February 23, 2011

Kawan



Setiap orang perlukan setiap kawan. Tapi apakah itu kawan,geng warung kopi,member seperjuangan,member lepak,rakan sekolah atau kawan kawan yang bersama kita susah dan senang? Tiada prejudis. Tiada perbezaan. Tiada pertandingan. Tiada persaingan. Sehingga satu hari kita belajar untuk buka mata dan kita mula nampak dunia bukan lagi sekadar hitam dan putih. Sekarang ini memang tidak menjadi masalah untuk berkawan. Sangat cepat. Sangat mudah. Sangat pantas. Tak perlu keluar rumah. Hanya dengan merenung skrin komputer dan menaip papan kekunci,berpuluh orang boleh dibuat kawan. Minat dan status hidup belakang cerita,risiko kita sendiri tanggung kerana persahabatan adalah satu pengembaraan yang tidak boleh diduga.


Kita memerlukan perjalanan hidup mencari kawan untuk mengisi kekosongan tanpa menyedari mereka berada dihadapan kita. Hanya dengan menunggu masa untuk kita kembali dan menentukan kemana arah persahabatan kita. Terikat,terkongkong,terkurung. Kita mencari jalan untuk melepaskan diri dari kemelut lama,yang asyik membuntuti arah kemana kita pergi. Kita tak boleh lari tetapi kita kena beranikan diri serta tabah untuk mencari ruang dan memcari kebebasan. Akhirnya wang membuatkan kita lupa dan lalai,memaksa kita berfikir,membebankan kita,membebaskan kita,melemaskan kita dan akhirnya menelan kita semula.


Bila dunia kita lumpuh,kita belajar untuk bangun semula. Kita akan minum,makan dan membuang masa seperti biasa tanpa menyedari segalanya telah berubah. Kita mungkin kehilangan peluang untuk berkata kata dan kita mungkin terkapai kapai untuk bersuara. Akhirnya bila kita bertemu dan saling berkenalan,bila kita sudah sehaluan dan bila kita sudah hanya masa yang akan menentukan perjalanan persahabatan kita. Menunggu rasa sepanjang hidup kita hanya dengan menunggu. Menunggu masa. Menunggu peluang. Menunggu kasih. Menunggu tanpa penghujung sehingga kita asyik bertanyakan bila,bila,bila,bila dan bila.


Macam mana bosan dan jenuh kita menunggu,kita tetap kena menunggu. Menunggu seolah olah seperti satu pekerjaan ataupun bidang yang tidak mendatangkan hasil. Tetapi kadang kadang menunggu agak berbaloi bila ada kawan kawan disisi kita. Kita menghabiskan masa mencari kawan yang kita boleh berhubung dan kawan yang sejiwa sehingga kawan menjadi kami. bila semuanya diluar kawalan,apa yang boleh kita buat? Menunggu dan berharap. Apa yang boleh kita lakukan? Tunggu dan lihat. Apabila kita sedar dunia yang kita menetap rapuh dan retak,kita akan cuba sedaya upaya untuk bertahan kerana itu sahaja yang kita mampu lakukan.


Kit sedar perjalanan yang mendewasakan kita tidak akan mudah seperti yang kita impikan. Hubungan yang kita jalinkan menjadi semakin rumit. Badan yang bertungkus lumus menampung hidup semakin penat. Hati yang kita harapkan menjadi lebur dan keras. Kesunyian membelenggu diri menjadikan kita semakin teringin untuk mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan. Kita tahu kita perlu berani untuk membebaskan diri,berani melupuskan kenangan silam dan mencari ketenangan tetapi kita perlu mengharungi kehidupan ini. Selangkah demi selangkah kita bergelut dengan diri sendiri dan berhadapan dengan beban yang datang mencari. Kita hanya boleh bersedia dan menunggu peluang untuk merampas kembali apa yang telah kita hilang.


