March 31, 2011

MUAH MUAH UNTUK MATT




HAPPY BIRTHDAY MATT
MUAH MUAH MUAH
SAYANG KAU SANGAT SANGAT!


Wehh,kau mesti terasakan aku tak wish birthday kau? Dari semalam kau call aku tak pick up lepas tu kau IM aku buat tak tahu je. Kau terasakan? Chill ah berooo,gimik je pun. Aku mana pernah lupa birthday kau. Aku siap buat reminder dekat phone lagi,cuweet tak? Takda niat pun aku tak nak wish birthday kau. Aku memang suka jadi orang terakhir yang wish birthday kawan kawan yang aku sayang sebab apa? Sebab yang terakhir lagi 'awesome' daripada yang pertama. See! Aku dah keluarkan falsampah aku. Betul,aku tak tipu. Selalunya yang terakhir ah kawan kawan selalu ingat. So,aku dah wish yang terakhir ni. Kau ingat aku sampai bila bila,kannn Matt kannn?


Sampai hari ni aku ingat tragedi kau bagi ciuman demam dalam kereta tu. Walaupun demam tapi cuweeeet cangat cangat! Hadiah birthday kau aku tak sempat nak beli. Aku pun jeles tengok budak budak ni buat seperaiss dekat kau,huh! Nanti aku balik Muar aku bagi kau ciuman demam pula ehh? Muah!


MENDALAM TENGGELAM



The last one is about someone who really really stupid,she said having bed wrestle with me was boring.Is she forgot that i've knock her out 10 round in a row?


eii,rasa nak mencarut je dekat muka Danial. Babiss betulss!

March 30, 2011

KETIGA



Pejam celik pejam celik,awh dah hari ketiga aku dekat hospital ni. Aku hidup lagi cuma kondisi kesihatan kurang memuaskan,alaa biasa ah demam selsema mana boleh dipisahkan dengan aku. Hidung rasa nak tercabut je ni,siap warna merah merah lagi sebab melecet. Tengok dekat cermin dah macam badut pun ada,eiii jangan gelakkan! Tidur tepi tingkap,angin malam tak nak macam sejuk pula. Memang senang je ah aku kena selsema ni. Nak keluar tapi macam malas. Tak keluar bosan pula,eiii nak buat apa ni?


Text dengan Ali,ajak dia dengan Dekwan tengok movie. Ingatkan ada ah juga hiburan,sekali masing masing nak main futsal. Ergh,stress tahu stress? Nak buat movie sendiri macam harem je,sebab tu ah aku nak pergi tengok movie. Nak tengok cerita Hop tak pun Big Momma's House: Like Father Like Son. Huuuuuu,bila ni? Nak tengok movie dekat je,JJ Tebrau City pun boleh tengok movie. Nak menapak tu,alahai malasnyewwwww! Nak ajak Ali dengan Dekwan lepak pun masing masing sibuk kalah perdana menteru. Eiii,mencik tawww!


Aku pun teruskan perjuangan aku dengan mengadap netbook macam orang bengap,tapi tak bengap sangat ah. Sumpah bosan. Aku hibernate netbook terus tarik selimut dah tidur. Padahal baru 1am. Aku pun tak tahu apa buang tabiatnya aku ni tidur awal. Kalau dah ngantuk,letak Gambit Saifullah depan mata pun aku pun aku buat tak tahu je. Hidung berair ah mata berair ah,err tempat lain tak berair okay? Walaupun aku tidur atas kerusi tapi aku chill je. Sakit badan tu mesti ah tapi takda ah sampai tak boleh bangun. Nyonya Ell memang kuat,yeah!


KEDUA



Hari yang indah,err boleh ah. Masa orang lain,maksud aku pesakit dekat hospital ni tidur aku bukannya tidur pun. Aku duduk mengadap netbook macam orang jakun,huuu jakun sikit ah. Nak kata aku update blog,tak juga. Agak agak aku buat apa? Youjizz? Oh,tidak tidak. Aku tak buat apa pun,najet bajet online Facebook paling lama ah sampaikan Zara wall aku tanya,'Weh madu,kau kerja cc ehh? 24 jam muka kau je yang online'. Chill ah beroooo,haha. Memang tak ah aku kerja cc,kan? Dah jauh menyimpang cerita ni,hisy! Okay,aku tidur 6am. Tepat 6am,okay? Aku tidur je,makcik makcik dalam wad ni bangun. Ada yang duduk tepoi tingkap ah,ada yang solat ah dan paling best sekali ada yang buat kopi. Macam mana aku tahu? Bau kopi menusuk masuk dalam hidung aku.


