January 17, 2011

Melayu Buat Cara Melayu


Kalau dah lahir lahir ada bin atau binti lepas nama kau,tu maknanya kau memang Melayu. Jawa ke Bugis ke Minang ke tu belakang cerita ah kak. Aku nak cakap pasal kau,ya kau ah. Siapa lagi yang selalu jadi bahan inspirasi dalam penulisan blog aku ni. Hehh,untuk pengetahuan kau ah kan bukan aku sorang je dah jelek dengan perangai kau yang konon konon kalah graduasi TESL. Ramai sangat ah dah muntah dengan perangai kau berlagak macam ambil Diploma dalam TESL je,padahal puui jauh panggang dari api ah.


Tak salah kau nak menulis blog,kalau salah dah lama aku bubarkan blog aku ni. Masalahnya sekarang,cara kau menulis. Serius,pertama kali aku baca blog kau aku rasa macam tengah baca blog PATI yang baru masuk Malaysia. Kenapa? Cuba kau pergi baca blog kau sendiri. Kalau tak faham juga,meh sini aku baca kau dengar okay? Aku pelik,bahasa apa yang kau tengah gunakan untuk menulis blog kau. Bahasa Melayu,kah? Bahasa Inggeris,kah? Bahsa Rojak,kah? Ya Rabbi,mula mula tak sampai hati nak gelakkan tapi bila dah hampir kesuluruhan penulisan kau guna Bahasa Rojak siapa boleh tahan gelak,kak?


Mungkin kau kurang pendedahan dalam bidang penulisan,rasanya ah sebab aku tengok cara kau menulis hanya untuk diketawakan walaupun kau tulis pasal cerita sedih. Sekarang ni kau kena ah buat anjakan paradigma kalau dah tak tahan kena ketawa oleh setiap orang yang mengunjungi blog kau. Kau lupakan ah pasal penulisan blog kau yang menggunakan Bahasa Rojak seperti ini,'TAK PERLU ACT LIKE YOU'RE PERFECT ENOUGH' atau 'HE WILL ASKED TO EAT BANYAK BANYAK' dan 'I WON'T TINGGALKAN MAKAN'. Okay,aku pun tak tahu nak gelak ataupun nak muntah.


Apa kata kau tulis macam ni,

Bahasa Melayu:
- TAK PERLU BERLAGAK MACAM KAU SEORANG YANG CUKUP SEMPURNA.
- DIA AKAN SURUH I MAKAN BANYAK BANYAK.
- I TAKKAN TINGGALKAN MAKAN.

Bahasa Inggeris:
- YOU DON'T HAVE TO ACT LIKE YOU'RE THE ONE WHO PERFECT ENOUGH.
- HE WILL ASK ME TO EAT A LOT.
- I WON'T LEAVE MY DISH.


Nampak? Faham? Kau boleh pilih sama ada kau nak gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pada setiap penulisan kau. Tapi ingat,tolong ah jangan guna Bahasa Rojak kau tu. Kau dah boleh bungkus,campak dalam sungai okay? Daripada kau terus diketawakan,baik kau fikir apa yang aku tulis pada penulisan aku kali ini. Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.