May 22, 2011

STAR IN A MILKY WAY



Sebenarnya aku dah janji tak nak buka cerita pasal kau lagi,walaupun sekelumit tapi tapi tapi aku tak boleh nak tahan cerita ni untuk aku sorang. Aku rasa terbeban sangat sangat tapi takda ah sampai menganggu pemikiran aku cuma kadang kadang tu teringat sekejap sekejap dekat kau tu aku rasa normal ah kan? Kau dah jumpa hidup kau yang baru,tahniah diucapkan. Memang tu yang kau nak sangat,walaupun aku makan hati dengan apa yang kau cuba lakukan antara kita tapi takpa ah. Aku mengalah,aku gembira kalau kau gembira k?


Lepas apa yang jadi antara kita berdua,aku kawal diri daripada contact kau. Tak kisah ah daripada Facebook ke,call ke,text ke. Semua aku tahan,aku buat macam biasa. Kebiasaan aku memang aku akan tengok news feed,selalunya ada juga aku nampak kau update status tak pun kau wall-to-wall dengan Eva tapi hari tu aku takda nampak pun. Aku pelik gila,tapi aku chill je. Aku try search tapi takda,heh masa tu memang terang-tang-tang ah kau dah deactivate Facebook. Aku pun tak boleh buat apa,takkan nak suruh kau activate balik. Yela,aku siapa je bagi kau kan kan kan?


Semalam aku pergi Melaka dengan Rahmat,Ajim,Mud,Eddy dengan Mud. Masa otw balik,tiba tiba Boy bersuara.

'Banyak gila bintang malam ni'

Boy sebut je 'bintang',kepala aku terus tangkap muka kau. Fuck man! Aku dongak kepala,tengok langit. Memang banyak bintang,tapi 'bintang' aku mana ada lagi. 'Bintang' aku dah takda,dah hilang. Kebiasaannya juga kalau online,aku akan log in untuk Skype. Setiap kali aku online Skype,nama kau mesti ada. Ya Allah,tangan memang gatal je nak taip 'Hi' tapi hati tak kuat lagi. Biar ah aku pulih dulu,hati pun entah macam mana kondisi pun aku tak tahu. Aku bukan kata aku ego tak nak tegur kau cuma aku tak kuat lagi,ya memang dulu aku kuat. Dulu aku kuat sebab ada kau,kau 'bintang' aku. Tu dulu,sekarang kau bukan 'bintang' aku lagi. Jaga diri 'bintang'!


May 18, 2011

260 DAYS



Cukup 260 hari tapi bagi aku,aku tetap rasa kelainan dalam diri kau. Lain yang macam mana? Heh,aku pun tak tahu nak terangkan macam mana tapi aku tahu aku agi selesa dengan kau yang baru 1 hari aku kenal bukan kau yang dah 260 hari aku kenal. Fahamkan? K.


Aku tak minta lebih cuma nak sokongan moral daripada kau bukannya makin menjatuhkan semangat aku. Memang aku untung sebab kawan aku cukup,keluarga aku pun semua cukup lagi tapi kalau ada kau aku rasa lagi bertambah tambah semangat aku. Mungkin kau tak sedar perlakuan kau tu buat aku terasa hati atau mungkin aku telah berubah menjadi seorang yang terlalu sensitif. Heh,aku rasa kedua duanya sekali. Aku memang terlalu sensitif sekarang ni,semua orang yang rapat dengan aku tak kira dekat social network mahupun dunia realiti tetap berjaga jaga bila mengeluarkan kata kata. Tersalah sikit,memang aku tarik muka. Perubahan dalam diri aku ni mendadak,aku sendiri tak dapat kesan apa punca segala yang terjadi. Aku tak boleh nak buat apa cuma redha je.


'Suka ah kau dapat masuk UiTM Shah Alam nanti. Melompat macam katak gembira nanti,kan?


Berkecai hati aku bila kau cakap macam ni. Aku tahu kau masa tu kau cuba kalis bila kau bercakap dengan aku tapi aku tahu apa yang cuba kau sampaikan. Aku dah 18 tahun hidup,bukan 8 tahun k? Senang cerita,hati aku memang fragile. Tak boleh salah cakap sikit,aku terus nak bertukar jadi Hulk. Tak suka? Aku tak kisah sebab aku tak boleh nak buat apa lagi. Apa yang cuba kau maksudkan bila aku dapat UiTM Shah Alam aku melompat macam katak sebab suka? Aku tahu,kau cuba sebut nama Danny tapi kau tahu sendiri aku akan mengamuk bila kau sebut nama Danny. Nah,biar aku terangkan k? Kalau aku dapat UiTM Shah Alam sekalipun,tak bermaksud aku nak tergedik gedik cari Danny lepak dengan Danny apa semua. Bodoh sangat ke aku ni sampai nak buat macam tu? Tolong ah,otak tu jangan nak fikir negatif je. Aku dah penat k? Aku pun dah berkawan dengan Danny,siap rapat dengan Kiki Azmi.


Luaskan cara pemikiran kau k? Positifkan diri kau sendiri sebab aku sikit tak pernah terdetik nak fikir negatif pasal kau. Aku tahu Danny bagi impak yang besar dalam hidup kau walaupun aku dengan Danny dah takda apa. Tak perlu semua tu k? Buang masa dengan tenaga kau nak buat macam tu. Aku dah malas nak cakap banyak sebab cerita aku dengan Danny dah takda,memang dah lupus betul betul. Kalau tak lupus,macam mana aku boleh berkawan dengan Danny? Fikir dalam dalam. Aku penat nak layan perangai negatif kau,sumpah penat.