Aku teruskan pelayaran mimpi aku,err aku ada mimpi ke? Memang tak ah nak mimpi best best,aku pun tidur atas kerusi boleh pula nak feel mimpi best best. Mimpi basah jauh sekali,err abaikan. Aku tersedar 9am,tu pun sebab mama tengah makan breakfast set dari pihak hospital. Aku pun macam terus bangun,ambil tuala mandi dan mandi. Lepas mandi ingatkan mata jadi segar bugar. Alahai,harapan ah. Lepas mandi aku tidur balik. Mama kejut aku suruh beli makan tengah hari dekat cafe bawah. Sebenarnya aku mamai lagi,sampai dalam lif aku tersalah pilih tingkat. Patutnya aku turun tingkat 3,ni aku pergi naik tingkat 8. Malu memang malu ah,siap tanya mak guard 'mana pintu keluar?'. Mak guard tu dah garu garu kepala,aku terus masuk lif balik. Eiii,malu tahu malu?


Dari petang sampai ah ke malam,aku mengadap netbook macam orang jakun lagi. Biasa ah,duduk dekat hospital ni kau boleh buat apa je? Online je ah. Agak lifeless ah bila ada dekat hospital ni tapi tapi tapi tak lifeless bila ada doktor yang ehem ehem masuk wad ni. Fuyoh! Aku paling suka ah,bukan gatal bukan batak cuma cuci mata. Nurse dekat sini pun kira peramah juga ah,comel comel je. Aku rasa kalau Danial masuk hospital ni,memang tak ah dia nak keluarkan? Yelaa,nurse comel comel pula. Memang habis ah dia flirt. Danial,biasa lettew! Aku pun dah mati kutu dekat hospital ni. Tak bosan mana pun cuma benda jadi terhad ah bila aku nak buat itu ini. Serius ah,hospital ni memang toptip. Suka memang suka tapi siapa tahan duduk dekat sini sampai sebulan? Aku nak minta kerja cleaner ah dekat sini,boleh dapat duit poket sikit. Okay tak?


MOTIF



Ada 2 motif aku upload gambar yang aku tangkap sendiri guna webcam netbook baru aku ni,ya netbook baru okay? Bangga ke jakun ni? Huuuuu,nilai snediri.


Motif 1: Wawan Lucker suka tengok aku senyum. Dia kata,'senyum sikit boleh tak? sweet je you senyum budak!'


Motif 2: Emy Hasbi bagi teddybear besar gilababisssss tu. Nama teddybear tu Fluffy sebab teddybear tu lembut sangat sangat. Itewwww cukewwww!



March 29, 2011

DEMAM OH DEMAM



Mama sihat lagi,aku pula boleh bantai demam. Best? Alahai,memang best ah ceritanya bila aku makan asam pedas rasa tawar je. Bodoh tauuuu? Dah nama pun duduk dekat hospital,memang sah sah ah ada banyak virus virus penyakit. Aku pula jenis senang dapat penyakit,berlumba lumba segala macam virus datang serang badan aku. Babisssss betulsssss!


Berdasarkan gambar untuk post ni aku tahu ramai yang akan berkata,'muka orang demam memang selalu comel ehh?'. Okay,mari mari aku cuba menerangkan mana yang kabur. Jawapan soalan tadi memang ada dalam soalan tu sendiri. Ni kira kes cedok soalan untuk jawapan,coolkan? Jawapannya,'muka orang demam memang selalu comel,lagi lagi tuan empunya beloggg ni'.


BUKAN ZAMAN P.RAMLEE



Suka hati ah kau nak kata aku batak lelaki blahblahblah sebab aku tahu siapa aku. Aku rasa kalau kau tak nak aku berkawan dengan orang lain kau boleh simpan aku dalam seluar kau okay? Ey kejap beroo,ni bukan zaman P.Ramlee ah nak simpan simpan awek dalam seluar ni. Ni zaman Justin Bibir okay? Kenapa Justin Bibir? Damn,abaikan! Okay,sambung cerita. Ceritanya sampai bila pun kau takkan faham aku. Setakat faham gitu gitu je,baik aku bercinta dengan orang gila. Bercinta dengan kau pun bukannya kau faham aku,kan?


