November 15, 2010

Terima Kasih & Selamat Berjaya






Ya Allah,termakbul juga doa aku nak minta maaf dengan kawan-kawan yang dahulunya pernah berkongsi cerita dan gelak ketawa bersama-sama dengan aku.


Perbualan antara NE & MZMR

NE: Nak jumpa sekejap boleh?
MZMR: Kenapa?
NE: Nak mintak maaf.
MZMR: Eh,takda apalah. Alaa,benda dah lepaskan? Lupakan jela.
NE: Hmm,tak boleh. Kena mintak maaf juga. Ell rasa bersalah sangat-sangat.
MZMR: Takpa,dah lama maafkan. Dah,jangan menangis okay? Tak tahu siapa nak pujuk ni.
NE: Heh? Takpa,biarkan menangis sekarang jangan menangis nanti.
MZMR: Dah dah,jangan menangis. Orang nak pujuk tu jauh.
NE: Sorry again? Goodluck for SPM.
MZMR: Okay,buat betul-betul SPM. Fokus SPM dulu okay? Jaga diri tu,jangan stress sangat-sangat.
NE: Terima kasih,jaga diri juga!


Perbualan antara NE & SOYAL

NE: Yal,aku nak mintak maaf ni.
SOYAL: Alalala,menangis ya Cik Ell? Haha. Takpa,aku dah lama maafkan kau. Buat betul-betul SPM tu.
NE: Eeeeeeeeee,jahat doh! Nak bahan aku lagi? Ya,kau pun sama. Jangan main-main je ingat.
SOYAL: Baiklah!


Perbualan antara NE & SYUK

NE: Syuk,aku nak mintak maaf ni.
SYUK: Mintak maaf kenapa? Kau buat salah apa?
NE: Haih,aku banyak buat salah dengan kau dan kawan-kawan kau tu.
SYUK: Oh,takda apalah Ell. Aku okay je. Kau tu buat SPM betul-betul.
NE: Kau pun sama. Thanks tau?
SYUK: Takda hal. Halalkan makan minum shisha yang kau belanja aku tu tau?
NE: Heh,oraite!


Perbualan antara NE & HADY

NE: Hady,sorry tau? Aku banyak buat salah dengan kau doh.
HADY: Eh,takda apalah Ell. Benda dah lepaskan? Eh,kau dah lama ke kenal Kak Qilah? Dia tu kawan kakak aku.
NE: Lama tak lama jugalah. Dia ada tanya pasal kau hari tu,tu yang dia tahu aku kenal kau.
HADY: Oh,patutlah. Lagi satu,aku terharu baca blog kau. Thanks tau? Serius,aku terharu tengok ada nama aku apa semua.
NE: Heh,bila kau baca? Macam mana kau tahu?
HADY: Adalah. Weh,halalkan sleeveless DIESEL yang kau bagi as birthday present aku tu tau? Thanks!
NE: Takda hal.
HADY: Nanti turun KL,contact aku. Lepak-lepak dengan aku apa semua,tapi nanti kau contact aku okay? Number kau dah takda. Mintak Kak Qilah ke,oraite?
NE: Oraite!


Sumpah aku gembira walaupun air mata aku mencurah-curah atas tanah. Takpa,janji aku takda rasa serba salah lagi dengan dorang. Aku terharu sangat bila dorang maafkan aku,serius memang banyak sangat salah aku dekat dorang. Terima kasih ya kawan-kawan? Aku masih sayangkan korang dan aku rindu saat kita seperti sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.