January 30, 2011

Alahai



Semalam punya semalamnya,seperti biasa aku akan online Facebook semasa setiap pasang mata makhluk di atas muka Bumi ini tertutup rapat sambil mengeluarkan bunyi bunyi yang kurang menyenangkan. Online dan terus online,tiba tiba fikiran aku ligat teringat seorang budak ni namanya si polan. Sepantas kilat aku tulis nama Facebook dia dekat kotak kecil bahagian atas dan terus klik search. Alamak! Takda ah. Takpa,aku belum berputus asa. Aku search guna nama dalam kad pengenalan dia. Alamak! Takda juga. Mana ni? Takpa,aku cari lagi. Aku pergi Facebook kawan si polan ni,cari dekat friendlist. Takda juga,hmm serius aku terus patah semangat. Dalam hati memaki hamun tak tentu pasal --'


Keesokkan paginya,aku bangun dan terus mandi. Tengah tengah nak pakai baju,tiba tiba terlintas dalam fikiran aku nak text si polan ni. Serius,aku memang text. Okaaaaay aku text,

AKU: Weh,mana hilang doh?
DIA: Ada je dekat sini. Apahal?
AKU: Dekat Facebook takda pun.
DIA: Dah deactivate.
AKU: Kenapapa?
DIA: Nothing left for me there.
AKU: Hehh,gf mana?
DIA: Gf mana satu?
AKU: Oh lupa,kau --------- memang ah ramai gf. Alaaaa,yang amoi tu.
DIA: Amoi mana?
AKU: Nama Ling apa entah tu.
DIA: Ling mana?
AKU: Ergh,apa apa je ah. Ramai sangat gf.
DIA: Takda gf ah.
AKU: Aicehceh,meh meh kerat jari aku kalau kau takda gf. Kau tak pernah takda gf,okay?
DIA: Tak pernah takda? Apa apa je ah,suka hati ah nak cakap apa. Susah cakap dengan kau ni.
AKU: Alahai,sorry ah.
DIA: Ah kau,text aku madah nak tanya pasal gf je.
AKU: Zzzzzzzzzz.


Nampak permainan si polan? Aku tak terkejut pun,mungkin si polan nak menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup,sebab tu si polan deactivate Facebook. Ah,tak kisah pun. Jangan tanya kenapapa kalau tiba tiba aku terupdate post pasal si polan,sebab aku pun tak tahu kenapa. Err,tapi tapi tapi aku masih ingat lagi ada satu text si polan hantar dekat aku. Pergh,memang mendalam sangat sangat maksudnya. Tak tahu ah niat si polan nak sindir aku ke atau sebaliknya,tapi aku akan ingat sampai bila bila okaaaaaaaay?

-WEH,THANKS TO YOU. YOU GIVE ME EXPERIENCE ON HOW TO TACKLE A GIRL-

Okaaaaaaaaaaaaaay,terima kasih si polan!


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.