April 6, 2011

MY FOREVER BUSUK





Eiii,awak dah tua ah busuk!


Aku kenal kau mula bila entah,aku pun dah lupa. Err yang penting melalui Facebook,ya ya Facebook. Dah ingat! Aku add kau,sebab Megat add aku dekat Facebook dan aku tengok gambar gambar Megat dengan kau. Aku rasa kau macam comel gila masa tu,rasa je ah tapi kau takda ah comel sangat. Boleh ah setakat buat aku cair sejam dua jam,lepas tu aku jadi keras balik. Seingat aku,aku panggil kau Oli Jasin. Yup,sebab rambut! Yelaa,rambut kau ala ala Oliver Sykes masa tu. Aku pun macam cair ah tengok gambar gambar kau,macam ah tapi tak cair sangat pun.


Cerita punya cerita,sekali ter-rapat pula. Ni bukan rapat sikit sikit,ni terus rapat macam belangkas. Jangan tanya aku rapat macam belangkas macam mana sebab aku pun tak tahu. Aku pun dengan Apek terumbang ambing,masa tu kau mula panggil aku baby. Memang ah cair bila kau panggil baby,aku pun rasa kau agak serius dengan aku. Aku tunggu punya tunggu,bila ah kau nak ajak aku ke fasa yang seterusnya. Alahai,harapan palsu je. Aku tunggu macam orang gila,habuk pun tarak. Takpa ah,aku chill je sebab kau pun panggil aku baby lagi.


Tunggu lagi,takda juga. Masa tu memang rasa macam nak bunuh je kau ni,tapi sayangkan aku simpan je niat buruk aku tu. Apek pun datang balik dekat aku,aku pun terima Apek balik disebabkan kau lambat sangat kalah siput babi. Paling best ah,kau siap inbox aku dekat Facebook maki hamun blahblahblah. Masa tu ah aku berterus terang dengan kau blahblahblah. Kau tetap ego lagi,biasa ah lelaki. Aku sabar je,tapi part paling best bila dah sedap sedap kau maki aku terselit pula kau taip 'I'll wait for you Ell,I love you'. Demmmmmmm,tercabut segala organ dalaman aku bila baca apa yang kau taip tu.


Kau jumpa aku dekat mana ehh? Oh,dekat AEON Jaya Jusco Melaka. Kau,Megat dengan Wan datang situ sebab aku ada dekat situ. Serius,part ni pun buat aku terharu. Paling kelakar ah kau pakai fake pierce dekat bibir,bajet comel je tapi memang comel pun masa tu. Aku dengan kau,kau lagi rendah daripada aku kan kan kan? Rendah kau pun,aku juga kena buli. Takpa ah,aku memang rela dibuli. Sayang punya pasal,kannnnn? Gambar masa kita pun ada lagi dalam phone aku. Rindu kau je,aku tengok, Alahai,cerekarama! Serius ah,memang rindu pun tapi pendam je.


Aku ingat hari ni birthday kau. Kau text aku siap kata dah nak 12am blahblahblah,aku buat bede je. Konon nak buat drama yang aku tak ingat birthday kau. Jangan bimbang,selagi aku ingat kau selagi tu aku ingat birthday kau. Memandangkan kau dah tua hari ni,kau kena belanja aku makan dengan tengok movie oraite? Chopppp,kalau boleh biar badan kau kecik macam tu. Aku tak nak tengok kau membesar sebab aku sayang busuk aku yang kecik comel ni. Jangan nak jadi hotsentap sangat,aku hidup lagi. Ingat,okay?



HAPPY BIRTHDAY TEDD LUCKER aka IJAI
MUAH MUAH MUAH


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.