January 31, 2011

Hujan


Dah 3 hari berturut turut bandar Muar dibasahi dengan hujan. Syukur alhamdullilah,tak banjir. Sungai Muar pun berkelakuan agak sopan,sebab tiada unsur berlakunya air pasang besar. Kalau tidak,fuhhhhhhhhhhhhhhh aku dah lari awal awal duduk atas bukit. Aku tak menjangka pun hujan akan turun selama 3 hari berturut turut,selalunya musim tengkujuh berlaku pada bulan November dan Disember tapi lain pula yang jadi pada 2011 ni.


Seronok memang seronok bila hujan ni,tapi tak seronoknya lebih banyak daripada yang seronoknya. Bila hujan,semua kerja dan aktiviti akan terbantut. Itu tak boleh,ini tak boleh. Apa yang boleh? Tidur je boleh. Tidur merupakan aktiviti yang paling menyeronokkan masa hujan. Kalau tidur,gerenti tak boleh nak buka mata. Cuaca memang redup je,dengan bunyi air hujan lagi memang seronok sangat kalau tidur.


Paling tak seronok bila hujan,aku tak dapat nak merayap ke mana mana. Benci,huh! Lagi satu hal,sebab sejuk. Fuhhhh,aku memang tak tahan sejuk. Masa hujan ah,sweater asyik tersarung je dekat badan aku. Ergh,rimas memang rimas tapi sejuk punya pasal aku kentalkan ah juga pakai. Kalau tak,memang tak ah aku nak pakai sweater bagai. Masa hujan ni ah juga penyakit banyak banyak datang serang aku,selsema ah batuk ah sakit tekak ah demam ah. Mesti ke?


Takpa,aku bersyukur ah dekat Malaysia cuma ada hujan dan panas. Cuba bayangkan dekat Malaysia ada bencana lain selain daripada hujan dan panas macam puting beliung ke gunug berapi ke,hisy aku tak dapat nak bayangkan. Mesti teruk. Betul juga cakap Apek,'Bila tak hujan,mintak hujan. Bila dah hujan,merungut pula. Manusia oh manusia.' Aku rasa juga tempias tu,tapi takpa aku dah sedar sekarang yang aku perlu banyak bersyukur dengan setiap apa yang terjadi dekat dunia ni. Betul,kan?

January 30, 2011

Alahai



Semalam punya semalamnya,seperti biasa aku akan online Facebook semasa setiap pasang mata makhluk di atas muka Bumi ini tertutup rapat sambil mengeluarkan bunyi bunyi yang kurang menyenangkan. Online dan terus online,tiba tiba fikiran aku ligat teringat seorang budak ni namanya si polan. Sepantas kilat aku tulis nama Facebook dia dekat kotak kecil bahagian atas dan terus klik search. Alamak! Takda ah. Takpa,aku belum berputus asa. Aku search guna nama dalam kad pengenalan dia. Alamak! Takda juga. Mana ni? Takpa,aku cari lagi. Aku pergi Facebook kawan si polan ni,cari dekat friendlist. Takda juga,hmm serius aku terus patah semangat. Dalam hati memaki hamun tak tentu pasal --'


Keesokkan paginya,aku bangun dan terus mandi. Tengah tengah nak pakai baju,tiba tiba terlintas dalam fikiran aku nak text si polan ni. Serius,aku memang text. Okaaaaay aku text,

AKU: Weh,mana hilang doh?
DIA: Ada je dekat sini. Apahal?
AKU: Dekat Facebook takda pun.
DIA: Dah deactivate.
AKU: Kenapapa?
DIA: Nothing left for me there.
AKU: Hehh,gf mana?
DIA: Gf mana satu?
AKU: Oh lupa,kau --------- memang ah ramai gf. Alaaaa,yang amoi tu.
DIA: Amoi mana?
AKU: Nama Ling apa entah tu.
DIA: Ling mana?
AKU: Ergh,apa apa je ah. Ramai sangat gf.
DIA: Takda gf ah.
AKU: Aicehceh,meh meh kerat jari aku kalau kau takda gf. Kau tak pernah takda gf,okay?
DIA: Tak pernah takda? Apa apa je ah,suka hati ah nak cakap apa. Susah cakap dengan kau ni.
AKU: Alahai,sorry ah.
DIA: Ah kau,text aku madah nak tanya pasal gf je.
AKU: Zzzzzzzzzz.


