April 21, 2011

MUAH MUAH UNTUK AJIMKO



Jyeah,hari ni birthday Ajimko. Dah tua cik abang aku sorang ni. Tua tua pun still ramai beratur nak kau ehh? Damn. Populariti kau tak menurun,apa tips? Aku tahu sebab apa orang ramai nak dekat kau doh,sebab muka kau macam jambu jambu sikit lepas tu muka tak macam 20-an. Aku tengok muka kau,macam sebaya aku je. Awet muda ah ni? Adoih!


Aku kenal kau bila ehh? Err,kejap. Aku rasa masa RTW9,kan kan kan? Konon masa tu malu malu kucing lagi. Sekarang ni,malu kemana kucing kemana. RTW9 ah aku kenal dengan kau,lepak lepak,joget joget,basah basah. Kbrahhhh,basah kena hujan okay? Aku ingat lagi masa tu aku tumpang phone aku dalam beg kau. Tengok! Ingatan aku kuat lagi beroo. Ingatan tak dimamah usia ah katanya. Lepas dari RTW9 tu,kerja kita asyik melepak je. Tak kira malam ke,siang ke. Ada masa sikit mesti lepak lepak chillin' chillin' sama sama. Ketawa berdekah dekah sampai 0400am,awh soo sweet!


Kau ada dekat Muar boleh ah lepak lepak,lemas lemas dalam kereta Rahmat dengan Eyka kan kan kan? Nanti kau dah balik Kluang,aku nak bahan Eyka dengan siapa lagi? Sobs. Siapa aku nak panggil Justin Bieber bila kau dah takda dekat Muar? Sobs. Kau dah balik Kluang tak dapat ah nak tengok zombie dekat Muar lagi,kan kan kan? Sooooobs. Err,kau cari kerja dekat Muar je okay? Tak payah ah balik Kluang,Kluang tak best. Muar best,sebab ada aku. Ada Eyka,ada Eyka,ada Eyka. Ey,terlebih pula. Ada kami,jyeah!


Ehemmm,happy birthday Cheky Ajimko. May God bless you and have a blast birthday. Makan lebih sikit,aku rasa tulang je ada dalam badan kau tu. Tambah isi sikit okay? Sorry kalau ada terlebih gurau ke terkasar bahasa ke,cewah dah macam nak raya pula. Kdangggg,happy birthday once again. Cepat kahwin,nak makan nasi minyak ni. Btw,goodluck untuk konsert malam ni. Aku ada malam ni,muah!


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.