May 16, 2011

HERO GADIS GADIS





Nahhhhhhhh,hambik kau Ell. Apa ke sial hidup aku asyik kenal dengan lelaki yang ada title 'Hero Gadis Gadis',fuck man! Hari tu sekali dah kena,ni sekali lagi. Demmmm! Serius ah,bila jadi macam ni memang bertalu talu aku sumpah dalam hati. Yela,sakit hati k? Sweetalk punya manis siap bagi high hope blahblahblah lepas tu dannnnnnng hambik kau,hampir semua perempuan kau bagi benda yang sama. Apa kesialnya perangai tu? Aku ingat lagi ayat kau,


AKU KALAU DAH MULA SAYANG ORANG MEMANG SUSAH TAPI KAU PULA BUAT AKU MACAM NI.
APA APA AH,BYE.


K,ni masa aku tak layan dia. Bukan tak layan apa,cuma aku busy gila babi. Tak cukup dengan tu,siap remove aku dari Facebook. Aku pun macam tak busy lagi,start balik hi hi dengan kau apa semua. Aku dengan bodohnya pergi ah add kau balik. Paling boleh ah kan kan kan? Paling best ah aku tengok wall kau,fuhhhh tak nak kalah. Hero Gadis Gadis mesti ah penuh dengan gadis gadis. Yer dak? Aku senyum sinis je baca semua tu,aku stalker? Ya,memang. Apa masalahnya? Aku takkan stalk kalau aku takda rasa apa apa,faham? Kau biasa je,yela Hero Gadis Gadis aku perli sikit mana makan.


Memang sakit hati,tapi kau buta. Kau mana rasa apa aku rasa,yang kau tahu sweetalk,flirting. Alahai,apa kebodohnya aku tak perasan kau sweetalk dengan semua gadis gadiskan? Nahhh,Ell memang bodoh. Dah ah bodoh,sial pula tu hidup sebab kenal lelaki lelaki macam kau ni.



May 15, 2011

WTF




Ceritanya semalam memang aku yang sial. Orang lain punya masalah,aku tersepit dekat tengah tengah sampai kena perli kena tempik kena macam macam ah. Siapa tak baran,yer dak? Aku memang penyabar orangnya tapi kalau sampai bukan salah aku pun aku balik yang kena tu memang tak ah. Silap orang beroo,lu dah pijak kepala wa lebih lebih memang ah wa hembus balik.



K,sekarang ni aku menyesal sebab tanya pasal benda tu. Benda apa tak payah tahu ah,tak penting dengan hidup aku pun. Aku tanya je,kau nak melenting bagai bagai kenapa? Memang ceritanya kau kawan aku,dia pun kawan aku tapi masalahnya kau dengan dia yang ada hal. Aku tak nak jadi orang ketiga sebab aku bukan kuat sangat nak jadi orang ketiga dalam masalah korang berdua ni k? Masalah sendiri,settle masing masing. Kau marah dekat dia,tapi aku yang kenakan? K,memang best gilababi. Aku dengan dia tak istilah 'BFF' sebab aku pun kenal dia macam tu je dan aku rasa aku kenal kau lagi rapat rasanya,jadi tak perlu nak perli aku jadi 'nice' sebab berkawan dengan. Fuck man,apa ni? Aku dah guna bahasa sopan santun malam semalam,dah tak tahan sangat memang hilang ah sopan santun pelancau semua tu. Selagai boleh bersabar aku sabar,kalau dah lebih memang minta maaf aku cakap aku memang akan hembus. Lantak ah kau siapa,aku bukan kira. Aku dah tolong kau itu ini,ini yang aku dapat? Memang best ah ceritanya. Aku mengungkit? Memang. Kau pun ada mengungkit malam semalamkan? Biar aku nak taip dekat blog cerita apa sekalipun,dah nama blog aku kisah pula kau nak mengamuk ke apa. Serius ah,aku bukan jenis ah nak bergaduh dengan jantan pasal hal remeh temeh ni. Aku cuma nak bagi kau sedar,aku bukan kawan kau yang kau pakai boleh hembus bila kau marah marah dekat orang lain. Aku ada perasaan juga k? Ingat sikit!



May 11, 2011

I MISS YOU. NO,I MISS US.





K,aku rindu kau.
- Rindu kau panggil aku Bam.
- Rindu kau bagi aku KFC dekat tepi Dewan Jubli Intan.
- Rindu kau berlagak dengan keychain Domo dekat kunci kereta kau.
- Rindu kau gelabah ajak aku pergi Econsave dengan Giant sebab nak cari wardrobe.
- Rindu 8 Mac 2011 dengan kau.
- Rindu kau text 'otw' tapi yang sebenarnya kau dah ada depan rumah aku.
- Rindu tengok kau makan mee rebus.
- Rindu kau bahan aku pasal kawan kawan kau.
- Rindu kau bawa kereta laju laju masa nak pergi Melaka.
- Rindu kau minum CoolBlog perisa Oreo Mocha dengan pearl.
- Rindu kau cakap 'untunglerr'.
- Rindu kau suap aku KFC.
- Rindu tengok movie dengan kau.
- Rindu nak tengok kau pakai Dunk sampai 10 minit.
- Rindu Dunk merah kau.
- Rindu kau cium pipi aku sebab tunggu kau pakai dunk lama sangat.
- Rindu tengok kau nyanyi lagu Memory-David Guetta ft Kid Cudi.
- Rindu kau kutuk nigga dekat MMU.
- Rindu dengar kau bahan Ayien pasal Haneef.
- Rindu kau pujuk aku sebab aku nak tengok No String Attached masa Eyka tengah beli shades.
- Rindu cara kau beriya iya main Bingo dekat funfair sampai dapat bear besar gila.
- Rindu cara kau marah bila aku tampar muka kau.
- Rindu bila kau suruh aku berdiri dekat tengah panas semata mata nak test camera kau.
- Rindu bila kau suruh aku snap gambar kau dekat air pancut Dataran Pahlawan.
- Rindu nak tengok kau shopping.
- Rindu nak cium tangan kau bila kau hantar aku balik.
- Rindu kau peluk leher aku sebab aku tak nak pandang muka kau.
- Rindu mata sepet kau.



