January 18, 2011

18







Teruja. Terharu.


18/01/11 - 0130 am
APEK: Happy 4th Anniversary blahblahblahblah.
AKU: Hey pondans,aku tak sayang kau ah! Hehh,sayang sayang sayang.
APEK: Esok keluar,nak?
AKU: Ambil ah,tapi aku tak sihat sangat. Mata merah,nak demam -.-
APEK: Esok petang ah,okay?
AKU: ZzZzZzZz.


18/01/11 - 1500 pm
Penat aku tunggu,kata nak ajak aku keluar tapi tak text pun. Ni mesti tidur,hehh fine! Tiba tiba Eyka text,
EYKA: Ell,malam ni lepak ah. Aku offday.
AKU: Hehh,aku okay je. Tanya Rahmat.
EYKA: Dia kata okay je,9pm okay?
AKU: Gerak awal ah,ingat nak pergi tengok gaji aku dulu lepas tu aku nak pergi ambil duit dekat Maybank.
EYKA: Okay.


18/01/11 - 1845 pm
AKU: Rahmat,Eyka ada text ajak lepak?
RAHMAT: Ada,jom jom.
AKU: Ambil aku 8pm ah,aku nak pergi tengok gaji.
RAHMAT: Okay.


18/01/11 - 2030 pm
Aku dah siap ni,hehh kenapa masing masing tak sampai lagi ni? Ergh,karang Nike dah tutup -.-
AKU: Eyka,Rahmat ambil kau ke?
EYKA: Yup,otw.
AKU: Okay!


18/01/11 - 2300 pm
Tempat makan ni pun dah nak tutup,mata aku pun dah layu. Hehh,bila budak budak ni nak gerak? Kalau dah dapat berbual,memang tak ingat dunia. Lagi lagi bab bahan membahan,memang jadi je dorang ni. Okay,cool Ell. Lagi satu jam,kau dah 18 tahun. Relaks! Dah nak gerak pergi Tanjung,Apek cakap dengan aku.
APEK: Nanti sampai sana,aku nak cakap sesuatu yang penting.
AKU: Err,tak nak.
APEK: Penting sangat ni,lepas ni aku dah duduk jauh. Nanti kita jalan berdua je okay?
AKU: --'


18/01/11 - 2345 pm
Dah sampai Tanjung ni,wah dah lama tak lepak sini. Woooo,sejuknya malam ni. Mata aku perhatikan jam dekat menara dataran tu. Tiba tiba Rahmat menyampuk,
RAHMAT: Ell,kau buat ah ucapan apa apa sebelum kau masuk umur 18 tahun ni.
AKU: Hehh,aku mana ah tahu nak cakap apa. Birthday is nothing ler,HAHA!
APEK: Ceritakan kisah pahit manis masin anda semasa berumur 17 tahun,cepat cepat.
AKU: Takda ah,HEHE!


19/01/11 - 0000 am
Aku toleh je tengok jam dataran tu,tepat 12am. Fuhhh,berbunganya hati aku macam pertama kali ada bf tahu? HAHA. Masa tu kalis ah depan dorang,aku cool kot. Lan bersuara pula,
LAN: Alaaaa,Ell bangun ah. Jom kita ambil gambar. Kau ni birthday macam tak birthday ah.
AKU: Yelaaaa,HAHA!


19/01/11 - 0015 am
Tangkap gambar dalam pelbagai gaya,ya tu ah kesukaan aku. Rahmat jadi photographer,memang superb! Aku dengar Lan dengan Ajim nak pergi ambil tripod ah bagai dalam kereta,aku pun buat bede je. Tengah syiok tangkap gambar,aku terkejut tiba tiba Lan dengan Ajim ada tepi aku. Bukan dengan tangan kosong,siap bawa birthday cake siap ada lilin nombor 18. Sumpah aku terharu,nak nangis doh. Yelaaaa,aku tak pernah sangka pun. Dalam hati ucap syukur juga sebab takda unsur unsur tepung atau pun telur. Hidupkan lilin,aku tiup dan Rahmat tangkap gambar. Sesi suap menyuap paling best,macam biasa ah aku suap Apek dulu diikuti Ajim,Lan,Eyka dan Rahmat. Semua gembira,aku jangan ditanya ah memang sangat sangat sangat gembira!


