February 7, 2011

Telenovela


Telenovela dah tamat doh,sobs sobs sobs. Lepas ni bosan ah,tak tahu nak tengok telenovela mana lagi. Yelaa,bagi aku telenovela yang dah habis nicerita memang tiptop. Plot cerita yang agak versetail,aku memang suka. Permulaan yang agak 'comel',klimaks yang lagi 'comel' dan pengakhiran yang cukup sedih dan tragis. Para pelakon juga tidak kurang hebatnya,berdrama dan berdialog dengan penuh perasaan sampaikan telenovela ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Blow job guys,sheeeesh good job guys!


Perasaan sedih masih lagi menyelubungi perasaan aku ni,rasa serba tak kena je sebab fikir mana aku nak tengok telenovela sehebat telenovela yang sudah berakhir tu. Berkemungkinan besar,telenovela berkenaan akan mempunyai sambungannya tetapi ini semua bergantung kepada para pelakon juga. Yelaaaa,para pelakon merupakan penuntut IPTA IPTS dan ada juga pelakon yang merupakan budak sekolah. Jika mereka tidak sibuk dengan hal hal lain,berkemungkinan telenovela ni akan disambung ceritanya dan aku sangat teruja.


Serius aku cakap,telenovela tersebut betul betul menyentuh perasaan aku daripada episod pertama iaitu detik detik pertemuan mereka sehinggalah detik detik tatkala si hero meninggalkan si heroin dengan penuh tragis. Jika dihayati telenovela ni dengan penuh perasaan,pelbagai perkara boleh berlaku antaranya seperti mengalirkan air mata dan sebagainya. Susah bagi aku untuk mengiktiraf sesebuah telenovela dan telenovela ini telah berjaya mencuit hati aku dah aku amat sukakannya. Yeaaaaaaaaaah!


NOTA BUAT SI HERO,
- Tolong tukar default anda. Default tu ada karma,boo-hoo!







1 comment:

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.