*DIOLAH OLEH: RAHMAT RAHFAIEL

February 17, 2011

5 Months


APEK: Happy Anniversary! Kita dah berapa bulan ehh? Lupa --'
AKU: Happy 5th Anniversary,muah muah muah. Kau semuanya lupa,kan? Haha,5 bulan.
APEK: Bukan sengaja,hehe. Minggu depan aku balik Muar,nanti kita pergi shopping.
AKU: Mingg depan? Wowowowow,best!
APEK: Pasal budak budak tak cukup akal tu kau tak payah fikir lagi,okay? Bukan kau yang cari pasal,jadi kau tak payah melenting. Esok aku masukkan duit,kau pergi shopping. Jangan fikir lagi.
AKU: Serius? Hehe,ini aku suka! Weh,aku nak kereta tau?
APEK: Oh man! Hehe,oraite. Minggu depan kita bincang. Dah,aku nak off ni. Kau jaga diri,aku sayang kau bodoh.
AKU: Okaykaykay,kau pun jaga diri. Jangan nakal,tau? Aku pun sayang kau gila,muah!


APEK FIQ & NYONYA ELL
Till Death Do Us Part


February 14, 2011

Alahai Kesiannya



Hey perempuan,gangsternya guna wa lu wa lu. Kau geng mana? Double 7? Double Decker? Ayahanda? Bonda? Butoooooooooooooo. Kononnya apa ni? Kononnya nampak gah ah bila guna wa lu wa lu. Wak lu! Simpan je ah ayat wa lu wa lu kau tu,kau tak puas hati sangat,mari mari add aku dekat Facebook atau kau text aku dan paling mujarab kau call aku ah. Aku nak juga tahu apa masalah kau sebenarnya,kalau aku boleh tolong aku tolong ah. Kalau dah parah sangat,minta maaf ehh? Kau bunuh diri jela.


Cerita sekarang ni tak besar mana pun,tapi tak tahu ah kalau kau yang saja gembar gemburkan cerita sebab kau suka fofulawiti muwahan ehh? Ohh,baru tahu. Patut ah status kau dekat Facebook ala ala drama gitu,kan? Senang cerita,kau tulis je ah dekat status 'Nyonya Ell II is trying to make a war with me'. Baru gempak,nanti ramai ah backup kau. Kau suka,kan? Cerita kecil semut macam ni pun kau nak sempitkan dalam kepala otak kau yang memang dah sempit tu kan? Sebab tu aku panggil kau perempuan patetik.


Sekarang ni kau boleh uruskan satu temujanji untuk merawat kemancungan gigi kau dan satu lagi temujanji untuk tidak manjadi salah seorang pesakit anoreksia. Dah selesai semua tu,kau pergi kedai jual majalah dan kau beli CLEO dan baca sampai faham dan sampai takda orang gelar kau 'indonesian girl'. Lepas tu kau pergi jumpa doktor sakit puan dan kau buat scanning,keputusan dah keluar baru kau tahu siapa rabak. 5 hari takkan tak buat apa apa kak? Oh lupa,kau kena buat temujanji yang seterusnya untuk masukkan implan dalam payudara. Dah selesai semua ni,baru ah boleh dabik dada dan dengan megahnya kau cakap 'I'm not an Indonesian girl anymore because I've awesome teeth and 38B size of boobs but I'm not virgin anymore'
.

* Serius ah aku cakap,aku tak terfikir pun nak kritik postblog kau sampai kau perasan gila babi. Tapi orang orang yang kritik postblog kau tu agak awesome. Aku suka!


February 11, 2011

Penakut Ke Pengecut?



Entri kali ni memang betul betul untuk kau. Siapa? Siapa makan gula terasa ah manisnya. Aku memang tak suka nak letak nama dia dalam blog aku,geli tahu geli? Aku tahu kau akan baca entri ni sebab kau dah jadikan stalk blog aku sebagai hobi baru kau. Aku tak nak tahu apa dan bagaimana reaksi kau selepas baca entri ni. Kau nak jadi anoreksia ke,kau nak menangis tak nak berhenti ke,kau nak mengadu dekat bf/adik angkat/bffffffff kau ke. Kisah aku?


