February 3, 2011

Aku,Dia dan Cinta


Beberapa jam lepas,aku menghantar Apek menaiki bas yang menuju ke Johor Bahru. 2 minggu Apek berada di rumah aku atas hal hal yang tak dapat dielakkan. Dalam masa yang sama juga,aku merasakan hubungan antara aku dengan dia semakin rapat. Begitu juga hubungan antara dia dengan keluarga aku. Aku merasakan dia seperti salah seorang ahli keluarga aku walaupun kenyataan sebaliknya. Cara dia bergurau dengan mama membuatkan aku tersenyum sekali,cara dia melayan adik aku tidak ubah seperti dia melayan adiknya sendiri dan yang paling penting dia tidak gentar untuk memberikan pendapat kepada papa walaupun aku tahu papa bukanlah seorang yang senang dibawa berbincang.


Apek pernah cakap dengan aku,
APEK: Pejam celik,kita dah nak masuk 5 bulankan?
AKU: Tahu takpa,sekejap je rasanya. Kalau dengan Danny ni dulu.........
APEK: Kalau dengan dia kenapa?
AKU: Errr,masa aku dengan dia masuk 5 bulan hubungan hampir nak runtuh. 6 bulan terus runtuh.
APEK: Kau nak hubungan kita runtuh juga ke?
AKU: Sumpah tak nak.


Dalam masa 2 minggu juga,aku dah ubah dia menjadi seorang yang 'baru'. Berbekalkan potongan rambut yang baru,aku dapat merasakan seolah olah mempunyai seorang bf yang baru. Setiap kali ingin keluar,dia pasti akan menyuruh aku menjadi hairstylist untuknya. Bila difikirkan balik,memang comel je perangai. Lama kelamaan,dia sendiri dapat menyesuaikan dirinya dengan rambut baru yang dia sendiri tidak pernah terfikir akan mepunyai stail rambut seperti itu.


2 minggu juga,aku terpaksa bertungkus lumus untuk mengejutnya daripada tidur. Fuhh,dia tidur memang tak serupa dengan orang lain. Aku kejut,dia bangun kemudian dia akan tidur balik walaupun jam menunjukkan 1pm. Kadang kadang rasa nak siram je dia pakai air,tapi aku sabar lagi. Selama 1 minggu aku kejutkan dia dengan keadaan gusi aku yang agak bengkak,kejutkan dia pun sekadar gerakkan badan. Aku tak mampu nak bercakap,disebabkan gusi yang teramat sakit. Ergh,kejutkan juga sampai dia bangun. Dia dekat rumah aku,memang menguji betul kesabaran aku.


Bagi aku 5 bulan tu tempoh yang singkat,aku masih rasa macam semalam aku jumpa dia buat kali pertama di X-Gig. Memang aku berharap hubungan yang berpanjangan serta berkekalan sampai bila bila tetapi aku tahu aku hanya mampu merancang dan Allah yang bakal menentukannya.


APEK: Kita menanglah,kan?
AKU: Tahu takpa,siapa suruh cakap besar.
APEK: Kita kekalkan hubungan kita macam Rarawr dengan Safuan okay?
AKU: Insyaallah.
APEK: I love you.
AKU: I hate you,hehe.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.