April 14, 2011

SI COMEL YANG KUAT



Aku baru khatam baca blog kau,siapa kau? Kau manusia ah,kan kan kan? Nama kau Harith Syafiy,nama pun dah sedap siap dengan maksud lagi ah mantoptoptop. Aku baru kenal kau 2 hari lepas,tu pun melalui Facebook. Mulanya macam malu malu je nak wall,tapi kau asyik like status aku je. Damn,kau pun boleh dikategorikan sebagai kaki like. Tak kisah ah,bukan mati pun orang like status. Aku saja buat gempak. Entah macam mana tiba tiba sampai ke IM pula berboraknya. Pasal apa? Macam macam,dari A-Z kalau boleh nak cerita. Kau pula jenis layan kepala tingtong aku ni,memang best ah kalau berborak walaupun dekat IM je.


Aku tanya itu ini,sekali aku tanya kau stay mana kau cakap kau stay Brunei. Damn,jauhnya! Takda ah jauh mana,tapi jauh ah juga kalau jalan kaki. Aku dah macam err pelik kejap macam mana aku boleh berborak dengan orang Brunei. Pertama kali ouw,yelaa sebelum sebelum ni pun ada juga orang Malaysia yang berborak dengan aku tapi Singaporean ah. Untunglerr kau jadi orang Brunei pertama yang berkawan dengan aku. Bangga tak? Bangga ah sikit,aku pun nak bangga juga ah sebab kau comel. Memang ah kau comel sebab kau baru 16 tahun,alahai serius comel. Muka kau yang ala ala Justin Bieber tu,awww comel lettew.


Borak punya borak,tuptup dah 3am. Alahai,masa mencemburui kita betulkan? Serba sikit pasal kau aku dah tahu ah. Aku terkejut lagi sekali ah sebab kau kata kau nak buat pembedahan hari Sabtu ni. Damn lagi,terkejut beruk aku. Kau bagitahu aku kau ada kanser otak dan masa tu juga aku macam tergamam,serius aku tak sangka. Sebak pun ada,yelaa muda lagi dah kena nak hadap benda benda macam tu. Aku kira bersyukur sebab takda apa penyakit tapi akan datang aku sendiri tak tahu. Berdoa je ah dan aku pun berdoa untuk kau. Serius sampai sekarang aku macam tak percaya lagi apa yang kau cakap pasal kanser dan pembedahan kau hari Sabtu ni.


HS: I nak buat pembedahan Sabtu ni.
NE: Pembedahan apa?
HS: Sibuk je nak tahu,hehe.
NE: Alaa,bagitahu ah puhleaaase.
HS: I ada kanser otak.
NE: Ohhhhemmmmjay,like seriously?
HS: Yeah. Doktor tu tipu ouw,dia saja nak takutkan pesakit.
NE: Kenapa?
HS: Doktor kata risiko I ada 2 selepas pembedahan tu. Pertama,buta. Kedua,lost memory.
NE: Pfftt,jangan ah cakap macam tu.
HS: Doktor tu tipukan?
NE: Jyeah! Doktor tu tipu,Allah lagi tahu. Berdoa dekat Allah je. You kuat,I know.
HS: Thank you.


Masa tu juga air mata aku macam harem turun setitik setitik. Aku bukan sedih sebab apa,cuma aku macam tak sangka kau yang muda muda boleh ada kanser otak. Masa tu juga otak aku terfikir mama dekat hospital yang tengah buat radioterapi sebab kanser serviks. Ahamdullilah mama okay lagi,mama pun kuat macam kau. Aku dah baca semua kandungan dalam blog kau,walaupun agak pinky but itsokay sebab aku pun suka warna pink. Baca dan baca,aku terberhenti dekat entri pasal suprise birthday party kau. Sumpah aku sedih bila aku baca part yang ada api api dekat pantai lepas tu ada tulis 'mama loves you,Harith'. Aku menangis lagi,kfineeee memang aku suka menangis. Kisah?



Aku baca lagi,baru aku tahu yang mama kau dah meninggal dunia. Serius,aku sebak. Mama kau meninggal dunia tahun lepas so macam baru lagi dan aku tengok kau chill chill je walaupun aku tahu kau rindu mama sebab entri kau selalu taip 'I miss you soo much mama'. Jyeah,I can feel it. Paling sedih bila aku baca blog kau,kau taip 'I wish I could have killed myself in the operation'. Damn lagi,kenapa kau taip macam ni ouw? Yeah,i know you miss your mom a lot but don't need to write this thinggy. I hate it,hmm. Kau pun pernah cerita yang hidup kau bosan,chill beroo chill. Hidup ni tak bosan kalau ada orang kau sayang,serius. Aku tak nak kau mengalah okay? Kau kuat. Jyeaaaaaah,Harith Syafiy kuat! I'll be always by your side dude,always remember that. Best of luck and don't worry about the operation. Everything gonna be allright. Love yeah budak comel dan kuat :')






No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.