April 21, 2011

DOUBLE DECKER



Pagi tadi aku tidur 5am,tu pun mama dah bising bising sebab takut aku bangun lambat. Masa aku dekat hospital ni,jarang jumpa aku online sampai 5am ke 6am. Paling tidak pun 3am aku dah hibernate netbook lepas tu tidur. Pagi tadi memang bermasalah,masalah sangat sangat. Aku pun tak minta masalah tu datang,tapi masalah tu sendiri datang bergolek golek dah macam bola aku tengok. Takpa,aku redha. Redha aku tu memang aku menahan sakit,sakit apa? Ya,sakit hati. Aku kalau dah sakit hati memang takda tahap pertama atau kedua,memang sakit hati aku terus ke tahap kritikal. Kenapa?


K,aku nak cerita ni.


Bila aku refresh home,aku mesti nampak kau online. Yela,dah nama kerja dekat cc memang kalau boleh 24 jam kau mesti nak online. K,tak kisah ah. Aku pun buka profile kau,dupdapdupa juga ah. Tujuan masa tu memang nak post wall,bertegur sapa amalan muliakan? Tiba tiba niat terpesong. Aku nampak post wall si polan,bunyi macam ni. Aku nampak post si anu,bunyi macam ni pula. Kbrahhhh,post wall tu semua memang buat aku rasa panas. Aku chill lagi. Aku tengok kau post comment pun macam syok syok je,k k k k nampak dah permainan kau dekat situ. Aku chill lagi,chill punya chill aku pun ambil keputusan text kau. Aku text dengan cara paling annoying sekali,tak sampai 5 minit kau terus wall aku. Aku pun mulakan lakonan watak aku,berlakon dan terus berlakon yang aku kononnya chill dan cool. Kau tanya,aku jawab. Sampai satu tahap,kau sendiri bagitahu aku yang kau nampak aku jeles dengan post wall si anu dengan si anu. Kdangggg,aku berlagak cool lagi. Cool aku tak tahan lama,sekejap je. Kau buka cerita sikit,aku terus buka segalanya. Ya,dari A-Z. Kau pun dah cerita perkara yang sebenarnya dan aku pun tengah cuba untuk menerima segala apa yang bagitahu aku semalam. Kau terus rasa bersalah dengan aku,walhal aku cool lagi tapi takda ah cool mana sebab hati aku rasa macam melayang lagi. Kau terus hide wall dan offline. Aku text suruh kau online,tapi hampeh. Memang kau tak online. Masa aku bangun tidur,aku tengok phone ada text dari kau. Text minta maaf walaupun aku rasa macam tak nak maafkan kau dan aku rasa macam nak bunuh kau. K,tipu je. Aku cakap je nak bunuh,tapi aku tak sampai hati. Kalau kau dah buat pilihan macam tu,aku terima. Ya,aku redha.



Ni lagi satu cerita. Nak kata sakit hati,tak sangat cuma bengang. Ya,memang bengang. Bengan ada,sakit hati pun ada ah. Senang cerita,bercampur aduk dah perasaan aku pagi tadi. Aku tahu bukan niat kau nak bagi aku bengang,sakit hati,marah etc tapi aku yang tiba tiba rasa macam tu. Mula mula,best je. Kau dengan aku,stalk sana stalk sini. Gosip pasal itu ini,aku add budak tu lepas tu semua dah kantoi. Kantoi apa? Ni namanya kantoi bodoh. Aku tahu,kau pun tengah sakit hati dengan si polan. Siapa tak sakit hati bila tengok bf sendiri curang depan mata,siap duduk atas riba,siap piggy back lagi. Yer dak? Kalau aku,dah lama si polan tu aku bunuh. K,chill lagi. Aku add si anu,fuhhhh segala gambar daripada hari pertama si polan dengan si anu bersama sampaikan hari ke 14 tak silap aku. Semua aku dah save,aku siap copy url bagi kau tengok. Kau tak terkejut pun sebab kau dah tengok live. Best gila masa tu,rasa macam PI pula. Aku post status blahblahblah,mula mula okay je. Kejap lagi kau suruh aku remove sebab kau nak jaga hati orang lain. Kbrahhh,I'll do everything for you but then you ask me to delete my status about you and him? K,tak kisah. Nak kata tak kisah,aku memang kisah sebab aku buat semua ni memang untuk kau sebab kau kawan baik aku. Aku chill lagi. Pagi tu juga aku tengah IM dengan Adan,kesian Adan jadi tempat aku lepaskan semua. Ya,semua sakit hati dan lepas geram. K,sorry Adan. Sayang kau,muah! Berbalik kepada cerita tadi. Aku tak salahkan kau pun sebab aku rasa aku yang terlalu beremosi dalam hal ni. Mungkin aku tak patut masuk campur ataupun aku terlebih ambil berat dekat kau. Ya,aku buat semua tu sebab aku sayang kau. Kbye!



No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.