May 9, 2011

THERE'S NO MORE YOU IN ME




K,hari ni birthday kau. Kau mesti teruja gilakan sebab dah 19 tahun,syukur alhamdullilah kau diberi lagi peluang untuk hidup. Semoga panjang umur ya? Aku memang dah lama berniat takkan wish birthday kau sampai waktu yang sesuai baru aku wish. K,bukan kau sorang tapi semua orang yang aku sayang aku akan buat macam tu. Kononnya apa? Kononnya omel omel. Aku pun tak prepare apa yang menarik untuk birthday kau sebab aku ni jenis orang yang membosankan. So,aku capai diari lebleb dengan pensel. Diari ni memang paling aku sayang sebab aku gunakan diari ni untuk tulis apa yang penting dari aku form 4 sampai sekarang. Lamakan? Memang lama,sebab tu aku sayang. K,sambung balik. Aku pun start sketch apa entah,aku sendiri tak tahu. Main tulis lepas tu boldkan,memang apa yang ada dalam fikiran aku curahkan je dekat diari tu. Aku set webcam,snap snap snap. Serius,gambar memang banyak tapi aku termenung sekejap. Takkan aku nak upload semua gambar ni,yela aku bukan gf kau pun nak over over benda macam ni. Yer dak? So,aku jadikan page. Edit tone,pamparammmmm! Hasilnya,aku sangat suka.


Aku terus upload dekat wall,aku ingat kau orang pertama yang akan like. Yela,dah gambar ni memang khas untuk kau tapi entah siapa yang like dulu. Alahai,tak kisah ah. Aku ingat kau tak perasan,selepas sejam baru kau like lepas tu kau comment lepas tu kau tag. K,senyum memang melebar masa ni. Masa comment dengan kau dekat gambar ni memang ego aku kalah KLCC. Kenapa? Entah. Aku main taip je apa aku rasa sampai bila aku baca balik aku rasa macam geli. Ya,geli tahu geli? Nak buat macam mana,dah tertaip. Aku buat bodoh je walaupun masa tu rasa macam mata ni dah nak hujan. Awh,tahan Ell tahan. Lepas tu aku saja dengar lagu dekat Youtube sambil download video. Aku boleh terdengar pula lagu Wedding Dress,lagu memang best dan sangat umph dengan situasi aku. Aku copy link,post dekat status. Kau like juga,siap comment apa entah. Aku layankan lagi tapi dengan ego yang tebal k?


Masa otp dengan kau tadi,aku rasa aku perempuan paling sial tengah bercakap dengan lelaki yang heartless/konon cool/ego. K,memang sakit hati tapi aku tahan dan tahan. Aku rasa kalau aku ada depan kau masa otp tadi memang pisau rambo betul betul terpacak dekat dada kau. Aku serius k? Aku cakap sikit,kau tempik. Aku tak bercakap pun kena tempik juga. Siapa tak sakit hati,yer dak? Mungkin kau tak nak bagi muka dekat aku malam ni,takpa ah aku chill je. Kau dah banyak bagi myka dekat aku sampai aku pun dah naik lemak,perangai pun makin mengada ngada dengan ego makin tebal. Aku memang macam tu,kau nak tukar aku jadi apa lagi? Ya,memang aku 24 jam ada rasa jeles. Jeles sebab sayang,bodoh! Kalau aku tak sayang takdanya aku nak buang masa 24 jam nak jeles dengan kau. Faham? Memang malam ni aku tak diberi peluang langsung nak mempertahankan diri aku dan aku rasa aku tak patut pun pertahankan diri aku sebab kau tetap macam tu.



Hal pun dah lepas,nak ungkit balik memang sakit. Siapa yang sakit? Aku,ya aku bukan kau. Untuk pengetahuan kau,kalau kau yang tak mulakan memang kita takkan jadi macam ni. Betulkan apa aku cakap? Kalau kau nak tunggu dia,k just go then. Aku pun tak halang kau tapi jangan nak ada cubaan nak flirt aku. Aku tak marah cuma aku dah penat nak tanggung sakit,kau takda dekat tempat aku so kau tak tahu apa yang aku rasa. Aku pun tak minta kau ada dekat tempat aku tapi cuba ada rasa perikemanusiaan sikit k? Aku malas nak cakap banyak malam tadi sebab aku cakap kau tempik,aku fed up. Aku diam,aku menangis. K,masing masing dah lepaskan masing masing. No hard feeling,lantak kau ah nak buat apa lepas ni memang aku takkan ambil tahu langsung. Kalau perlu kau remove aku dari Facebook kau,k go on. Aku tak kisah dan untuk pengetahuan kau segala status aku gambar aku dan update update aku dekat Facebook memang secara rasminya akan aku hide daripada kau. Sorry k? Aku terpaksa sebab kau ada mengungkit pasal like status malam tadi.