Setakat aku keluar dengan Ali kau nak mengamuk macam aku kahwin dengan Ali baik tak payah ah,buang tenaga kau nak mengamuk bagai bagai. Fyra,gf Ali pun tak marah ah aku keluar dengan Ali. Apahal kau nak marah pula? Memang malang aku ni dapat kenal dengan semua lelaki lelaki yang paranoid. Danial ah yang bawa virus ni,fuuuuuck! Aku samakan kau dengan Danial,lagi ah kau melenting tapi memang hakikat perangai kau sikit lebih kurang je dengan Danial,paranoid tak berhabis. Stress aku dibuatnya!


Sekarang ni apa nak jadi,jadi ah. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi sampai kau percaya aku 101%. Aku bukan putus asa cuma sakit hati,sakit hati yang sangat sangat bila kau nak mengamuk sebab aku keluar dengan Ali. Ya,aku pernah sayang Ali tapi tu dulu. Dulu tahu dulu? Bodoh ah kalau aku nak sayang Ali lagi,Ali pun dah ada Fyra ah. Ali pun dah tak heran dengan aku. Nama pun kawan,chill ah. Kau berkawab aku tak pernah nak halang pun,kenapa kau nak halang aku berkawan? Fikir dalam dalam dan tolong buang paranoid kau jauh jauh.





OH TIDAK!



Dalam kereta semalam boleh bantai dengar lagu Rossa-Ku Menunggu pula. Ergh,damn! Apa ni? Tak faham ah. Walaupun lagu tu takda kena mengena dengan yang hidup mahupun mati,tapi aku terasa bila dengar lirik lagu ni. Huuuuuuuuuuuu,chill Ell chill.


ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

reff:
haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

repeat reff

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu dan juga rindu
dan aku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu


Memang babisss. Ey kejap,aku terasa dengan lirik ni bukan sebab Danial okay? Takda kerja aku nak menunggu Danial lagi. Danial je pun bukannya Gambit Saifullah. Dahhhhhh,cerita sini habis sini. Jangan nak bahan bahan aku dekat Facebook pasal post ni. Itewww ta cukewww,tawww tawww?


March 28, 2011

PERTAMA



Ceritanya memang aku tak tidur,tak tahu ah sebab apa. Nak kata aku excited sebab nak pergi Johor Bahru,tak juga. Alahai,Johor Bahru je pun bukannya Paris. Okay,bukan sebab excited. Sebab lainnnn? Oh,dah ingat. Aku pergi layan Adan gilababisssss tu. Jangan tanya kenapa aku dah mula rapat dengan dia,ceritanya agak kelakar ah. Tu yang sampai tak tidur aku dibuatnya,Adan oh Adan. Sebelum aku layan Adan gilababisssss,aku dah kemas baju baju yang aku nak bawa pergi Johor Bahru. Banyak wehhhh! Serius aku rasa macam aku pula yang nak kena duduk hospital.


Jam tepat menunjukkan 6am,awhhhh baru masa ni mata aku rasa mengantuk. Nak tidur memang tak dapat sebab 7am dah nak gerak pergi Johor Bahru. Lambat sikit karang habis kena hambur. Danial call aku,tiba tiba je kannnnnn? Cakap itu ini,tak lama mana pun lepas tu terus pergi mandi. Semua dah siap,terus gerak. Dalam kereta aku asyik tidur je,al maklum ah aku berjaga sepanjang malam. Kenapa? Sebab Adannnnnnnnnnnnnnn,agak poyo tapi kebenaran okay? Aku terjaga bila dah sampai pintu pagar Hospital Sultan Ismail. Macam tahu tahu je dah sampai. Biasa ah,aku ada deria keenam. Okay,merepek. Aku terus ikut mama pergi bahagian Radioterapi. Oh mak aih,cikitnyewww owunkkk!


Beratur punya beratur,akhirnya mama dapat masuk bilik apa entah. Lepas tu mama kena pergi daftar untuk masuk wad,alhamdullilah dapat wad kelas kedua. Mama cool je aku pula yang excited,awhhh. Sampai je dalam wad,aku macam terpaku tengok wad ni. Serius macam hotel,aku suka aku suka aku suka! Aku chillin' chillin' kejap,lepas tu aku kemas barang mama masukkan dalam almari tepi katil. Dah siap semua,aku ambil netbook terus online. Update sana sini,blog ni juga aku update paling akhir. Bukan malas cuma nak ambil mood dulu,fahamkan? Mata aku dah rasa berat sangat sangat,entah berapa ekor setan yang tergantung dekat mata aku.