Nampak permainan si polan? Aku tak terkejut pun,mungkin si polan nak menduduki peperiksaan terbesar dalam hidup,sebab tu si polan deactivate Facebook. Ah,tak kisah pun. Jangan tanya kenapapa kalau tiba tiba aku terupdate post pasal si polan,sebab aku pun tak tahu kenapa. Err,tapi tapi tapi aku masih ingat lagi ada satu text si polan hantar dekat aku. Pergh,memang mendalam sangat sangat maksudnya. Tak tahu ah niat si polan nak sindir aku ke atau sebaliknya,tapi aku akan ingat sampai bila bila okaaaaaaaay?

-WEH,THANKS TO YOU. YOU GIVE ME EXPERIENCE ON HOW TO TACKLE A GIRL-

Okaaaaaaaaaaaaaay,terima kasih si polan!


January 28, 2011

Barai Barai Barai



Aku masuk bilik Boy,Apek tengah online Facebook. Aku malas nak kacau walaupun dalam hati meronta ronta nak guna laptop,sabar sabar sabar. Tiba tiba aku nampak Apek sign in Blogger,dia kata nak update blog. Aku senyum je. Dia pun mula taip tajuk,lepas tu dia backspace. Dia taip lagi,dia backspace lagi. Aku terus bersuara,

AKU: Kalau nak update blog,kena ada mood. Takda mood,tak boleh nak update blog.
APEK: Iyer,tengah takda mood ni. Tak payah ah update.
AKU: Okaaaaay! Ey,buka blog bibik sekejap. Ada cerita baru tak?
APEK: Ni haaa,baca ah.

Takda sebarang update baru. Okaaaaay ah,niat di hati memang malas nak tengok lagi blog bibik ni tapi aku macam tertarik pula tengok gambar dalam blog tu. Rasa macam,err err err entah ah. Susah nak ditafsirkan. Apek bersuara,

APEK: Bilik siapa tu?
AKU: Bilik bf bibik ah.
APEK: Oh,barai ah.
AKU: Lama pula,nasib tak cukup seminggu.

January 18, 2011

18







Teruja. Terharu.


18/01/11 - 0130 am
APEK: Happy 4th Anniversary blahblahblahblah.
AKU: Hey pondans,aku tak sayang kau ah! Hehh,sayang sayang sayang.
APEK: Esok keluar,nak?
AKU: Ambil ah,tapi aku tak sihat sangat. Mata merah,nak demam -.-
APEK: Esok petang ah,okay?
AKU: ZzZzZzZz.


18/01/11 - 1500 pm
Penat aku tunggu,kata nak ajak aku keluar tapi tak text pun. Ni mesti tidur,hehh fine! Tiba tiba Eyka text,
EYKA: Ell,malam ni lepak ah. Aku offday.
AKU: Hehh,aku okay je. Tanya Rahmat.
EYKA: Dia kata okay je,9pm okay?
AKU: Gerak awal ah,ingat nak pergi tengok gaji aku dulu lepas tu aku nak pergi ambil duit dekat Maybank.
EYKA: Okay.


18/01/11 - 1845 pm
AKU: Rahmat,Eyka ada text ajak lepak?
RAHMAT: Ada,jom jom.
AKU: Ambil aku 8pm ah,aku nak pergi tengok gaji.
RAHMAT: Okay.


18/01/11 - 2030 pm
Aku dah siap ni,hehh kenapa masing masing tak sampai lagi ni? Ergh,karang Nike dah tutup -.-
AKU: Eyka,Rahmat ambil kau ke?
EYKA: Yup,otw.
AKU: Okay!


18/01/11 - 2300 pm
Tempat makan ni pun dah nak tutup,mata aku pun dah layu. Hehh,bila budak budak ni nak gerak? Kalau dah dapat berbual,memang tak ingat dunia. Lagi lagi bab bahan membahan,memang jadi je dorang ni. Okay,cool Ell. Lagi satu jam,kau dah 18 tahun. Relaks! Dah nak gerak pergi Tanjung,Apek cakap dengan aku.
APEK: Nanti sampai sana,aku nak cakap sesuatu yang penting.
AKU: Err,tak nak.
APEK: Penting sangat ni,lepas ni aku dah duduk jauh. Nanti kita jalan berdua je okay?
AKU: --'


18/01/11 - 2345 pm
Dah sampai Tanjung ni,wah dah lama tak lepak sini. Woooo,sejuknya malam ni. Mata aku perhatikan jam dekat menara dataran tu. Tiba tiba Rahmat menyampuk,
RAHMAT: Ell,kau buat ah ucapan apa apa sebelum kau masuk umur 18 tahun ni.
AKU: Hehh,aku mana ah tahu nak cakap apa. Birthday is nothing ler,HAHA!
APEK: Ceritakan kisah pahit manis masin anda semasa berumur 17 tahun,cepat cepat.
AKU: Takda ah,HEHE!