Okaaaaaaaaaaaaay ah,aku malas ah nak jadikan benda ni berpanjangan tapi tapi tapi bukan maksudnya aku nak berkawan dengan kau cuma aku malas nak bertikam lidah dengan perempuan yang tak matang macam kau ni. Sedar diri tahu sedar diri? Fikir dalam dalam kepala otak kau,umur kau dah berapa tahun ni? Dah tuakan? Dah boleh kahwinkan? Apa lagi masalah kau ni sebenarnya? Kalau ada benda tak puas hati dengan aku,mari mari mari bincang dengan aku. Jangan guna balaci kau untuk cakap masalah mental kau dengan aku. Bila kau hantar balaci kau untuk berbincang tentang masalah mental kau ni,aku rasa kau macam tikus. Alahai,dah ah kecil lepas tu takut nak berhadapan dengan manusia. Kau tikus ehh?


Banyak benda aku nak pesan ni. Okaaaaaaaaay ah,aku pesan sikit sikit je ah,takut aku pesan banyak banyak nanti makin berlarutan pula sakit mental kau tu.

1) Cerita Perempuan Jahat hak milik sepenuhnya Ellynda bt Suriya Kenchana. Kau sendiri nampak gambar aku dekat tepi ni,kan? Gambar aku dengan Apek pun ada,kan? Ada kau nampak gambar kau tak? Atau mungkin gambar bf kau ke? Takda,kan? Booooooooooo. Okaaaay,sekarang ni aku hanya nak pesan kau takda hak nak suruh aku delete entri blog aku yang buat kau terasa walaupun entri tu sebenarnya takda kena mengena dengan kau mahupun hidup kau yang kononnya apa? Kononnya 'awesome'. Kau sebagai pembaca,hanya digalakkan membaca sahaja,tanpa membuat pesanan kepada balaci kau supaya aku mengdelete entri tersebut. Aku baca blog kau,relaks je. Takda pun hantar balaci bawa pesanan daripada aku suruh kau delete entri dekat blog. Ada ke? Takda,kan?

2) Kau canang satu Facebook,kau tak suka hidup kau kena stalk. Kau canang satu Blogger,kau tak suka anon anon stalk blog kau. Alahai,ceteknya pemikiran kau. Kalau kau tak nak hidup kau kena stalk dengan anon anon sekalian,kau deactivate ja ah Facebook lepas tu kau private blog kau. Boleh? Senang sikit,takda ah kau perasan sangat yang anon anon semua nak stalk kau walaupun nawaitu dorang hanya nak membaca blog kau. Nama je pelajar IPTA,benda macam ni pun tak boleh fikir. Aku cakap bodoh,tergedik gedik minta perhatian dekat Facebook dengan post segala status yang boleh buat orang kasihan dekat kau. Buat pengetahuan kau ah,aku lagi kasihan tengok kau. Kau cakap biar serupa bikin ah,jangan cakap macam keling paria dekat Batu Caves tu. Kau cakap kau tak suka hidup kau segala kena stalk dengan anon anon,tapi kenapa kau boleh tahu pasal entri aku yang sebelum ini? Kau ada balaci tolong bacakan ke atau kau memang suka stalk blog aku? Nasihat aku,baik kau jadi je follower aku. Apa yang aku update,kau dapat tahu. Okay?


*Aku takkan akan sama sekali mendelete segala entri yang telah ditaip oleh aku walaupun ramai yang telah terbunuh disebabkan entri entri ini :)

February 7, 2011

Telenovela


Telenovela dah tamat doh,sobs sobs sobs. Lepas ni bosan ah,tak tahu nak tengok telenovela mana lagi. Yelaa,bagi aku telenovela yang dah habis nicerita memang tiptop. Plot cerita yang agak versetail,aku memang suka. Permulaan yang agak 'comel',klimaks yang lagi 'comel' dan pengakhiran yang cukup sedih dan tragis. Para pelakon juga tidak kurang hebatnya,berdrama dan berdialog dengan penuh perasaan sampaikan telenovela ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan. Blow job guys,sheeeesh good job guys!


Perasaan sedih masih lagi menyelubungi perasaan aku ni,rasa serba tak kena je sebab fikir mana aku nak tengok telenovela sehebat telenovela yang sudah berakhir tu. Berkemungkinan besar,telenovela berkenaan akan mempunyai sambungannya tetapi ini semua bergantung kepada para pelakon juga. Yelaaaa,para pelakon merupakan penuntut IPTA IPTS dan ada juga pelakon yang merupakan budak sekolah. Jika mereka tidak sibuk dengan hal hal lain,berkemungkinan telenovela ni akan disambung ceritanya dan aku sangat teruja.