Ambil tuala,shampu,pencuci muka terus masuk bilik air. Nak buat apa? Mandi ah,takkan main sabun pula. Lepas mandi mesti segarkan? Kejap je segarnya. Hilang je segar tu mata aku terus tertutup,alahai mengantuk sangat sangat. Aku tidur dari 4pm sampai ah 8pm. Lama tak? Tak lama mana pun tapi cukup ah untuk menambahkan waktu tidur aku. 8pm aku bangun,tu pun mama yang kejutkan sebab Apek dah sampai dekat lobi hospital. Aku pun terus melompat bangun turun bawah jumpa Apek. Apek nak jumpa mama,aku tunggu dekat lobi. Apek dah jumpa mama aku terus ajak pergi makan. Sumpah lapar,faham faham je ah aku baru bangun tidur. 11pm Apek hantar aku dekat hospital balik.


Suasana dekat hospital memang dah sunyi sikit,aku pun cekal je naik lif pergi wad mama. Aku baru online,tiba tiba Ali text. Ali ajak lepak lepak,aku pun okay je ah. 12am tepat Ali,Wan dengan Kakak apa entah tunggu aku depan lobi hospital. Excited? Semestinyaaaaaaa! Belum masuk kereta lagi aku dah kena bahan dengan Wan,babissssss betulssss. Chilllll. Mula mula nak lepak mamak lepas tu plan berubah ubah. Lastly Ali drive pusing satu Johor Bahru. Serius memang aku tak banyak bercakap dengan Ali. Kenapa? Sebab masa lalu,hmm. Aku lagi banyak ketawa sebab Wan buat lawak tak berhenti henti,lawak bodoh je pun tapi aku punya ketawa memang macam orang tak pernah ketawa.


Nak dekat 2am juga ah Ali hantar aku balik dekat hospital. Sempat ah juga Ali pesan itu ini,jaga diri blahblahblah. Wan siap nak hantar aku sampai wad,memang tak ah. Kalau boleh aku dah lama ajak ramai ramai lepak wad ni. Sampai je wad,aku pegang phone terus text Ali pasal tadi ah. Aku text thanks blahblahblah. Tiba tiba terbuka pula cerita lama,sedih memang sedih. Perit,pedih semua ada. Alahai,masa tak boleh patah balik. Nak buat macam manakan? Ali pun dah ada Fyra,aku pun dah ada Apek so masing masing chill je. Kawan paling best,Ali pun ada cakap nak jadikan aku ni kawan macam Ali dengan Wan. Aku okay je,berkawankan? Bukan bermusuhan. Btw,thank you soo much for fun ride. I lebbbb uooolsssss!




March 27, 2011

ACER ASPIRE ONE HAPPY EDITION


PAPA! MAMA! TERIMA KASIH EHH?


Aku baru dapat Acer Aspire One-Happy Edition Netbook ni semalam,mama dengan papa yang belikan semalam. Memang aku ikut dorang pergi beli netbook,tapi aku ingat dorang nak belikan netbook biasa je sebab dekat rumah memang dah ada laptop cuma dah lama je. Sekali aku dapat netbook ni,fuyoh! Suka memang ah suka,warna pink+putih pula. Itewww memunk cukewww warnewww pink dengan puteyh. Okay,cukup cukup. Aku nak muntah bila gunakan bahasa 'wwwww'.



March 24, 2011

ALHAMDULLILAH



Debaran yang aku tunggu setelah sekian lama akhirnya terjawab.


BAHASA MALAYSIA : A+
SAINS : A-
BAHASA INGGERIS : B+
DANDANAN RAMBUT : B+
SOLEKAN : B+
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM : C+
SEJARAH : D
MATEMATIK : E


Aku rasa kecewa juga ah dengan keputusan SPM aku ni sebab keputusan aku agak lari daripada target aku. Serius aku terkilan tengok keputusan Bahasa Inggeris aku,mungkin disebabkan terlalu yakin akhirnya aku hanya mendapat B+ walaupun aku dapat A+ masa trial. Aku nak kecewa sangat pun tak boleh,benda dah lepas. Aku hanya boleh tawakal dan redha je ah.


Walauapapun keputusan SPM aku,aku masih boleh berusaha untuk fasa kehidupan aku yang seterusnya iaitu fasa pembelajaran peringkat tinggi. Sebelum keputusan SPM diumukan,aku telah memilih beberapa bidang untuk aku ceburi bagi fasa kehidupan aku yang seterusnya ni. Memandangkan keputusan SPM aku kurang memberangsangkan,aku terpaksa mengubah semula bidang bidang yang telah aku pilih sebelum ni. Jika sebelum ni aku teruja untuk menyambung pelajaran dalam TESL,tapi selepas keputusan SPM diumumkan dan aku mendapati bahawa keputusan Bahasa Inggeris tidak mancapai sasaran aku sendiri iatu A+ aku terus memilih beberapa bidang lain.


