May 18, 2011

260 DAYS



Cukup 260 hari tapi bagi aku,aku tetap rasa kelainan dalam diri kau. Lain yang macam mana? Heh,aku pun tak tahu nak terangkan macam mana tapi aku tahu aku agi selesa dengan kau yang baru 1 hari aku kenal bukan kau yang dah 260 hari aku kenal. Fahamkan? K.


Aku tak minta lebih cuma nak sokongan moral daripada kau bukannya makin menjatuhkan semangat aku. Memang aku untung sebab kawan aku cukup,keluarga aku pun semua cukup lagi tapi kalau ada kau aku rasa lagi bertambah tambah semangat aku. Mungkin kau tak sedar perlakuan kau tu buat aku terasa hati atau mungkin aku telah berubah menjadi seorang yang terlalu sensitif. Heh,aku rasa kedua duanya sekali. Aku memang terlalu sensitif sekarang ni,semua orang yang rapat dengan aku tak kira dekat social network mahupun dunia realiti tetap berjaga jaga bila mengeluarkan kata kata. Tersalah sikit,memang aku tarik muka. Perubahan dalam diri aku ni mendadak,aku sendiri tak dapat kesan apa punca segala yang terjadi. Aku tak boleh nak buat apa cuma redha je.


'Suka ah kau dapat masuk UiTM Shah Alam nanti. Melompat macam katak gembira nanti,kan?


Berkecai hati aku bila kau cakap macam ni. Aku tahu kau masa tu kau cuba kalis bila kau bercakap dengan aku tapi aku tahu apa yang cuba kau sampaikan. Aku dah 18 tahun hidup,bukan 8 tahun k? Senang cerita,hati aku memang fragile. Tak boleh salah cakap sikit,aku terus nak bertukar jadi Hulk. Tak suka? Aku tak kisah sebab aku tak boleh nak buat apa lagi. Apa yang cuba kau maksudkan bila aku dapat UiTM Shah Alam aku melompat macam katak sebab suka? Aku tahu,kau cuba sebut nama Danny tapi kau tahu sendiri aku akan mengamuk bila kau sebut nama Danny. Nah,biar aku terangkan k? Kalau aku dapat UiTM Shah Alam sekalipun,tak bermaksud aku nak tergedik gedik cari Danny lepak dengan Danny apa semua. Bodoh sangat ke aku ni sampai nak buat macam tu? Tolong ah,otak tu jangan nak fikir negatif je. Aku dah penat k? Aku pun dah berkawan dengan Danny,siap rapat dengan Kiki Azmi.


Luaskan cara pemikiran kau k? Positifkan diri kau sendiri sebab aku sikit tak pernah terdetik nak fikir negatif pasal kau. Aku tahu Danny bagi impak yang besar dalam hidup kau walaupun aku dengan Danny dah takda apa. Tak perlu semua tu k? Buang masa dengan tenaga kau nak buat macam tu. Aku dah malas nak cakap banyak sebab cerita aku dengan Danny dah takda,memang dah lupus betul betul. Kalau tak lupus,macam mana aku boleh berkawan dengan Danny? Fikir dalam dalam. Aku penat nak layan perangai negatif kau,sumpah penat.


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.