain,Ayien ni blur sebab Ayien dengan aku sebut 'ABC' padahal aku sebut 'MBC'. Kereta tu berhenti tepi jalan,tinggal isi dalam kereta tu tak turun je kalau turun aku tak tahu apa yang jadi. Serius,aku yang macam terpegun sampai entah ah. Ayien biasa ah,masih blur blur tapi mulut Ayien memang masin k?


Sampai Muar,pergi makan dulu. Plan memang Ayien tidur rumah aku tapi bapak Ayien pula tiba tiba call kata nak ambil,kfine mencik!



No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.