Kolej SEGi telah pun menghubungi aku dan menawarkan aku Diploma Makmal Perubatan. Aku ditawarkan kursus ni disebabkan Sains aku mendapat A-. Aku masih bingung,tak tahu nak kemana hala tujuan aku selepas ni. Papa dan mama teruja menggalakkan aku masuk Maktab Perguruan ataupun UPSI disebabkan peluang kerja yang melimpah ruah tapi aku tak minat. Kepala otak aku dah nak pecah memikirkan masalah ni. Kalau dulu sebelum SPM,nak pecah otak belajar lepas tu nak tunggu keputusan SPM pun berdebar debar je dan sekarang ni sekali lagi otak rasa nak pecah sebab tak tahu mana satu hala tuju aku selepas ni. Tersilap langkah,musnah segalanya.


Ya Allah,tolong berikan kekuatan serta kesenangan untuk berfikir kepada hambamu ni dalam memilih hala tuju hidup yang dapat menjamin masa depanku serta keluargaku. Amin ya rabbal al amin :')


March 20, 2011

Berdoa Untuk Jepun



Aku sedih setiap kali Buletin Utama ataupun Harian Metro ada menyiarkan berita tentang kejadian tsunami yang melanda Jepun. Aku turut bersimpati dengan apa yang telah terjadi walaupun kejadian tersebut bukanlah diminta untuk terjadi. Selepas tsunami melanda Jepun,kini Jepun diselubungi dengan isu radiasi berpunca daripada reaktor reaktor radioaktif yang terjejas teruk akibat tsunami yang melanda Jepun. Setiap pelusuk negara ini cuba untuk bertahan walaupun kita sendiri tahu bagaimana keperitan yang mereka lalui selepas kejadian tsunami dan kemudiannya diikuti dengan radiasi daripada reaktor radioaktif. Bukan setakat Jepun yang bakal mengalami radiasi tersebut jika tidak dapat dikawal malahan negara negara serantau juga bakal terkena tempias radiasi ini.


Keadaan kebanyakkan daerah di Jepun juga tidak banyak perubahan sejak tsunami melanda. Semakin hari semakin ramai mangsa mangsa yang ditemui tertimbus di bawah runtuhan runtuhan bangunan serta timbunan timbunan pokok dan sampah sarap yang hanyut dibawa arus air yang deras. Aku memang tabik kepada penduduk Jepun,meskipun dilanda bencana dan dilanda musibah tetapi mereka tetap mementingkan kerjasama antara penduduk di kawasan sekitar yang terjejas akibat tsunami teruk. Aku ada juga melihat video amatur semasa berlakunya tsunami di salah satu daerah di Jepun,sedih memang sedih bila melihat video tersebut kerana masing masing terkejut dengan musibah yang melanda dan bersyukur kerana masih bernafas. Melalui video tersebut juga dapat aku lihat kerjasama yang diberikan untuk menyelamatkan mangsa mangsa yang terperangkap semasa tsunami. Ya,memang aku menitiskan air mata kerana aku bersyukur kejadian ini tidak berlaku di negara kita.


Media cetak juga tidak terlepas daripada membuat liputan tentang bencana alam yang paling teruk pada abad ini. Hampir setiap hari aku baca Harian Metro dan aku sendiri berulang kali melihat imej imej yang dipaparkan. Imej yang dipaparkan sudah cukup membuat aku sebak dan daripada imej juga dapat menggambarkan situasi sedih yang menyelubungi setiap pelusuk Jepun. Kebanyakkan imej memaparkan rakyat rakyat Jepun yang sedang menangis meratap kehilangan orang tersayang akibat bencana alam ini. Aku pernah terfikir jika aku berada dalam situasi mereka,macam mana agaknya keadaan aku sekarang? Mereka juga ada melakukan pelbagai cara lain untuk mencari orang orang yang tersayang yang masih lenyap ditelan tsunami antaranya menulis di atas kertas nama nama orang yang tersayang beserta nota nota peringatan. Sungguh menyayat hati,hmm.


