April 21, 2011

K,TERKEJUT!



Aku baru lepas otp dengan Liul,jyeah Liul call aku. Hari tu masa aku keluar dengan Apek lagi,Liul ada text aku ajak teman pergi UPSI sebab Liul dapat temuduga. Kdanggg,envy much much much! K,sambung balik cerita tadi. Aku sebenarnya baru balik dari cafe,dekat cafe lagi aku tengok ada misscall dari Liul. Sampai je wad,aku terus text tanya kenapa call. Liul pun call,


LND: Ell,budak Quiksilver kirim salam.
NE: Kbrahhh,siapa ehh?
LND: Alaaaa,budak KL yang suka pakai Quiksilver tu.
NE: Err,siapa? Tak ingat.
LND: Ajis ah,ingat?
NE: Awh man,kau contact dia?
LND: Semalam dia call aku. Dia call Acik,minta number aku. Lepas tu dia minta number kau dekat aku,mengadu rindu kau.
NE: Kdanggg,tiba tiba je.
LND: Entah. Memang tiba tiba. Kenapa tak pick up call dia semalam? Kau pergi mana semalam?
NE: Aku memang tak pick up call kalau number takda save. Number 012-xxxxxxx ehh?
LND: Yuppppp. Tu number kawan dia,dia cerita yang phone dia mana entah and sekarang dia tak pakai phone so kalau ada number yang kau tak save kau pick up call je ehh?
NE: Bayekkkk!
LND: Kirim salam mama tau?
NE: Oraite!


Ehemmmmmm,mesti jadi tanda tanya siapa Ajis kan kan kan?


K,nak cerita ah ni. Ajis sebenarnya senior aku masa dekat SMV Muar. Macam mana aku kenal Ajis ehh? Aku kenal Ajis sebab Zyla pernah ada hati dekat Ajis. Ajis ni kira budak paling hot ah dekat SMV Muar,Ajis dengan Echam. Jyeah,dorang memang tiptop. Aku tahu pasal Ajis sebab masa tu aku rapat dengan Zyla,pergi mana mana pun dengan Zyla. Kira Zyla ada perasaan ah dekat Ajis ni tapi semuanya cerita dekat aku sebab Ajis masa tu dah ada Nad. Nad ni senior aku juga,satu dorm dengan Zyla. Takkan Zyla nak cerita dekat Nad yang dia ada hati dekat Ajis. Bodoh tu,yer dak? Zyla update dekat aku cerita pasal Ajis je. Hampir setiap hari telinga dengan mata aku jadikan Ajis sebagai makanan tambahan. Tak kisah pun sebab aku tengok Ajis macam biasa je.


Nak dijadikan cerita sau hari ni,aku pergi tandas dengan Liul. Dari kelas aku nak ke tandas mesti lalu depan kelas Ajis,tak kira macam macam mana sekalipun mesti kena lalu sebab takda jalan lain. Kfine,tak kisah ah. Niat memang nak pergi toilet,sekali tu Ajis tahan aku masa aku otw nak balik kelas daripada toilet. Ajis tanya aku ada Myspace tak,yela zaman tu zaman Myspace lagi. Aku buat jual mahal sebab tak nak bagi Zyla kecil hati pula. Aku terus masuk kelas,buat macam biasa je. Atas meja aku memang penuh segala apa gambar entah,memang aku suka macam tu. Esok pagi aku datang,gambar aku banyak dah hilang. Demmm,aku geram. Aku tanya siapa ambil,budak kelas aku semua tuding jari dekat kelas ABM. Ya,kelas Ajis. K,chill je. Aku pergi toilet,untunglerr masa pergi tu takda satu pun budak kelas ABM dekat balkoni depan kelas. Aku nak keluar je toilet,aku dengar Bella tengah bercakap dengan seseorang. Aku tanya Bella,Bella kata Ajis nak number aku. Kdangggg,macam mana ni? Otak aku dah ligat je berfikir. Bella bagi idea suruh aku save number Ajis,lepas tu nak contact ke tak nak contact ke sukahati aku ah. K,aku ikut je. Aku bawa phone,aku save terus. Number Celcom,phew phew phew memang selamat kredit aku.


