December 10, 2010

My World Still Spinning Around



Kau buat hal kau,aku buat hal aku. Dunia ni tak kemana,pusing-pusing situ juga. Adatlah kalau bercinta kemudian berpisah,nak melalak? Heh,buang air mata. Kau menangis air mata darah sekalipun,kalau dah takda jodoh kau boleh buat apa? Bunuh diri? Aku nak pula bunuh diri,hidup aku pun banyak lagi yang perlu dihabiskan. Lain cerita kalau aku terbunuh,haa tu aku letakkan dalam kes lain.


Kalau kau nak bercintan-cintun dengan aku,biarlah serius. Bagi aku nampak sikit semangat kau yang berkobar-kobar tu,takpa aku sorang yang nampak jadi jangan malu nak tunjuk semangat kau nak bercinta dengan aku. Ini tidak,semangat ala kadar je. Ingat ni perencah Cukup Rasa ke,letak sikit pun boleh? Heh,fikirlah dalam-dalam sikit. Aku ni manusia juga,perasaan ada bhai!


Bercinta dengan aku bukan bermaksud kau boleh bercinta dengan orang lain sekeliling aku,ada batas ada had ya? Kau kena fikir lagi,aku bukan anak patung kau sedap-sedap kau nak hembus sana hembus sini. Sekali dua aku kena ludah kau,aku boleh tahan lagi. Tapi kalau dah tiga empat kali ludah kau atas muka aku,siapa boleh tahan bang?


Aku tak kisah kau nak cakap aku ni perempuan murah ke,perempuan hina ke sebab aku angkat kaki blah dari hidup kau. Aku buat semua ini bersebab,ya bersebab. Sebab-sebab tu sendiri datang daripada diri kau sendiri. Orang tua-tua ada cakap,kalau tak sakit jangan cari penyakit. Tapi kau? Memang hobi cari penyakit.


Untuk pengetahuan kau,aku pun tak hamak nak 'single'. Kau dah bagi,aku ambil jela. Orang memberi kita berbahasa. Yer dop?

1 comment:

  1. bukan org memberi kite merasa ke??org berbudi kite berbahasa..huhu

    ReplyDelete

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.