Untungnya kalau aku dapat menjadi salah seorang sukarelawan yang dihantar ke Jepun bagi misi menyelamat mangsa mangsa tsunami di sana. Malangnya,kata hanya tinggal kata. Aku hanya mampu berdoa di atas sejadah bagi rakyat Jepun dan negara Jepun sendiri. Amin ya rabbal al amin :')


March 15, 2011

Forgive And Forget



TERIMA KASIH SEBAB JADI KAWAN
WALAUPUN
SEBELUM INI KITA LAWAN


* Jaga kesihatan kau. Kurangkan fikir pasal dia sebab kesihatan kau lebih mustahak dan aku tahu kau dengan dia akan bersama semula. All the best and I'll always pray for you girl :)


March 14, 2011

IPC-KLCC



Benda kalau tak plan memang menjadi je,kannnn? Kalau dulu dulu,aku nak jumpa sesiapa mesti kena plan rapi rapi. Yelaa,takut nanti tak dapat jumpa lagi lagi kalau orang yang aku nak jumpa tu tersangat ah penting dalam hidup aku. Sekarang ni dah lain,makin plan makin tak menjadi. Satu pun apa pun tak jadi nanti. Aku pun dah serik jadi aku malas nak plan lagi,nak jumpa sesiapa terus call/text masa tu juga. Takda ah nak plan sampai 2-3 hari sebelum tu,alamatnya memang tak jadi apa ah.


Macam tadi,aku ikut mama pergi IKEA. Biasa ah surirumahtangga kalau tak pergi tempat tempat macam ni memang tak sah,lain cerita ah aku ni kalau pergi situ tiba tibakan? Memang tak ah,aku pun tak berminat. Aku rasa rimas nanti,yelaa macam takda fungsi aku nak pergi IKEA tu. Bukan aku dah nak kahwin pun,nak kena survey barang barang macam tu. Macam biasa ah,mama pergi IKEA aku dengan Darling pergi IPC. Mula mula memang takda haluan juga ah,yelaa jalan tetap jalan tapi tangan aku kemain laju lagi menaip. Dengan siapa? Rahhhhhsiaaaa!

DIA: You dekat mana?

AKU: Err,dekat IPC. Mama dekat IKEA. You dekat mana?

DIA: Rumah. Ingat nak jumpa you,tapi takpa ah.
AKU: Jumpa dekat IPC,kalau nak ah. I takda lesen,susah nak gerak.
DIA: I malas nak pergi sana,takpa ah.
AKU: Oh,takda rezeki. Mama ada?

DIA: Kalau jumpa,ada rezeki ke? Takda,idk where is she.

AKU: Oh,nanti kirim salam dia. Rindu mama,hmm. Tak keluar ke?
DIA: Datang ah jumpa dia. I baru bangun,malam karang baru keluar.

AKU: Memang nak jumpa,tapi takda transport. Takda kelas ke?

DIA: Cuti sem ah. Naik ah cab.

AKU: Oh,lupa. Cab? Tak tahu.

DIA: Haha,noob dari dulu lagikan? I pun tak tahu,I pula beriya suruh you datang.
AKU: Bodoh,haha. You memang beriya,haha.

DIA: No,actually I miss you.
AKU: Haha,jangan buat lawak.

DIA: Serious ah.
AKU: Layan ah,hahaha. Ajak mama datang IPC,rindu mama!

DIA: Tengok ah macam mana.

AKU: Tengok apa? Haha.
DIA: You lama ke dekat sana?

AKU: Lama tak lama ah,baru sampai kot. Kalau lambat,takda rezeki ah. Nak datang,datang je ah.

DIA: Malas actually,mama pergi Giant. Tunggu ah kejap lagi macam mana,tunggu dia.

AKU: Haha,kalau malas tak payah lerr.

DIA: Alaaa,tak supprotive langsung. Ingat senang ke I nak jumpa orang haa?
AKU: Haha,I tahu ah you macam mana. Karang dipaksa terus letak phone dalam fridge,hahahaha.

DIA: Mama marah doh letak phone dalam fridge. Kejap kejap,I dah nekad nak pergi sana. Tunggu mama je. Fucked up,apahal aku ni?
AKU: Bodoh,kalau aku pun aku marah. Nak tunggu mama ke?

DIA: Apahal nak marah pula? Bukan phone you pun,kecoh je. Aah tunggu mama,cepat ah balik!

AKU: Bukan marah,geram je --' Kalau mama tak nak pergi?

DIA: Takda rezeki ah,hahahaha.
AKU: Kalau jumpa ada rezeki ah? Hahahaha.

DIA: Entah,tak tahu. Hurr!
AKU: Hahaha,nasib ah. Kalau nak datang,I dekat IPC.