19/01/11 - 0045 am
Dah mula kemas kemas,Rahmat cakap sesi tangkap gambar pula. Okayy,aku suka! Lan dengan Ajim pergi masukkan barang dalam kereta,mula tak suspek apa pun. Memang dah syukur sangat sangat sebab takda unsur tepung mahupun telur. Fuhhhh! Tengah tangkap tangkap gambar ni,Lan dengan Ajim tiba tiba muncul lagi. Alahai,bukan bawa birthday cake tapi bawa tepung. Satu balingan daripada Lan kena betul betul muka aku,okayy ni aku tak suka! Terisytihar ah perang tepung dekat Tanjung,hehh dah macam beruk. Terlari sana,terlari sini. Sabar jela.


19/01/11 - 0115 am
Tepung pun dah buang,perang pun dah tamat. Yay,aku bebas! Hehh,masa untuk bersihkan badan pula. Aduh,susah ah kalau ada tepung tepung ni. Menyusahkan,kereta Rahmat juga kotor nanti. Rahmat pun tak kisah. Sampai rumah,Apek jumpa mama dengan along. Aku biasa ah,transfer gambar gambar tadi. Dorang dah balik,aku terus masuk bilik air dan mandi. Mandi tahu mandi? Huh,pasal korang aku terpaksa mandi pagi pagi buta. Boleh kena paru paru berair tahu?


Okayy,aku dah 18 tahun. Aku dah cukup umur dan bukan lagi dalam jagaan ibu bapa. Memang suka sangat bahagian ni,jangan tanya kenapa. Walau apa apa pun,aku nak cakap terima kasih banyak banyak dekat Apek,Rahmat,Eyka,Lan dan Ajim sebab berjaya tipu aku hidup hidup. Hehh,terima kasih juga sebab sanggup keluarkan duit beli itu ini hanya untuk birthday aku ni. Terharu ah,sobs sobs sobs. Aku nak korang tahu,aku seribu kali sayang dekat korang!


Hehh,tak lupa juga kepada kawan kawan yang wish melalui text dan phone call.
CAPIXX: Happy birthday.
MER: Haluuuu,happy birthday. Moga panjang umur dan ramai bf okay?
DYANA: Happy birthday Lionell! Semoga panjang umur,berjaya dalam hidup dan sentiasa happy. But yang paling penting,jangan lupa aku.
EVA AQILAH: Happy birthday baby <3>
LULU: Happy birthday girlfriend!
AMAL: Happy birthday Ellynda!
ALI SHAZLY: Happy birthday.
LANKECIK: Happy birthday hun.
AYIEN: Happy birthday Ellynda bt Suriya Kenchana. May Allah bless you and kau dah tua okay? Love,Ayien.
MIZIE: Hey,happy birthday!


Ya ALLAH,
Terima kasih kerana sempat bagi aku merasai kehidupan berumur 18 tahun. Aku bersyukur kepada-Mu kerana kau masih beri aku peluang untuk hidup di dunia-Mu. Aku berharap agar kehidupan 18 tahun akan lebih mengajar aku erti kehidupan serta tidak mengulangi segala kemungkaran kepada-Mu. Aku juga memohon supaya murahkan rezeki aku dan semua orang yang aku sayangi. Panjangkanlah umur aku,supaya aku terus dapat menikmati segala keindahan yang telah kau ciptakan. Aku juga berharap agar hubungan aku bersama Mohammad Syafiq bin Zulkepli berkekalan sampai bila bila dan aku tahu aku hanya mampu merancang tetapi kau lebih berhak menentukannya. Terima kasih diatas pertemuaan aku bersama dia,sesungguhnya bukan dia yang pertama tetapi aku berharap dia menjadi yang terakhir. Mengenali dia amat indah dalam hidup aku,amin ya rabbal al amin.


1 comment:

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.