March 24, 2011

ALHAMDULLILAH



Debaran yang aku tunggu setelah sekian lama akhirnya terjawab.


BAHASA MALAYSIA : A+
SAINS : A-
BAHASA INGGERIS : B+
DANDANAN RAMBUT : B+
SOLEKAN : B+
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : C+
SEJARAH : D
MATEMATIK : E


Aku rasa kecewa juga ah dengan keputusan SPM aku ni sebab keputusan aku agak lari daripada target aku. Serius aku terkilan tengok keputusan Bahasa Inggeris aku,mungkin disebabkan terlalu yakin akhirnya aku hanya mendapat B+ walaupun aku dapat A+ masa trial. Aku nak kecewa sangat pun tak boleh,benda dah lepas. Aku hanya boleh tawakal dan redha je ah.


Walauapapun keputusan SPM aku,aku masih boleh berusaha untuk fasa kehidupan aku yang seterusnya iaitu fasa pembelajaran peringkat tinggi. Sebelum keputusan SPM diumukan,aku telah memilih beberapa bidang untuk aku ceburi bagi fasa kehidupan aku yang seterusnya ni. Memandangkan keputusan SPM aku kurang memberangsangkan,aku terpaksa mengubah semula bidang bidang yang telah aku pilih sebelum ni. Jika sebelum ni aku teruja untuk menyambung pelajaran dalam TESL,tapi selepas keputusan SPM diumumkan dan aku mendapati bahawa keputusan Bahasa Inggeris tidak mancapai sasaran aku sendiri iatu A+ aku terus memilih beberapa bidang lain.


Kolej SEGi telah pun menghubungi aku dan menawarkan aku Diploma Makmal Perubatan. Aku ditawarkan kursus ni disebabkan Sains aku mendapat A-. Aku masih bingung,tak tahu nak kemana hala tujuan aku selepas ni. Papa dan mama teruja menggalakkan aku masuk Maktab Perguruan ataupun UPSI disebabkan peluang kerja yang melimpah ruah tapi aku tak minat. Kepala otak aku dah nak pecah memikirkan masalah ni. Kalau dulu sebelum SPM,nak pecah otak belajar lepas tu nak tunggu keputusan SPM pun berdebar debar je dan sekarang ni sekali lagi otak rasa nak pecah sebab tak tahu mana satu hala tuju aku selepas ni. Tersilap langkah,musnah segalanya.


Ya Allah,tolong berikan kekuatan serta kesenangan untuk berfikir kepada hambamu ni dalam memilih hala tuju hidup yang dapat menjamin masa depanku serta keluargaku. Amin ya rabbal al amin :')


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.