K,I'm done with you. There's no more you in me and enjoy your birthday. Aku takda hadiah yang istimewa untuk kau tapi aku rasa ni hadiah yang paling best kau bagi dekat kau k? Goodluck dan jangan cuba contact aku lagi sebab aku dah mula buang segalanya pasal kau. Sakit hati? K,rasakan apa yang aku rasa selama ni. Ni hukum karma namanya. Lastly,jangan mulakan sesuatu permainan kalau takut nak habiskan. Take care,bye.


May 6, 2011

FRIDAY NIGHT



Semalam hari Jumaat,memang perkara pertama aku buat ialah balik Muar. Tipu ah kalau aku cakap tak rindu Muar,yer dak? K,aku naik bas dengan mama. Apek belikan tiket 4pm,sampai Muar tepat 6pm. Aku sampai Muar,Apek naik bas nak balik Muar. Serius,memang keling. Panggil Apek tapi perangai keling. Apek dalam bas lagi aku dah text aku nak ajak Apek pergi Jonker Walk,nak beli beg. Aku text Rahmat tanya ada kereta tak malam ni,Rahmat pun tak pasti. Aku pun suruh Rahmat ambil Apek dekat Bentayan. 15 minit lepas tu Apek call masa aku tengah syok syok online,


AF: Nak pergi Melaka tak?
NE: Nak!
AF: Siapa ikut?
NE: Eyka dengan Ayien.
AF: K,siap.


Aku pun terus capai phone call Ayien lepas tu aku call Eyka. Semua dah siap,yang Apek dengan Rahmat tak sampai sampai lagi rumah aku. Aku call Apek,Apek boleh bantai cakap dah dekat depan rumah. Apek dengan Rahmat berbual dengan Along,lepas tu Apek masuk dalam jumpa papa tanya pasal konsert D'lloyd. Lepas tu pergi rumah Eyka dengan Ayien,semua dah lengkap terus gerak. Sampai Jonker Walk 1145pm,orang yang jual barang semua dah kemas kemas. Kdang,aku tak tahu kenapa tutup awal. Aku terus pergi tempat jual beg yang aku nak,fuhh nasib ada lagi tapi tu pun dah nak siap kemas kemas. Aku terus ambil beg yang aku nak,minta wallet dekat Apek lepas tu bayar dan chaw. Aku plan nak lepak Hang Tuah sebab dah lama tak jumpa Aboyy tapi Rahmat kata lepak MBMB lagi best. K,terus gerak MBMB tapi sebelum tu pergi beli Mcd dulu. Duduk bersila dekat MBMB tu,makan dengan rakusnya. Yela,masing masing lapar terutama Apek.


Sibuk tengah makan,mulut masing masing nak bercerita. Ayien cerita pasal zaman sekolah. Aku pun layankan sebab Ayien kata aku nakal masa zaman sekolah. Ayien asyik kena buli dengan aku,yela Nyonya Ell kan? Biasa lettew. Entah macam mana Eyka boleh terbuka cerita pasal pontianak. Aku terus menyampuk,


NE: Ey,dekat MBMB ni orang pernah jumpa pontianak k?
E: Hisy Ell ni. Mulut celupar!
NE: Alahai,betul ah. Try search dekat Youtube. Aku dah pernah tengok.
R: Betul ah,kawan aku yang tangkap gambar dekat sini.
E: Ee,yeker? Kawan kau jumpa ah benda tu?
R: Tak,kawan aku tangkap gambar dekat sini lepas tu sampai rumah baru perasan ada benda tu belakang dia.
E: Ee,takut ah! Jangan ah!
NE: Haha,kau dah kenapa?
A: Rumah Eyka ada bilik sebelah ataskan? Haaa,malam ni dia jengah Eyka dari atas.
E: Ee bodoh! Jangan ah! Takut doh! Aku tidur sorang ni!
NE: Habis ah kau!
R: Nanti kau rasa kuku dia yang panjang tu.
E: Babi,sumpah tak nak kawan.
AF: Dah,malam ni.


Aku pun tak tahu celah mana keluar cerita pontianak ni sebab tiba tiba aku macam teringat apa yang aku baca dalam Mastika pasal orang jumpa pontianak dekat MBMB. Aku bukan berlagak cuma aku dah latih diri aku tak boleh takut sangat dengan benda macam ni. Yela,benda ni semua memang ada je sekeliling kita jadi tak payah terkejut ah. Lepas makan semua,lepak kejap terus kemas kemas dan balik. Semalam memang ramai betul mat wempitz sampaikan penuh satu stesen minyak,ingatkan kenapa rupanya bergaduh siap baling helmet k? Memang dasyat.


Rahmat pun ikut ah jalan nak masuk AMJ nak balik Muar. Sibuk berbual bula dalam kereta,tiba tiba tak jumpa jalan nak ke AMJ. Masing masing dah pelik,papan tanda semua takda tulis Muar. Rahmat kata sesat,siap lalu pintu masuk Asahan nak ke Gunung Ledang. Bayangkan,daripada Ayer Keroh sampaikan ke Asahan nak cari jalan masuk ke AMJ tapi tak jumpa. Jalan bengkang bengkok sampai aku cakap,


NE: Pergh Eyka,kau tengok jalan depan kita ni. Berkabus je,misteri siel.
E: Jangan tegur Ell.
NE: Kau pelik tak kenapa jalan ni macam ular kena palu? Sunyi pula tu.
E: Seram doh kalau drive sorang sorang.


