February 23, 2011

Kawan



Setiap orang perlukan setiap kawan. Tapi apakah itu kawan,geng warung kopi,member seperjuangan,member lepak,rakan sekolah atau kawan kawan yang bersama kita susah dan senang? Tiada prejudis. Tiada perbezaan. Tiada pertandingan. Tiada persaingan. Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Sekarang ini memang tidak menjadi masalah untuk berkawan. Sangat cepat. Sangat mudah. Sangat pantas. Tak perlu keluar rumah. Hanya dengan merenung skrin komputer dan menaip papan kekunci,berpuluh orang boleh dibuat kawan. Minat dan status hidup belakang cerita,risiko kita sendiri tanggung kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.


Kita memerlukan perjalanan hidup mencari kawan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita. Hanya dengan menunggu masa untuk kita kembali dan menentukan kemana arah persahabatan kita. Terikat,terkongkong,terkurung. Kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama,yang asyik membuntuti arah kemana kita pergi. Kita tak boleh lari tetapi kita kena beranikan diri serta tabah untuk mencari ruang dan memcari kebebasan. Akhirnya wang membuatkan kita lupa dan lalai,memaksa kita berfikir,membebankan kita,membebaskan kita,melemaskan kita dan akhirnya menelan kita semula.


Bila dunia kita lumpuh,kita belajar untuk bangun semula. Kita akan minum,makan dan membuang masa seperti biasa tanpa menyedari segalanya telah berubah. Kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata kata dan kita mungkin terkapai kapai untuk bersuara. Akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan,bila kita sudah sehaluan dan bila kita sudah hanya masa yang akan menentukan perjalanan persahabatan kita. Menunggu rasa sepanjang hidup kita hanya dengan menunggu. Menunggu masa. Menunggu peluang. Menunggu kasih. Menunggu tanpa penghujung sehingga kita asyik bertanyakan bila,bila,bila,bila dan bila.


Macam mana bosan dan jenuh kita menunggu,kita tetap kena menunggu. Menunggu seolah olah seperti satu pekerjaan ataupun bidang yang tidak mendatangkan hasil. Tetapi kadang kadang menunggu agak berbaloi bila ada kawan kawan disisi kita. Kita menghabiskan masa mencari kawan yang kita boleh berhubung dan kawan yang sejiwa sehingga kawan menjadi kami. bila semuanya diluar kawalan,apa yang boleh kita buat? Menunggu dan berharap. Apa yang boleh kita lakukan? Tunggu dan lihat. Apabila kita sedar dunia yang kita menetap rapuh dan retak,kita akan cuba sedaya upaya untuk bertahan kerana itu sahaja yang kita mampu lakukan.


Kit sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yang kita impikan. Hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit. Badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat. Hati yang kita harapkan menjadi lebur dan keras. Kesunyian membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan. Kita tahu kita perlu berani untuk membebaskan diri,berani melupuskan kenangan silam dan mencari ketenangan tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini. Selangkah demi selangkah kita bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari. Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah kita hilang.


*DIOLAH OLEH: RAHMAT RAHFAIEL

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.