January 31, 2011

Hujan


Dah 3 hari berturut turut bandar Muar dibasahi dengan hujan. Syukur alhamdullilah,tak banjir. Sungai Muar pun berkelakuan agak sopan,sebab tiada unsur berlakunya air pasang besar. Kalau tidak,fuhhhhhhhhhhhhhhh aku dah lari awal awal duduk atas bukit. Aku tak menjangka pun hujan akan turun selama 3 hari berturut turut,selalunya musim tengkujuh berlaku pada bulan November dan Disember tapi lain pula yang jadi pada 2011 ni.


Seronok memang seronok bila hujan ni,tapi tak seronoknya lebih banyak daripada yang seronoknya. Bila hujan,semua kerja dan aktiviti akan terbantut. Itu tak boleh,ini tak boleh. Apa yang boleh? Tidur je boleh. Tidur merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan masa hujan. Kalau tidur,gerenti tak boleh nak buka mata. Cuaca memang redup je,dengan bunyi air hujan lagi memang seronok sangat kalau tidur.


Paling tak seronok bila hujan,aku tak dapat nak merayap ke mana mana. Benci,huh! Lagi satu hal,sebab sejuk. Fuhhhh,aku memang tak tahan sejuk. Masa hujan ah,sweater asyik tersarung je dekat badan aku. Ergh,rimas memang rimas tapi sejuk punya pasal aku kentalkan ah juga pakai. Kalau tak,memang tak ah aku nak pakai sweater bagai. Masa hujan ni ah juga penyakit banyak banyak datang serang aku,selsema ah batuk ah sakit tekak ah demam ah. Mesti ke?


Takpa,aku bersyukur ah dekat Malaysia cuma ada hujan dan panas. Cuba bayangkan dekat Malaysia ada bencana lain selain daripada hujan dan panas macam puting beliung ke gunug berapi ke,hisy aku tak dapat nak bayangkan. Mesti teruk. Betul juga cakap Apek,'Bila tak hujan,mintak hujan. Bila dah hujan,merungut pula. Manusia oh manusia.' Aku rasa juga tempias tu,tapi takpa aku dah sedar sekarang yang aku perlu banyak bersyukur dengan setiap apa yang terjadi dekat dunia ni. Betul,kan?

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.