19/01/11 - 0000 am
Aku toleh je tengok jam dataran tu,tepat 12am. Fuhhh,berbunganya hati aku macam pertama kali ada bf tahu? HAHA. Masa tu kalis ah depan dorang,aku cool kot. Lan bersuara pula,
LAN: Alaaaa,Ell bangun ah. Jom kita ambil gambar. Kau ni birthday macam tak birthday ah.
AKU: Yelaaaa,HAHA!


19/01/11 - 0015 am
Tangkap gambar dalam pelbagai gaya,ya tu ah kesukaan aku. Rahmat jadi photographer,memang superb! Aku dengar Lan dengan Ajim nak pergi ambil tripod ah bagai dalam kereta,aku pun buat bede je. Tengah syiok tangkap gambar,aku terkejut tiba tiba Lan dengan Ajim ada tepi aku. Bukan dengan tangan kosong,siap bawa birthday cake siap ada lilin nombor 18. Sumpah aku terharu,nak nangis doh. Yelaaaa,aku tak pernah sangka pun. Dalam hati ucap syukur juga sebab takda unsur unsur tepung atau pun telur. Hidupkan lilin,aku tiup dan Rahmat tangkap gambar. Sesi suap menyuap paling best,macam biasa ah aku suap Apek dulu diikuti Ajim,Lan,Eyka dan Rahmat. Semua gembira,aku jangan ditanya ah memang sangat sangat sangat gembira!


19/01/11 - 0045 am
Dah mula kemas kemas,Rahmat cakap sesi tangkap gambar pula. Okayy,aku suka! Lan dengan Ajim pergi masukkan barang dalam kereta,mula tak suspek apa pun. Memang dah syukur sangat sangat sebab takda unsur tepung mahupun telur. Fuhhhh! Tengah tangkap tangkap gambar ni,Lan dengan Ajim tiba tiba muncul lagi. Alahai,bukan bawa birthday cake tapi bawa tepung. Satu balingan daripada Lan kena betul betul muka aku,okayy ni aku tak suka! Terisytihar ah perang tepung dekat Tanjung,hehh dah macam beruk. Terlari sana,terlari sini. Sabar jela.


19/01/11 - 0115 am
Tepung pun dah buang,perang pun dah tamat. Yay,aku bebas! Hehh,masa untuk bersihkan badan pula. Aduh,susah ah kalau ada tepung tepung ni. Menyusahkan,kereta Rahmat juga kotor nanti. Rahmat pun tak kisah. Sampai rumah,Apek jumpa mama dengan along. Aku biasa ah,transfer gambar gambar tadi. Dorang dah balik,aku terus masuk bilik air dan mandi. Mandi tahu mandi? Huh,pasal korang aku terpaksa mandi pagi pagi buta. Boleh kena paru paru berair tahu?


Okayy,aku dah 18 tahun. Aku dah cukup umur dan bukan lagi dalam jagaan ibu bapa. Memang suka sangat bahagian ni,jangan tanya kenapa. Walau apa apa pun,aku nak cakap terima kasih banyak banyak dekat Apek,Rahmat,Eyka,Lan dan Ajim sebab berjaya tipu aku hidup hidup. Hehh,terima kasih juga sebab sanggup keluarkan duit beli itu ini hanya untuk birthday aku ni. Terharu ah,sobs sobs sobs. Aku nak korang tahu,aku seribu kali sayang dekat korang!


Hehh,tak lupa juga kepada kawan kawan yang wish melalui text dan phone call.
CAPIXX: Happy birthday.
MER: Haluuuu,happy birthday. Moga panjang umur dan ramai bf okay?
DYANA: Happy birthday Lionell! Semoga panjang umur,berjaya dalam hidup dan sentiasa happy. But yang paling penting,jangan lupa aku.
EVA AQILAH: Happy birthday baby <3>
LULU: Happy birthday girlfriend!
AMAL: Happy birthday Ellynda!
ALI SHAZLY: Happy birthday.
LANKECIK: Happy birthday hun.
AYIEN: Happy birthday Ellynda bt Suriya Kenchana. May Allah bless you and kau dah tua okay? Love,Ayien.
MIZIE: Hey,happy birthday!


