April 6, 2011

HOP WITH BEN10


Semalam aku ada cakap aku nak keluar dengan Amir,kan kan kan? Okay,let me tell you something. Amir is BEN10 and BEN1O is Amir. Kenapa BEN10? Err tak ingat pasal apa,tapi ada kena mengena dengan jam BEN10 yang kau bagi aku tu. Ingat tak? Kau mesti ingat sebab jam tu jam kesayangan kau. Jam tu ada pada aku,aku jaga bayekkk punyewww!


Daripada hari tu lagi kau nak jumpa aku sangat sangatkan? Semalam dah jumpa,puas hati? Aku pun gembira juga ah dapat jumpa kau,setelah sekian lama tak bertemu. Aicehceh,ayat drama! Serius ah,dah lama kita tak jumpa. Aku rasa last kita jumpa masa kau balik Muar tu ah. Kita pergi tengok movie blahblahblah,lepas tu balik naik cab tu. Ingat tak? Lepas tu kau dah lain,bukan lain apa cuma perangai kau je aku benci sangat sangat masa tu. Dah ah menjengkelkan lepas tu kau mengamalkan prinsip 'habis madu,sepah dibuang' dekat aku. Demmmmmmm,terasa tahu terasa? Lepas tu kalau kau tinggalkan aku macam tu je takpa,ni siap boleh pergi flirting dengan perempuan perempuan mana entah. Chill Ell chill.


Sebelum aku keluar lagi kau tanya aku,'Barang I bawa tak?'. Aku dah macam apa je fikir barang apa yang kau maksudkan. Serius aku tak boleh fikir masa tu. Aku sampai City Square dalam 0145pm,aku call kau tanya kau dekat mana blahblahblah. Aku terus masuk Padini,plan memang nak beli beg dengan aksesori. Aku tengah pilih,kejap lagi kau sampai. Ohmakaihhhh,tingginya kau! Aku rasa memang rendah gilababi masa tu. Seingat aku ah,last aku jumpa kau takda ah tinggi macam semalam aku jumpa kau. Aku tengok kau banyak kali,macam tak percaya. Penat juga ah kepala aku asyik nak mendongak bila nak bercakap dengan kau. Satu je aku tengok lain,muka kau! Ya,muka kau dah tak macam budak budak. Nampak ah matang sikit,sikit je ah.


Tujuan utama aku keluar memang nak pergi tengok movie. Cerita apa? Hop! Beli tiket cerita Hop 0300pm,tengok jam baru 0220pm. Lama lagi,kau ajak lepak J Co makan yogurt. Yogurt J Co memang terbayekkk! Masa nak turun pergi J Co,bertembung pula dengan Shasha. Kau tegur,aku tengok sebelah Shasha ada Faiz. Aku tengok belakang lagi,ada Dekwan. Belakang lagi ada Ali dengan Fyra. Demmmmmmmm,kantoi pula aku keluar dengan kau. Ali sibuk jerit jerit ulo. Pergh,sabar Ell sabar. Sampai J Co,terus lepak lepak makan yogurt. Aku boleh kira siapa je yang lalu yang tak tegur kau. Hotsentap! Sana Amir,sini Amir. Nampaknya fofulawiti kau tak menurun daripada dulu sampai sekarang.


0300pm naik nak pergi tengok movie. Ramai memang ramai ah orang,yelaa hari Rabu. Aku dengan tak bawa sweater,sejuk nak mampus. Aku chill je ah,buat buat cool je. Konon tak sejuk ah,padahal dah menggigil kesejukkan. Hi dude,you treat me very well from Hop started until the end of the story! Okay,part tu aku nak skip. Takda apa yang penting pun sebab cerita Hop memang best. Anak ayam yang comel comel tu,dengan Easter Bunny yang comel juga. Alahai,rasa macam nak bela anak ayam dengan arnab pula. Boleh tak sesiapa bagi aku anak ayam atau arnab? Puhhhhhhlease! Kau pun macam seronok je tengok cerita Hop,yelaa cerita ni je yang umum. Kalau nak tengok cerita 18SX ke 18SG ke,takut kau tak lepas pula. Maaf Amir!


Cerita Hop habis dalam 0450pm. Perut memang lapar gilababi,serius! Masing masing dah ketandusan idea nak makan dekat mana. Kau tanya aku nak makan dekat Mcd,aku geleng. Kau tanya nak makan Takoyaki,aku geleng. Akhirnya,foodcourt juga jadi pilihan. Masa nak pergi foodcourt tu,ada beberapa budak perempuan ah. Kau lalu je,budak budak tu jerit 'Ammmmmir!'. Aku dekat belakang kau dah berdekah dekah,yelaa hotsentap bila berjalan dekat mana mana pun orang jerit jerit nama. Untung lerr! Masa tengah makan tu,kau cerita pasal budak perempuan yang jerit nama kau,aku pun cerita ah cerita cerita aku. Kira macam perbincangan hati ke hati. Okay,tipu je!


Aku memang bawa netbook sebab nak charge. So,aku kena cari tempat lepak yang boleh plug-in. Kau ajak lepak Starbucks sebab boleh plug-in. Aku order Caramel Blended with Whipped Cream,hell yessssss favoritoooo! Lepak sambil ongggline,siap sempat videocall dengan Kiki. Lepak dan terus lepak,tengok jam dah 0730pm. Aku kena chow sebab malam semalam memang nak balik Muar. Memang sedih tapi nak buat macam mana,kan? Rasa nak menangis pun ada. Okay,tipu lagi! Chill ah,nanti kita lepak lagi okay? Minggu depan aku ada lagi dekat Johor Bahru. Minggu depan juga plan nak jumpa Asya,Nani dengan Kidd. Eiii,tak sabornyewww! Oh lupa pula nak cerita yang semalam juga aku jumpa Cy Cam dengan Firdaus. Maaf,tak sempat nak ajak lepak! Lain kali okay? Muah!

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.