Rahmat bawa kereta sampai masuk pekan Jasin,pekan mati k? Takda kereta pun,kedai semua ah tutup. Aku masih tak nampak papan tanda nak ke Muar,tapi ada papan tanda ke Tangkak. Rahmat pun ikut je papan tanda ke Tangkak. Tak jauh dari pekan Jasin tu tiba tiba ada roadblock pula. Semua gelabah nak capai sitbelt. Bayangkan,jalan tu sunyi gilababi tapi ada roadblock. Polis tu minta lesen dengan i/c Rahmat,lepas tu polis tu tanya dari mana nak kemana. Rahmat pun cerita ah pasal sesat semua. Polis tu ada bagitahu jalan nak masuk ke AMJ. Lepas je roadblock tu,ada simpang dengan papan tanda pergi Muar. Ya Allah,payahnya nak nampak papan tanda ke Muar. Dah masuk AMJ,semua terdiam. Masing masing tak berani nak cakap apa apa lagi. Aku sampai rumah,cuci kaki basuh muka terus masuk bilik. Online kejap,Meyl call lepas tu aku tertidur.


8am tadi,mama kejut aku tanya nak makan sarapan apa. Aku geleng je sebab mata memang tak boleh nak buka langsung. 9am,Along pula kejutkan aku.


AL: B,Apek dah sampai depan rumah tu.
NE: Ee,kenapa? Apek buat apa dari JB ke Muar ni?
AL: Otak kau. Bangun ah,tanya kenapa.


Kena otak pagi pagi,terima kasih Along. Aku keluar dengan mata tak boleh buka tanya Apek kenapa. Rahmat ajak pergi sarapan,aku terus masuk toilet cuci muka lepas tu berus gigi. K,dah siap. Serius,takda masa nak mandi. Aku suruh Apek call Eyka,aku masuk kereta terus pergi rumah Eyka. Apek dengan Rahmat siap kenakan Eyka kata nak pergi Melaka,patut ah aku pelik kenapa Eyka pakai baju lawa lawa ni padahal aku belum mandi. Eyka bawa barang barang terus nak pergi reunion petang ni lepas tu terus tidur rumah aku malam ni.


Sampai je tempat makan tu,order satay apa semua. Kejap lagi Ajim sampai,jyeah makin meriah k? Tengah makan,tiba tiba Rahmat tanya.


R: Kau tahu kenapa kita sesat malam semalam?
NE: Kenapa?
R: Cerita pasal benda tu ah semalam.
E: Kau ah Ell yang buka cerita pasal tu. Ey tak,aku yang buka cerita lepas tu Ell sambung.
R: Patutnya daripada Ayer Keroh semalam kita terus je nanti jumpa AMJ tapi aku belok sebab aku nampak papan tanda Muar belok kanan. Masa dekat jalan yang berkabus tu,Ell tegur aku dah tak sedap hati. Aku baca ayat Kursi,tak lama lepas tu kita jumpa roadblock.


Serius,kecut perut bila teringat cerita semalam. Sumpah lepas ni aku nak kawal mulut aku ah,tak nak celupar sangat,sebab mulut badan binasa k? Alhamdullilah takda apa yang serius berlaku semalam,nasib semua sempat sampai rumah. Amin!



May 4, 2011

LUCKY DAY





Hari ni sangat awesome k? Aku senyum sampai ke telinga ni,nampak tak? K,abaikan. Biasa ah hari Rabu aku memang akan keluar dengan Apek,aku pun tak tahu kenapa. Aku rasa dah jadi acara wajib sejak dua menjak ni. Lagipun aku ajak Apek keluar hari ni ada tujuan,tujuannya aku nak cari baju untuk hari Sabtu ni. Aku cerita macam aku dah takda baju je kan? Hell no,ada baju cuma aku tak tahu nak mix and match macam mana lagi. Senang cerita aku dah bosan dengan apa yang ada dalam almari aku walaupun ada yang aku belum pakai lagi. Biasa ah,aku cepat bosan orangnya.


K,Apek sampai tepat tepat waktu melawat tapi Apek tetap nak suruh aku jemput dekat lobi. Demmmmm,memang tak ah. Aku cuma text bagi arah jalan nak ke wad mama,nasib Apek tak banyak bunyi. Apek bawa nasi ayam,favourite tu tapi nak keluar punya pasal aku lupakan hasrat nak makan nasi ayam. Apek berbual kejap dengan mama,terus gerak Jusco Tebrau City. Plan memang nak cari dress ataupun blaus warna pink sebab tema untuk hari Sabtu ni warna pink. Wawa pun dah tegaskan,mesti pakai pakaian yang berwarna pink. Masuk Topshop,takda. Masuk Esprit,takda. Masuk Dorothy Perkin,ada tapi tak memikat hati sangat. Masuk Subzero,ada juga tapi tak sesuai. Aku dah blur,bukan blur cuma putus asa sebab bila nak cari benda yang warna pink memang susah. Cuba kalau tak dicari,bersepah je tengok sampai meluat nak tengok.