Ya ALLAH,
Terima kasih kerana sempat bagi aku merasai kehidupan berumur 18 tahun. Aku bersyukur kepada-Mu kerana kau masih beri aku peluang untuk hidup di dunia-Mu. Aku berharap agar kehidupan 18 tahun akan lebih mengajar aku erti kehidupan serta tidak mengulangi segala kemungkaran kepada-Mu. Aku juga memohon supaya murahkan rezeki aku dan semua orang yang aku sayangi. Panjangkanlah umur aku,supaya aku terus dapat menikmati segala keindahan yang telah kau ciptakan. Aku juga berharap agar hubungan aku bersama Mohammad Syafiq bin Zulkepli berkekalan sampai bila bila dan aku tahu aku hanya mampu merancang tetapi kau lebih berhak menentukannya. Terima kasih diatas pertemuaan aku bersama dia,sesungguhnya bukan dia yang pertama tetapi aku berharap dia menjadi yang terakhir. Mengenali dia amat indah dalam hidup aku,amin ya rabbal al amin.


January 17, 2011

Melayu Buat Cara Melayu


Kalau dah lahir lahir ada bin atau binti lepas nama kau,tu maknanya kau memang Melayu. Jawa ke Bugis ke Minang ke tu belakang cerita ah kak. Aku nak cakap pasal kau,ya kau ah. Siapa lagi yang selalu jadi bahan inspirasi dalam penulisan blog aku ni. Hehh,untuk pengetahuan kau ah kan bukan aku sorang je dah jelek dengan perangai kau yang konon konon kalah graduasi TESL. Ramai sangat ah dah muntah dengan perangai kau berlagak macam ambil Diploma dalam TESL je,padahal puui jauh panggang dari api ah.


Tak salah kau nak menulis blog,kalau salah dah lama aku bubarkan blog aku ni. Masalahnya sekarang,cara kau menulis. Serius,pertama kali aku baca blog kau aku rasa macam tengah baca blog PATI yang baru masuk Malaysia. Kenapa? Cuba kau pergi baca blog kau sendiri. Kalau tak faham juga,meh sini aku baca kau dengar okay? Aku pelik,bahasa apa yang kau tengah gunakan untuk menulis blog kau. Bahasa Melayu,kah? Bahasa Inggeris,kah? Bahsa Rojak,kah? Ya Rabbi,mula mula tak sampai hati nak gelakkan tapi bila dah hampir kesuluruhan penulisan kau guna Bahasa Rojak siapa boleh tahan gelak,kak?


Mungkin kau kurang pendedahan dalam bidang penulisan,rasanya ah sebab aku tengok cara kau menulis hanya untuk diketawakan walaupun kau tulis pasal cerita sedih. Sekarang ni kau kena ah buat anjakan paradigma kalau dah tak tahan kena ketawa oleh setiap orang yang mengunjungi blog kau. Kau lupakan ah pasal penulisan blog kau yang menggunakan Bahasa Rojak seperti ini,'TAK PERLU ACT LIKE YOU'RE PERFECT ENOUGH' atau 'HE WILL ASKED TO EAT BANYAK BANYAK' dan 'I WON'T TINGGALKAN MAKAN'. Okay,aku pun tak tahu nak gelak ataupun nak muntah.


Apa kata kau tulis macam ni,

Bahasa Melayu:
- TAK PERLU BERLAGAK MACAM KAU SEORANG YANG CUKUP SEMPURNA.
- DIA AKAN SURUH I MAKAN BANYAK BANYAK.
- I TAKKAN TINGGALKAN MAKAN.

Bahasa Inggeris:
- YOU DON'T HAVE TO ACT LIKE YOU'RE THE ONE WHO PERFECT ENOUGH.
- HE WILL ASK ME TO EAT A LOT.
- I WON'T LEAVE MY DISH.


Nampak? Faham? Kau boleh pilih sama ada kau nak gunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris pada setiap penulisan kau. Tapi ingat,tolong ah jangan guna Bahasa Rojak kau tu. Kau dah boleh bungkus,campak dalam sungai okay? Daripada kau terus diketawakan,baik kau fikir apa yang aku tulis pada penulisan aku kali ini. Selamat berjaya!