DIA: Mama pun tak balik balik lagi,relaks ah.
AKU: Hurr,bagitahu je. Karang memekak tanya dekat mana.

DIA: Alaa,macam you duduk dekat IPC tu sampai esok malam je.

AKU: Mana tahu,haha. Paling kurang tak duduk bawah katil,hahahahahaha.

DIA: Alaaa,tu hobi. Baru ah rare!

AKU: Jangan nak rare sangat,tu dah buang tabiat.
DIA: Kejap lagi mama call you,mama cakap you gatal.

AKU: Apahal I pula yang kena? Grr. DIA: Sebab I cakap you yang suruh I datang,you paksa. I cakap dekat mama jangan sampai I letak phone dalam fridge,hahaha.


Babi je kau ehh? Nasib ah mama tak kata apa,just ajak pergi KLCC sebab mama malas nak jalan dekat IPC atau The Curve. Aku pun terus end call,pergi IKEA jumpa mama. Aku bagitahu mama aku nak pergi KLCC,nasib ah ada Darling nak temankan aku. Fuhh,dari IKEA patah balik cari pintu masuk IPC. Sumpah penat gila,aku punya teruja nak jumpa mama sampai senyum aku tak habis habis. Tunggu dekat setengah jam juga ah,dari panas sampai hujan akhirnya dorang sampai pun. Masuk kereta terus tegur mama,aww aww aww rindu mama!


Hujan lepas tu trafik macam sesak gila,mama berhenti dekat LRT Seri Rampai. Masing masing naik LRT je,aku nak bercakap dengan kau memang tak ah. Rasa macam nak bunuh pun ada,tapi fikir balik tak jadi ah. Karang aku bunuh kau,tak pasal pasal je aku kena sumbat dalam penjara. Aku terus lupakan niat busuk tu. Pergi makan lepas tu lepak dekat taman KLCC. Memang tak ah kau nak buka cerita pasal sweater dengan tshirt kau yang ada pada aku tu,aku pun dah tak pakai barang barang kau. Boxer kau pun ada aku simpan,kau nak balik ke?


Langit pun dah gelap,masing masing terus gerak balik. Aku pun nak balik Muar,tu yang kena cepat cepat sikit. Sampai Jelatek,Abang Wahie ambil. Dekat Jelatek lagi aku dah text kau,tu pun Darling yang suruh. Darling suruh aku kirim salam maut kau sebab kau ah Darling dah ada nama 'Miss Ai',sumpah aku berdekah je bila teringat kau bahan Darling pasal ni. Sedap ah kau bahan Darling,nasib aku tak buka cerita pasal kau yang pelik pelik nak mampus tu kan? Kalau tak kau redha je ah kena bahan.

AKU: Thank you for annoying trip just now. We appreciate it --'

DIA: Biasa ah,bukan selalu. Lupa nak cium mulut tadi.
AKU: Memang tak ah,ingat first date apa? Hahahahahahaha.
DIA: Alaaa,kata Amerika. Kalau Miss Ai takda tadi memang I dah cium you,hahahahaha.

AKU: We Speak No Americano,hahahahahaha. Jangan ah,tolong ah. Hahahaha,bodoh tak habis dia ni.
DIA: Asal doh? Hg jangan buat pasai.
AKU: Hg yang buang tabiat,hahahaha. Nasib ceq tak buka cerita pasal hg dok bawah katil cari berlian,hahahahahahah!

DIA: Ish,jangan ah. Seriouslu I miss you doh.
AKU: Takpa,nanti I update blog pasal tu. Comel doh! Miss me ke miss ai? Hahahahaha.

DIA: Miss you ah,cakap dekat miss ai sorry.
AKU: Dia okay je ah,hahahaha. Okay,I miss you three. Nanti kirim salam peluk cium I untuk mama tau?

DIA: Kenapa tak too? Okay,nanti I cakap dekat mama.
AKU: I MISS YOU TOO,puas? Hurr --'



Dahhhhh,sampai disitu je aku boleh taip balik segala bagai text aku dengan kau. Sebenarnya ada lagi,tapi aku rasa tak patut pula nak taip balik. Nanti anon kata apa pula,malas nak timbulkan balik benda yang dah lama tenggelam. Tipu ah kalau tak nak tapi kau kena fikir betul betul ah,jangan tangkap muat je. Kalau ada peluang,aku bagi kau okay? Jangan peningkan kepala otak,Take It Slow bak kata Estrella. Nak kelam kabut pun tak boleh,yang penting relaks. Walauapapun,aku tetap sayang mama!