Satu Jusco Tebrau City dah pusing,tak jumpa. K,terus gerak City Square. Apek dah membebel itu ini,kbrah dah tak jumpa takkan nak suruh pusing satu Jusco Tebrau City lagi. Adoih! Sampai City Square,aku meluru je masuk Padini Concept Store. Aku nak cari dress tapi takda. Kdang,pelik tak? Rasa macam nak bakar je,chill Ell chill. Apek bagi cadangan pergi tengok tiket movie dulu. K,ni aku suka. Hari tu aku memang teruja nak tengok Penunggu Istana tapi bila sampai dekat kaunter kepala aku terus tertumpu dekat Thor. Aku pun pelik,tiba tiba nak sangat tengok Thor. Apek pun nak tengok Thor,jadi takda masalah terus beli tiket. Thor mula 044opm,jam baru 0245pm. K,lama lagi. Terus pergi foodcourt,makan. Makan apa? Biasa ah,sizzling rice tofu with chicken. Aku dah ketagih dengan makanan ni,serius.


Siap makan,terus turun bawah lepak J.Co. Makan apa? Makan yogurt ah,favourite aku! Chillin' kejap sementara tunggu Thor mula. Aku pun sempat online kejap,perkara wajib k? 0430pm terus naik atas balik,Thor dah nak mula. K,Thor memang superb! Tak superb sebab ada monyet mana entah duduk belakang aku,lepas tu memekak macam siel. Aku pun tak tahu celah mana dorang ni keluar. Serius,noob! Dah tahu nak tengok cerita Thor,lagi pergi bawa baby yang baru 1 bulan 2 bulan macam tu. Thor mula aku faham je,sekejap lagi dengar suara baby tu merengek rengek nak apa entah aku terus macam hilang fokus. Aku ingat aku sorang perasan,rupanya abang sebelah aku pun rasa macam nak sepak dorang ni. Mula Thor sampai habis Thor,dorang sibuk memekak. Aku rasa macam nak bangun suruh keluar je dari situ,yela aku bayar 17bux bukan nak dengar dorang berborak k? Fuck you.


Habis je Thor,terus berborak itu ini dengan Apek pasal Thor. Apek sibuk nak tengok muka monyet yang memekak tu,muka macam sebaya aku je tapi dah ada baby. K,abaikan. Lalu depan kaunter,aku rasa macam nak tengok movie lain. Apek pun tak kisah,aku terus beratur beli tiket The Roomates. The Roomates mula 9pm,jam baru 7pm. Apek ajak aku pergi cari baju dulu. Terus menapak pergi The Scandalist,favourite store aku k? Kedai memang best,stuff dalam tu lagi best. Semua vintaj dan sangat rare! Aku terus cari dress warna pink. K,tak jumpa. Pergi bahagian belakang,aku jumpa dress jeans. Memang comel tapi sleeveless. Aku terus cari cardigan warna pink,tak jumpa. Aku fikir fikir,rasa macam nak mix and match dress jeans tu dengan tee turleneck warna pink belang putih. Aku ambil,terus masuk fittingroom. Pusing punya pusing depan cermin,aku rasa suka. Aku minta tali pinggang Apek,aku cuba padankan dengan dress jeans tadi. K,ngamngamchoy!


Dari The Scandalist terus pergi City Square balik,penat memang penat tapi hati rasa puas. Tu yang penting k? Aku ajak Apek lepak J.Co lagi sementara tunggu The Roomates mula. Beli 2 donut,lepak lepak sambil online. Kaki aku cramped,kdang! Satu hari berjalan,ni ah sebabnya. Lepak punya lepak,aku ternampak Ashraf. Kbrah,nak tegur tapi macam malas takut Apek mengamuk so aku biarkan je ah. 5 minit sebelum 9pm terus naik sebab takut The Roomates dah mula. Orang memang ramai,yela hari Rabu. Biasa ah tu. The Roomates pun okay cuma jalan cerita bosan sikit dan sikit lebih kurang dengan Scre4m. The Roomates dengan Scre4m,dua dua menceritakan pasal kawan cuma aku rasa Scre4m lagi seram dari The Roomates. Aku terus gerak balik sebab mata,kaki,tangan semua dah lenguh. Ngantuknyeeeeeeew!


AF: I love you
NE: I hate you k?
AF: Oh,dengan orang lain I love you you love me ehh?
NE: Alaa,tu dengan orang lain. Dengan kau aku cakap I hate you je sebab dengan orang lain semua aku dah cakap I love you.
AF: Kira aku special ah ni?
NE: Kau memang terlalu special dalam hidup aku k? I hate you more and more,hehe.



May 3, 2011

SMILE IN A CRY





K,malam ni memang buntu tiba tiba. Kesian Adan,aku layan macam taik. Adan pun dah dapat baca perangai aku,sorry k? Aku tak nak jadi macam ni,nahhh celah mana aku ikut jadi perangai macam ni. Aku redha. Haa,lagi satu jangan tanya aku macam mana perangai aku tu sebab aku sendiri tak dapat nak tafsirkan guna kata kata. Senang cerita,siapa nak tahu meh masuk dalam badan aku dan kaji perangai pelik aku tu k? Aku dah tak larat nak kaji,penat sangat. Post kali ni bukan nak menjurus kepada perangai aku.


Habis.


Daripada petang bawa ke malam,aku memang YM dengan Adan. Tahu je ah Adan macam mana,potpet banyak. Penat tangan menaip tapi untunglerr aku dapat kawan macam Adan. Hari ni je aku rasa banyak juga aku update status dan semua status yang aku update tu kau like. Aku tak tahu apa motif tapi yang aku bengang kau like boleh tegur aku dekat IM ke dekat wall ke memang jauh sekali. K,chill Ell chill. Niat memang nak IM dengan kau tapi bila fikir balik,aku letak ego aku dekat puncak. Biar makin jauh niat nak IM kau. Kau boleh buat,takkan aku tak boleh buat. Yer dak?


