March 3, 2011

Keputusan SPM


Hari ni dah 11 Mac 2011. Lama betul aku tunggu tarikh rasmi keputusan SPM,akhirnya aku dapat juga tahu tadi. Baru sekejap ni aku Google cari tarikh rasmi keputusan SPM keluar,akhirnya aku terbaca dekat News Straits Times online tentang tarikh rasmi keputusan SPM.

The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23


Ni adalah salah satu petikan artikel yang aku telah baca tadi. Dah tahukan bila tarikh rasmi keputusan SPM keluar? Fuhhhhh,aku berdebar mengalahkan perempuan yang nak bernikah. Tarikh ni ah yang aku tunggu tunggu,dup dap dup dap je dengar jantung aku ni. Aku rasa aku dah terlebih bersabar nak tunggu benda ni daripada aku ada kerja sampai aku dah berhenti kerja takda pun unsur unsur keputusan SPM nak keluar. Nasib baik ah sekarang ni aku suka baca surat khabar secara online,sebab dekat rumah ni takda orang nak keluar beli surat khabar. Kalau aku tak membaca tadi memang tak tahu ah bila keputusan SPM keluar.


23 Mac nanti aku pergi sekolah ambil keputusan SPM memang bukan dengan mama ataupun papa sebab masing masing sibuk. Aku pun faham,dan aku pun dah bagitahu Rahmat yang aku nak ajak dia pergi teman ambil keputusan SPM. Kalau bukan Rahmat,Sepet dah janji nak teman aku. Memang akan rasa lain ah sebab sebelum ni aku pergi ambil keputusan UPSR dan PMR memang mama yang teman tapi bila aku ambil keputusan SPM nanti mungkin bukan mama yang teman. Takpa ah,aku pun tak terasa hati sebab aku faham mama dengan papa sibuk. Aku pun dah 18 tahun,takkan pergi ambil keputusan SPM pun mama dengan papa yang nak temankan? Memang tak ah. Buat masa ni aku hanya mampu berdoa,yang selain tu aku serahkan pada Allah. Aku redha walau apa pun keputusan SPM 2010 sebab aku dah buat sehabis baik.





No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.