2 3 hari lepas kejadian tu,SMV Muar ada buat Hari Terbuka. Aku sampai sekolah 7am,tengah jalan terkedek kedek nak pergi masuk kelas tiba tiba aku dengar ada orang jerit nama aku. Aku cari,tapi takda pun. Aku dengar lagi,rupanya Ajis yang jerit. Ajis dengan Echam dekat koperasi,dari jauh aku dah nampak Ajis senyum sambil lambai lambai tangan. Aku pun senyum,senyum terpaksa. Masa tu Liul dengan Acik dah couple,awh man sweet gila! Liul ajak aku teman pergi jumpa Acik dekat kelas Katering. Aku pun lepak lepak kelas tu,takkan nak kacau Liul dengan Acik date pula. Aku pun membatukan diri. Kejap lagi phone aku bunyi,Nora yang call. Aku pick up,Nora suruh aku pergi pondok sebelah kantin. Aku ingatkan budak budak kelas aku yang ajak lepak. Aku sampai je depan kantin,aku tengok depan muka Ajis dah ada depan mata aku. Demmmm,Nora pranked aku. Aku nampak muka Ajis,aku terus masuk dalam kantin. Aku ingat lagi dialog Ajis masa tu,'kalau tak nak jumpa I,takpa ah'. Aku macam serba salah,yela Ajis nak jumpa je aku boleh pula nak elak elak. Nora pun dah jegil jedil mata dekat aku. Kfine,aku letak ego aku paling bawah. Aku ajak Ajis lepak dalam kantin. Belakang aku,Nora dengan Echam. Borak itu ini,Ajis keluarkan wallet dengan simcard. Serius,simcard memang banyak gila. Ajis bagi aku satu simcard,Ajis nak tengok wallet aku. Aku bagi je ah,lepas tu Ajis ambil gambar yang ada dalam wallet tu. Kbrahh,tak kisah ah. Berbual sampai Echam dengan Ajis nak balik hostel.


Nak dekat 1230pm,aku pun dah nak chaw. Ajis ajak lepak sekali dekat bustop depan sekolah,aku mulanya memang tak nak sebab Nad balik sekali dengan Ajis. Aku gerun ah,karang Nad cop aku perampas pula. Chill,aku chill ni. Tengah berbual itu ini,Nad sampai. Aku terus diam,dan syukur alhamdullilah papa sampai tak lama lepas tu. Ajis bagitahu aku yang Nad nak balik rumah Ajis sebab family Nad outstation. Malam tu juga Ajis text dengan aku,ngadu Nad buat hal. Family Nad call Ajis sebab family Nad tak tahu yang Nad balik rumah Ajis. Ajis kena teruk teruk dengan family Nad. Ajis bengang,Ajis text dengan aku. Aku lambat sikit reply text,Ajis call. K,mula mula tak biasa. Lama lama tu rasa macam dah biasa sebab masalah aku Ajis yang dengar dan masalah Ajis aku yang dengar. Masa ni dah rasa ada kimia ah,cewah. Ahad tu kira first date,awh man rasa heaven gila. Jangan tanya kenapa sebab aku rasa macam baru nak bercinta masa ni. Ajis balik hostel,aku balik rumah. Bila tak text rasa macam sunyi gilababi,memang nak text 24 jam. Isnin tu jumpa macam biasa,Ajis pun dah makin kerap lepak kelas aku. Masa rehat je,aku dengan Ajis mesti lepak kelas. Borak macam macam,dari A-Z. Masa tu juga aku dengar Nad dengan kawan kawan dia dah mula nak jadi haters aku. Kbrahhh,I don't mind.



Aku dengan Ajis bertahan sampai 4 bulan je. Ajis betul betul buat perangai masa tu,dengan Myspace ah bagai bagai. Curang sana sini,aku pula jenis paranoid gilababi. Memang teruk juga ah aku masa tu,menangis 24 jam. Mengadu dekat Nora,pinjam bahu Liul nak nangis etc. AKu belajar pun tak fokus,aku dah takda pergi toilet sangat sebab tak nak lalu depan kelas Ajis. K,chill. Hari demi hari aku macam lalu benda benda yang perit perit macam hari ni aku nampak Ajis jumpa Nad lepas tu aku baca comment Ajis dengan si polan dekat Myspace. Paranoid aku makin menjadi jadi,dan tak pasal pasal aku rasa macam dah putus asa sangat. Ajis minta break tepat pada waktunya. Masa tu memang rasa dunia macam dah nak habis,yela budak budak lagikan? Menangis bagai nak rak,apa pun tak dapat sebenarnya. Setiap perhimpunan pagi,aku tak boleh tengok Ajis sebab nanti airmata aku jatuh macam siel. Masa tu memang aku rasa zaman kejatuhan aku ah,kalah zaman kejatuhan Empayar Rom. Makin lama jiwa pun makin matang,aku pun dah boleh lupakan Ajis sikit sikit.


Dah setahun aku tak contact dengan Ajis,Ajis ada juga text aku balik. Konon nak minta couple balik,nak macam dulu dulu balik. Kdanggg,aku bukan macam dulu dulu yang Ajis senang senang boleh tipu senang senang boleh buat aku menangis. Aku tolak tepi apa yang Ajis minta,kfine Ajis memang frust tapi aku lagi frust dengan dia dulu. Sekarang Ajis datang cari aku balik,nak buat apa cari aku? Aku sendiri tak tahu. Bagi aku bercakap dengan Ajis dulu,baru aku tahu apa permainan Ajis yang seterusnya.


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.