March 30, 2011

KEDUA



Hari yang indah,err boleh ah. Masa orang lain,maksud aku pesakit dekat hospital ni tidur aku bukannya tidur pun. Aku duduk mengadap netbook macam orang jakun,huuu jakun sikit ah. Nak kata aku update blog,tak juga. Agak agak aku buat apa? Youjizz? Oh,tidak tidak. Aku tak buat apa pun,najet bajet online Facebook paling lama ah sampaikan Zara wall aku tanya,'Weh madu,kau kerja cc ehh? 24 jam muka kau je yang online'. Chill ah beroooo,haha. Memang tak ah aku kerja cc,kan? Dah jauh menyimpang cerita ni,hisy! Okay,aku tidur 6am. Tepat 6am,okay? Aku tidur je,makcik makcik dalam wad ni bangun. Ada yang duduk tepoi tingkap ah,ada yang solat ah dan paling best sekali ada yang buat kopi. Macam mana aku tahu? Bau kopi menusuk masuk dalam hidung aku.


Aku teruskan pelayaran mimpi aku,err aku ada mimpi ke? Memang tak ah nak mimpi best best,aku pun tidur atas kerusi boleh pula nak feel mimpi best best. Mimpi basah jauh sekali,err abaikan. Aku tersedar 9am,tu pun sebab mama tengah makan breakfast set dari pihak hospital. Aku pun macam terus bangun,ambil tuala mandi dan mandi. Lepas mandi ingatkan mata jadi segar bugar. Alahai,harapan ah. Lepas mandi aku tidur balik. Mama kejut aku suruh beli makan tengah hari dekat cafe bawah. Sebenarnya aku mamai lagi,sampai dalam lif aku tersalah pilih tingkat. Patutnya aku turun tingkat 3,ni aku pergi naik tingkat 8. Malu memang malu ah,siap tanya mak guard 'mana pintu keluar?'. Mak guard tu dah garu garu kepala,aku terus masuk lif balik. Eiii,malu tahu malu?


Dari petang sampai ah ke malam,aku mengadap netbook macam orang jakun lagi. Biasa ah,duduk dekat hospital ni kau boleh buat apa je? Online je ah. Agak lifeless ah bila ada dekat hospital ni tapi tapi tapi tak lifeless bila ada doktor yang ehem ehem masuk wad ni. Fuyoh! Aku paling suka ah,bukan gatal bukan batak cuma cuci mata. Nurse dekat sini pun kira peramah juga ah,comel comel je. Aku rasa kalau Danial masuk hospital ni,memang tak ah dia nak keluarkan? Yelaa,nurse comel comel pula. Memang habis ah dia flirt. Danial,biasa lettew! Aku pun dah mati kutu dekat hospital ni. Tak bosan mana pun cuma benda jadi terhad ah bila aku nak buat itu ini. Serius ah,hospital ni memang toptip. Suka memang suka tapi siapa tahan duduk dekat sini sampai sebulan? Aku nak minta kerja cleaner ah dekat sini,boleh dapat duit poket sikit. Okay tak?


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.