Ayien sendiri dah boleh baca aku,yela BFF mesti ah tahu kalau aku lain sikit. Aku pelik Ayien tiba tiba sebut nama kau. Mulanya daripada situ,aku dengan Ayien terus bergosip pasal kau. Semua pasal kau dan tak lama lepas tu kau IM aku. Demmmm,panjang umur kau ni. Kau bagi aku link,aku dah pelik. Aku terus click,rupanya video daripada Youtube. Nak tau lagu apa? Kbrah,3 Malam Tanpa Bintang. Bermakna betul tajuk lagu tu,k aku terus terdiam. Aku tak bagi respon apa cuma ucapan terima kasih. Memandangkan tiada respon daripada kau,aku terus buang IM kau. Kepala otak aku ligat berfikir,apa motif kau bagi aku lagu tu. Nak kata ada kena mengena dengan kita,rasanya takda. Cuma tajuk lagu tu je ada kena mengena sikit.


Buat hal sendiri sampaikan aku nampak phone aku berkelip kelip. Ada orang call,nombor yang tidak dikenali jadi aku tak pick up call tu. Aku terus text,rupanya Boy tapi aku dekat hospital macam mana nak otp. Yer dak? K,abaikan. Phone aku berkelip kelip lagi,tengok skrin nama kau. Aku terus pick up call,kau suruh aku online padahal masa tu memang aku online. Kau IM aku ajak webcam. Serius,memang pelik. Aku chill je,aku online YM lepas tu webcam. Puuuuuup,keluar je muka kau dekat desktop aku bibir aku senyum sampai ke telinga. Segala gigi,gusi semua nampak. Kdang,aku cover cover aku senyum depan kau. Bukan apa cuma ego,ya ego ah katanya.


Sepanjang YM dengan kau,takdakan aku taip 'haha'? Aku cuba mengekalkan keegoan aku tu tapi tetap kalah dengan senyuman kau. Dapat YM dalam setengah jam lepas tu kau nak tidur. Kau wish goodnight bagai bagai. Banyak benda tertinggal sebab tu aku tak wish goodnight ke selamat malam ke dekat kau. Aku sakit hati sebab kita dah tak macam dulu. I miss you,I miss the old you.


May 2, 2011

Kerna Sayang




Dari tadi kau berlari
ku fikirkan.. hanya engkau yg ku idamkan
tak pernah pula kau bercerita.. siang mlm kau menderita
jangan dibiarkan perasaan menawar hati
jangan dibiarkan semuanya berlalu pergi

aku di sini
ku tetap berdiri
ku mengundang kasih
pergi sendiri
ku takkan kembali
agar kita kan bersama

jgn pulangkan kerinduan
tiap kali kau berjauhan
tidak mudah ku melupakan.. kerna sayang
kali pertama di pandangan
buat ku terbang di awangan
jangan pulangkan kerinduan.. kerna sayang

engkau memungkiri janji.. bukan aku
engkau yg melupakannya.. bukan aku
hanya aku yg impikan.. agar kita berbahagia hingga ke anak cucu
tapi itu semuanya kenangan.. yg tinggal hanya perasaan
dlm doaku hanya ingin selalu di samping mu.. oh pulanglah

aku di sini
ku tetap berdiri
ku mengundang kasih
pergi sendiri
ku takkan kembali
agar kita kan bersama

jgn pulangkan kerinduan
tiap kali kau berjauhan
tidak mudah ku melupakan.. kerna sayang
kali pertama di pandangan
buat ku terbang di awangan
jangan pulangkan kerinduan.. kerna sayang setiap kali ku mengenangkan mu
siang..mlm.. ku doakan kebahagian mu
yg ku pinta hanyalah.. tulus hati mu..
ada kau balas kerinduan ku


Ni lagu Kerna Sayang dari VE. K,ni memang lagu favourite aku. Aku membesar pun dengar lagu ni sebab tu aku rasa memang berhantu lagu ni. Dah lama juga ah aku tak dengar lagu ni sampai satu masa Adan IM aku bagi link video Adan karaoke lagu Kerna Sayang. Suara Adan dah memang comel dengan lagu ni yang berhantu,pergh makin bertambah suka dekat lagu ni. Suara Adan yang macam Donald Duck tu pun aku layankan je,janji tu lagu favourite aku. Kbrah,habis.


Aku update status,kau like. Aku share link,kau like. K,aku tak marah dan tak kisah pun. Entah,sejak dua menjak ni aku memang dah jauh dengan kau sebab blahblahblah. Aku sendiri tak tahu sebab apa,mungkin terlalu mengharap benda yang tak pasti sebab tu jadi macam ni tapi aku chill lagi. Aku mesti chill,aku kuat. Niat memang nak tegur kau dekat IM tapi err tak jadi sebab ego aku memang kalah KLCC. K,tidak dinafikan. Aku buat bodoh je,terus dan terus mengupdate status dan kau pun terus terus mngelike status aku. Aku buka box IM,dua dua akaun kau online. K,masih lagi berada dalam ego yang tinggi sebab tu aku tak tegur kau dekat IM. Aku terus tweet tweet dengan Ad,Wawa dengan Nana. Lepas tu aku macam dengar bunyi IM dekat Facebook. K,aku biarkan je. 5 minit lepas tu aku baru tengok,rupanya kau yang IM 'selamat malam'. Aku memang tak reply sebab kau dah offline. Lepas tu aku tengok lagi box IM,akaun pertama kau online lagi. K,aku terus copy link lagu Kerna Sayang paste dekat IM kau. Sayangnya,takda respon. 5 minit lepas tu,aku nampak phone aku berkelip kelip. Baru nak pick up call tapi tak sempat,aku tengok nama kau yang terpampang dekat skrin phone aku. Aku terus text,tapi takda respon juga. Chill lagi. Aku rasa tiba tiba aku nekad nak buat SS,dah siap aku try call kau. 2x try call baru kau pick up call aku,tu pun suara macam mamai mamai. Cerita sikit sikit,kau kata nak tidur. Kdang,terus terfikir siapa aku nak call guna baki SS aku ni? Mulut dah ringan nak cakap babi banyak kali tapi aku chill lagi. Dah,penat nak fikir. Salah aku sebab aku gatal pergi buat SS sampai kacau kau tengah tidur. Sorry k? Kbye.