***SUATU KETIKA DAHULU:
I don't mind
My heart said that I won't stop loving you

No matter how much youu hate me
More hates creat more love

Keep on hating me



March 13, 2011

Mama II



MAMA: Ell sihat? Result keluar bila?
AKU: Sihat je,mama sihat tak? Result keluar 23 Mac,lama ouw Ell tunggu.
MAMA: Mama pun sihat. Goodluck ambil result nanti.
AKU: Thanks ma! Mama tak kerja ke?
MAMA: Tak,mama nak balik kampung.
AKU: Oh,balik kampung dengan siapa?
MAMA: Dengan Aunty Liza. Ell dekat Ampang ke?
AKU: Aah,sampai Isnin.
MAMA: Mama dekat kampung sampai Ahad,nanti mama call Ell bila mama dah balik KL. Ell boleh datang rumah.
AKU: Okay,nanti apa apa hal mama call Ell tau?
MAMA: Okay,Ell take care. Mama love you!
AKU: Mama pun sama,take care too. Baik baik drive,ily and imy ma!


Tolong jangan pening kepala,dia bukan mama aku yang sebenar benarnya. Dia memang mama aku cuma dia bukan mama kandung aku tapi aku sayang dia sama macam aku sayang mama kandung aku. Aku sayang dia bukan sebab aku pernah bercinta dengan anak dia. Tak pernah terfikir pun aku nak sayang dia sebab anak dia,dah dah dah jangan salah faham.


Aku rasa dia perempuan paling tabah pernah aku jumpa sebab aku rasa hidup dia cukup berat untuk aku sendiri tempuh bila aku berada dekat tempat dia. Dia relaks je uruskan hidup dia dan dia sendiri ada cara yang tersendiri macam mana nak uruskan hidup dia dan hidup anak anak dia. Serius,aku suka tengok dan itu salah satu sebab kenapa aku sayang dia.



*** SEKALI LAGI DIINGATKAN,AKU TAK PERNAH SAYANG DIA SEBAB AKU PERNAH BERCINTA DENGAN ANAK DIA.

March 3, 2011

Keputusan SPM


Hari ni dah 11 Mac 2011. Lama betul aku tunggu tarikh rasmi keputusan SPM,akhirnya aku dapat juga tahu tadi. Baru sekejap ni aku Google cari tarikh rasmi keputusan SPM keluar,akhirnya aku terbaca dekat News Straits Times online tentang tarikh rasmi keputusan SPM.

The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23


Ni adalah salah satu petikan artikel yang aku telah baca tadi. Dah tahukan bila tarikh rasmi keputusan SPM keluar? Fuhhhhh,aku berdebar mengalahkan perempuan yang nak bernikah. Tarikh ni ah yang aku tunggu tunggu,dup dap dup dap je dengar jantung aku ni. Aku rasa aku dah terlebih bersabar nak tunggu benda ni daripada aku ada kerja sampai aku dah berhenti kerja takda pun unsur unsur keputusan SPM nak keluar. Nasib baik ah sekarang ni aku suka baca surat khabar secara online,sebab dekat rumah ni takda orang nak keluar beli surat khabar. Kalau aku tak membaca tadi memang tak tahu ah bila keputusan SPM keluar.


23 Mac nanti aku pergi sekolah ambil keputusan SPM memang bukan dengan mama ataupun papa sebab masing masing sibuk. Aku pun faham,dan aku pun dah bagitahu Rahmat yang aku nak ajak dia pergi teman ambil keputusan SPM. Kalau bukan Rahmat,Sepet dah janji nak teman aku. Memang akan rasa lain ah sebab sebelum ni aku pergi ambil keputusan UPSR dan PMR memang mama yang teman tapi bila aku ambil keputusan SPM nanti mungkin bukan mama yang teman. Takpa ah,aku pun tak terasa hati sebab aku faham mama dengan papa sibuk. Aku pun dah 18 tahun,takkan pergi ambil keputusan SPM pun mama dengan papa yang nak temankan? Memang tak ah. Buat masa ni aku hanya mampu berdoa,yang selain tu aku serahkan pada Allah. Aku redha walau apa pun keputusan SPM 2010 sebab aku dah buat sehabis baik.





Terima Kasih



Wehhhhhhhh,terima kasih tau tau tau?

* Converse Jack Purcell
* Adidas Mexico 70
* Rantai
* Cincin
* Selipar
* Duit


p/s: Aku tak upload gambar barang barang ni,nanti ada anon kata aku berlagak.