March 30, 2011

KETIGA



Pejam celik pejam celik,awh dah hari ketiga aku dekat hospital ni. Aku hidup lagi cuma kondisi kesihatan kurang memuaskan,alaa biasa ah demam selsema mana boleh dipisahkan dengan aku. Hidung rasa nak tercabut je ni,siap warna merah merah lagi sebab melecet. Tengok dekat cermin dah macam badut pun ada,eiii jangan gelakkan! Tidur tepi tingkap,angin malam tak nak macam sejuk pula. Memang senang je ah aku kena selsema ni. Nak keluar tapi macam malas. Tak keluar bosan pula,eiii nak buat apa ni?


Text dengan Ali,ajak dia dengan Dekwan tengok movie. Ingatkan ada ah juga hiburan,sekali masing masing nak main futsal. Ergh,stress tahu stress? Nak buat movie sendiri macam harem je,sebab tu ah aku nak pergi tengok movie. Nak tengok cerita Hop tak pun Big Momma's House: Like Father Like Son. Huuuuuu,bila ni? Nak tengok movie dekat je,JJ Tebrau City pun boleh tengok movie. Nak menapak tu,alahai malasnyewwwww! Nak ajak Ali dengan Dekwan lepak pun masing masing sibuk kalah perdana menteru. Eiii,mencik tawww!


Aku pun teruskan perjuangan aku dengan mengadap netbook macam orang bengap,tapi tak bengap sangat ah. Sumpah bosan. Aku hibernate netbook terus tarik selimut dah tidur. Padahal baru 1am. Aku pun tak tahu apa buang tabiatnya aku ni tidur awal. Kalau dah ngantuk,letak Gambit Saifullah depan mata pun aku pun aku buat tak tahu je. Hidung berair ah mata berair ah,err tempat lain tak berair okay? Walaupun aku tidur atas kerusi tapi aku chill je. Sakit badan tu mesti ah tapi takda ah sampai tak boleh bangun. Nyonya Ell memang kuat,yeah!


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.