January 10, 2011

The Old Chapter In The New Book



Yay,I'm fuckin' in love with his heartbeat.
That's one of the reason why I'm still stick with him.
He's forever mine,kann Apek kann?
♥I love you baby


January 7, 2011

Monyets Kembali Memekak




Aku sendiri tak faham kenapa perlu ada monyets menyemak dalam hidup aku. Kalau ada dalam hidup aku,duduk diam diam takpa juga. Ni tidak,memekak sana sini. Mencanang cerita hidup aku,penulisan blog pelancau aku semua. Hehhh,dah kenapa monyets ni? Bukan seekor,tapi lima ekor. Naik rimas aku tengok,terkinja sana terlompat sini. Hisy,kenapalah monyets ni hidup nak jadi monyet ek? Dah dijadikan manusia yang ada akal fikiran,cukup sifat tapi bila dah besar jalan ni pula menjadi pilihhan?


Korang nak melenting sebab aku jadikan korang bahan penulisan aku kali ini? Teruskan,aku pun suka tengok monyets terkinja kinja,terlompat lompat ni. Rasa macam nak ikut sama terkinja kinja,terlompat lompat sana sini tapi memang tak ah aku nak ikut cara korang. Aku ni manusia yang ada akal fikiran,berbeza sungguh dengan korang. Korang tu monyets,monyets tahu monyets? Paling hadap pun makan pisang,balik balik pisang. Duduk dalam hutan pula,euw memang tak ah otak masing masing nak berkembang. Iyer dop?


Korang monyets kelas atasan? Kisah pula aku. Aku peduli apa,kau monyets anak Tan Sri ke kau monyets anak tukang masak ke kau monyets anak orang kaya ke. Apa aku kisah? Blog aku,suka hati aku ah aku nak tulis apa. Aku bukan ah macam korangkan monyets,suka cari pasal walaupun benda dah jadi setahun lepas tapi otak masing masing ligat berfikir macam mana nak bangkitkan isu dah basi ni. Hal macam ni boleh pula korang fikirkan,monyets? Bila bab sedarkan diri sendiri,masing masing buat bede. Pantang kena tegur,terus melenting. Apa ni monyets?


Memang ah dalam dunia ni dah jadi adat kalau ada benci membenci sesama kita,tapi tahun dah betukar digit ah monyets. Korang masih lagi sibuk sibuk nak jaga tepi kain aku,dah kenapa? Monyets kelas atasan memang takda kehidupan sendiri ke? Korangkan anak anak orang kaya,pergi ah berhibur guna duit mak bapak korang daripada bazirkan masa menyemak dalam hidup aku. Korang jangan bimbang,aku boleh jaga hidup aku sendiri dan aku rasa aku tak perlukan monyets untuk jaga setiap inci hidup aku. Okay monyets?


Aku bukan nak malukan korang ah,cuma aku naik rimas dengan kehadiran monyets yang tak diundang dalam hidup aku. Nak ada dalam hidup aku boleh,tapi dengan cara yang betul. Bukan dengan cara korang ada dalam hidup aku,lepas tu berak merata rata. Siapa tahan,bagitahu aku sikit monyets? Korang ni belajar sampai peringkat diploma,tapi kenapa ah otak korang singkatnya kalah budak yang tak bersekolah ek? Pelik betul aku. Sekarang ni aku takda masa pun nak masuk campur hal korang,ya monyets? Tapi korang pula lebih lebih,perlu ke? Fikirkan ah.







Together Forever


Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja


Mohammad Syafiq Zulkepli,

Bagi aku,kau dah cukup cukup indah untuk melengkapkan hidup aku. Aku janji tiada kedua dan seterusnya dalam hidup aku selepas kau. Kau yang pertama dan kau yang terakhir. Biar monyet monyet melompat lompat nak cakap apa tentang kita,janji kita bahagia. Hubungan kita direstui dan aku rasa kita tak perlu restu monyet monyet itu. Betulkan Apek? Terima kasih sebab buat aku sentiasa gembira. Kalau aku ada salah sepanjang empat bulan kita bersama,maafkan aku ya? Aku sayang kau,gila!



January 1, 2011

You're The Best!




Okay,satu perkataan.
RINDU
Esok jumpa,bagi aku dada kau dulu okay?
Kau tahu kenapa,kan?
Breeeee!