April 12, 2011

SOBS SOBS SOBS



Wehhhhhhhhhhhhhhhhhh,aku tak dapat temuduga untuk asasi TESL!


Sebelum aku keluar tadi,along panggil aku tunjuk status Ad. Aku baca blahblahblah,pergh Ad dapat pergi temuduga UiTM course Seni Reka apa entah,aku pun macam err err err bestnyewww! Masa tu aku tak terfikir pun nak check ke apa pasal temuduga ni. Aku pun terus siap tunggu Rahmat sampai. Masa dalam kereta,Wawa buka topik pasal status Ad tu. Aku pun terus terus tanya Wawa dah check ke belum,Wawa kata dah check tapi tak dapat pun. Wawa ambil MassComm tapi tak dapat juga,aku dah mula dupdapdupdap. Tak boleh jadi ni,aku terus on netbook. Search dekat Google,'SEMAKAN TEMUDUGA UiTM 2011'. Wawa terus tunjuk link atas sekali,http://istudent.uitm.edu.my/intake/home/main.asp?pg=frontpg. Aku terus isikan nombor i/c,pamparammmmmmmm. Ni yang keluar:


No KP Anda : 93011908XXXX

Harap Maaf,

Anda tidak terpilih untuk dipanggil ke temu duga.

Permohonan anda akan diproses untuk Program Tidak Bertemu Duga berdasarkan pilihan 1 sehingga 8.



Keputusan adalah muktamad !



Demmmmm,masa ni memang tahan airmata je. Yelaaa,dalam kereta masa tu lepas tu ada budak budak ni. Karang aku menangis,ada yang gelabah semua. Serius ah,memang berkecai lerai ah hati aku,sumpah! Aku memang nak TESL ni,yelaa aku memang minat Bahasa Inggeris gilababi. Sekali check,tuptup tak dapat. Siapa yang tak frust,yer dak? Macam mana ni? Result SPM dah ah teruk,ni ah padahnya. Memang susah nak dapat apa yang nak belajar bila result SPM macam jackpot. Sekarang ni aku tinggal tunggu lagi 4 course,aku harap harap ada ah yang sangkut. Lagi 4 course tu Perhotelan,Pelancongan,Teater dan Pengurusan Perniagaan. Semakan ni lama lagi,dalam bulan Mei ke Jun kot macam tu. Esok semakan untuk UPSI pula,adoih! Aku ada mohon Diploma Bahasa Inggeris,tapi tak tahu dapat ke tak. Doakan aku ehh? Aku dah sedih tahap gaban ni :(




No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.