March 20, 2011

Berdoa Untuk Jepun



Aku sedih setiap kali Buletin Utama ataupun Harian Metro ada menyiarkan berita tentang kejadian tsunami yang melanda Jepun. Aku turut bersimpati dengan apa yang telah terjadi walaupun kejadian tersebut bukanlah diminta untuk terjadi. Selepas tsunami melanda Jepun,kini Jepun diselubungi dengan isu radiasi berpunca daripada reaktor reaktor radioaktif yang terjejas teruk akibat tsunami yang melanda Jepun. Setiap pelusuk negara ini cuba untuk bertahan walaupun kita sendiri tahu bagaimana keperitan yang mereka lalui selepas kejadian tsunami dan kemudiannya diikuti dengan radiasi daripada reaktor radioaktif. Bukan setakat Jepun yang bakal mengalami radiasi tersebut jika tidak dapat dikawal malahan negara negara serantau juga bakal terkena tempias radiasi ini.


Keadaan kebanyakkan daerah di Jepun juga tidak banyak perubahan sejak tsunami melanda. Semakin hari semakin ramai mangsa mangsa yang ditemui tertimbus di bawah runtuhan runtuhan bangunan serta timbunan timbunan pokok dan sampah sarap yang hanyut dibawa arus air yang deras. Aku memang tabik kepada penduduk Jepun,meskipun dilanda bencana dan dilanda musibah tetapi mereka tetap mementingkan kerjasama antara penduduk di kawasan sekitar yang terjejas akibat tsunami teruk. Aku ada juga melihat video amatur semasa berlakunya tsunami di salah satu daerah di Jepun,sedih memang sedih bila melihat video tersebut kerana masing masing terkejut dengan musibah yang melanda dan bersyukur kerana masih bernafas. Melalui video tersebut juga dapat aku lihat kerjasama yang diberikan untuk menyelamatkan mangsa mangsa yang terperangkap semasa tsunami. Ya,memang aku menitiskan air mata kerana aku bersyukur kejadian ini tidak berlaku di negara kita.


Media cetak juga tidak terlepas daripada membuat liputan tentang bencana alam yang paling teruk pada abad ini. Hampir setiap hari aku baca Harian Metro dan aku sendiri berulang kali melihat imej imej yang dipaparkan. Imej yang dipaparkan sudah cukup membuat aku sebak dan daripada imej juga dapat menggambarkan situasi sedih yang menyelubungi setiap pelusuk Jepun. Kebanyakkan imej memaparkan rakyat rakyat Jepun yang sedang menangis meratap kehilangan orang tersayang akibat bencana alam ini. Aku pernah terfikir jika aku berada dalam situasi mereka,macam mana agaknya keadaan aku sekarang? Mereka juga ada melakukan pelbagai cara lain untuk mencari orang orang yang tersayang yang masih lenyap ditelan tsunami antaranya menulis di atas kertas nama nama orang yang tersayang beserta nota nota peringatan. Sungguh menyayat hati,hmm.


Untungnya kalau aku dapat menjadi salah seorang sukarelawan yang dihantar ke Jepun bagi misi menyelamat mangsa mangsa tsunami di sana. Malangnya,kata hanya tinggal kata. Aku hanya mampu berdoa di atas sejadah bagi rakyat Jepun dan negara Jepun sendiri. Amin ya rabbal al amin :')


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.