Serius aku cakap,telenovela tersebut betul betul menyentuh perasaan aku daripada episod pertama iaitu detik detik pertemuan mereka sehinggalah detik detik tatkala si hero meninggalkan si heroin dengan penuh tragis. Jika dihayati telenovela ni dengan penuh perasaan,pelbagai perkara boleh berlaku antaranya seperti mengalirkan air mata dan sebagainya. Susah bagi aku untuk mengiktiraf sesebuah telenovela dan telenovela ini telah berjaya mencuit hati aku dah aku amat sukakannya. Yeaaaaaaaaaah!


NOTA BUAT SI HERO,
- Tolong tukar default anda. Default tu ada karma,boo-hoo!







February 3, 2011

Aku,Dia dan Cinta


Beberapa jam lepas,aku menghantar Apek menaiki bas yang menuju ke Johor Bahru. 2 minggu Apek berada di rumah aku atas hal hal yang tak dapat dielakkan. Dalam masa yang sama juga,aku merasakan hubungan antara aku dengan dia semakin rapat. Begitu juga hubungan antara dia dengan keluarga aku. Aku merasakan dia seperti salah seorang ahli keluarga aku walaupun kenyataan sebaliknya. Cara dia bergurau dengan mama membuatkan aku tersenyum sekali,cara dia melayan adik aku tidak ubah seperti dia melayan adiknya sendiri dan yang paling penting dia tidak gentar untuk memberikan pendapat kepada papa walaupun aku tahu papa bukanlah seorang yang senang dibawa berbincang.


Apek pernah cakap dengan aku,
APEK: Pejam celik,kita dah nak masuk 5 bulankan?
AKU: Tahu takpa,sekejap je rasanya. Kalau dengan Danny ni dulu.........
APEK: Kalau dengan dia kenapa?
AKU: Errr,masa aku dengan dia masuk 5 bulan hubungan hampir nak runtuh. 6 bulan terus runtuh.
APEK: Kau nak hubungan kita runtuh juga ke?
AKU: Sumpah tak nak.


Dalam masa 2 minggu juga,aku dah ubah dia menjadi seorang yang 'baru'. Berbekalkan potongan rambut yang baru,aku dapat merasakan seolah olah mempunyai seorang bf yang baru. Setiap kali ingin keluar,dia pasti akan menyuruh aku menjadi hairstylist untuknya. Bila difikirkan balik,memang comel je perangai. Lama kelamaan,dia sendiri dapat menyesuaikan dirinya dengan rambut baru yang dia sendiri tidak pernah terfikir akan mepunyai stail rambut seperti itu.


2 minggu juga,aku terpaksa bertungkus lumus untuk mengejutnya daripada tidur. Fuhh,dia tidur memang tak serupa dengan orang lain. Aku kejut,dia bangun kemudian dia akan tidur balik walaupun jam menunjukkan 1pm. Kadang kadang rasa nak siram je dia pakai air,tapi aku sabar lagi. Selama 1 minggu aku kejutkan dia dengan keadaan gusi aku yang agak bengkak,kejutkan dia pun sekadar gerakkan badan. Aku tak mampu nak bercakap,disebabkan gusi yang teramat sakit. Ergh,kejutkan juga sampai dia bangun. Dia dekat rumah aku,memang menguji betul kesabaran aku.


Bagi aku 5 bulan tu tempoh yang singkat,aku masih rasa macam semalam aku jumpa dia buat kali pertama di X-Gig. Memang aku berharap hubungan yang berpanjangan serta berkekalan sampai bila bila tetapi aku tahu aku hanya mampu merancang dan Allah yang bakal menentukannya.


APEK: Kita menanglah,kan?
AKU: Tahu takpa,siapa suruh cakap besar.
APEK: Kita kekalkan hubungan kita macam Rarawr dengan Safuan okay?
AKU: Insyaallah.
APEK: I love you.
AKU: I hate you,hehe.