A Day With Eternal Girlfriend



Seriously last night was awesome,I had a great time with my one and only eternal girlfriend,Ayien. Mula fikir fikir tak nak keluar sebab masing masing sibuk,dengan jadi photographer dekat wedding ah apa ah itu ah ini ah so aku plan memang nak duduk rumah je. Along pula boleh ajak pergi Melaka sebab Adam nak tengok cerita Rio,check punya check sekali cerita Rio dah takda. Adam punya mengamuk macam apa je,chill ah k? Adam tak dapat tengok cerita Rio tapi aku dah tengok dulu. Sorry k? Along kata malam baru jalan jalan dekat Melaka. K,aku tak kisah. Aku terus capai phone,text Ayien tanya nak ikut tak keluar dengan Along. Serta merta Ayien call aku,Ayien pun kata nak ikut.


Sampai depan rumah Ayien,Adam pula buat hal nak terkencing bagai bagai. Suruh tumpang bilik air rumah Ayien tak nak,Adam kata bapak Ayien garang. Kbrah,macam bapak Ayien nak marah marah Adam pula. Adoih! Dari rumah Ayien terus gerak pergi Wetex,Adam nak beli mainan sekaligus pergi makan. Aku bagi cadangan deka Along makan dekat Chicken Rice Shop sebab masing masing memang tak lunch lagi. K,sampai Chicken Rice Shop terus blur tak tahu nak order apa. Kalau Eyka kerja lagi memang sure sure ah Eyka yang serve ktorang tapi malangnya Eyka dah berhenti. So,order punya order lepas tu sampai makanan yang diorder. Fuhhhh,nasi ayam memang terbayekkk!


Lepas je makan,terus pusing pusing Tanjung. Aku menyempat juga ah online dalam kereta,biasa lettew. Tengah tweet tweet,tiba tiba Ad tweet tanya aku dekat Tanjung ke. Aku dah macam pelik,yela jangan cerita Ad nampak aku ah sebab aku memang dalam kereta je sepanjang pusing pusing dekat Tanjung. K,lupakan. Dah nak Maghrib terus pergi Parit Setongkat ambil mama,biasa ah mama petang petang memang lepak rumah Mak Ndak. Ambil mama terus gerak balik. Lepak bilik kejap,pilih nak pakai baju apa pergi Melaka dengan Ayien. Pergh,masing masing buntu. Aku suruh Ayien pakai baju yang aku dah tak nak tu,Ayien tak habis habis dengan segan. Pelik betul aku,kdanggg!


8pm macam terus pergi Melaka. Misi utama memang nak pergi Jonker Walk walaupun aku tahu dekat situ memang ramai orang sebab memang tempat tu jadi tumpuan orang lagi lagi kalau hari cuti. K,sampai je terus jalan kaki pergi Jonker Walk. Mulut Ayien tak sudah sudah cakap takut kalau terjumpa Haneef. Aku tengok jam macam awal lagi,yela takkan Haneef dah habis kerja padahal baru 9pm. Yer dak? Aku pun suruh Ayien chill je ah. Kalau dah terjumpa,nak buat macam manakan? Jalan sepanjang Jonker Walk tu,memang betul mencabar keimanan sebab ramai sangat orang. Aku siap cakap dekat Ayien,'2 saat,1 langkah'. Bayangkan sendiri k? Setiap kedai baju aku masuk,kononnya nak cari baju untuk reunion Sabtu ni tapi hampa. Satu apa tak dapat.


Dari Jonker Walk,jalan pergi Bangunan Stadhuys. Ni memang tempat favourite aku,tak tahu kenapa tapi aku memang suka tak kisah ah siang ke malam ke tempat ni memang cool. Sampai je depan Bangunan Stadhuys,aku toleh belakang nak tengok apa aku pun tak pasti. Mata aku terus tertangkap kereta Kenari merah,aku terus tengok plat kereta. Pergh,plat kereta MBC blahblahblah. Tangan aku terus tarik tangan Ayien suruh toleh tempat lain,Ayien ni blur sebab Ayien dengan aku sebut 'ABC' padahal aku sebut 'MBC'. Kereta tu berhenti tepi jalan,tinggal isi dalam kereta tu tak turun je kalau turun aku tak tahu apa yang jadi. Serius,aku yang macam terpegun sampai entah ah. Ayien biasa ah,masih blur blur tapi mulut Ayien memang masin k?


Sampai Muar,pergi makan dulu. Plan memang Ayien tidur rumah aku tapi bapak Ayien pula tiba tiba call kata nak ambil,kfine mencik!