November 29, 2010

Sedar



Sekarang,baru semua nak sedar. Betul tak?


Dulu aku cakap dia berubah,kau cakap aku tipu. Sekarang,tengok sendiri. Benda dah terpacak atas batang hidung kau,baru kau nak sedar. Aku dah cakap dari dulu,dia dah berubah dia dah berubah. Penat mulut aku,habis air liur aku bila cakap sesuatu benda tapi takda orang nak percaya walhal benda yang aku cakap dah 101% betul. Memang aku kenal dia tak lama macam mana kau kenal dia,tapi kau dan aku pernah ada rasa cinta dekat dia. Betulkan? Walaupun kau cakap kau bercinta dengan dia masa kau budak hingusan lagi,tapi itu dipanggil cinta juga. Kau rasa cinta dia dulu,baru aku.


Aku memang pernah ada rasa cinta dengan dia,tak lama dulu tapi takdalah lama mana. Baru je lagi,masih segar dalam ingatan katanya. Aku pun sempat rasa bahang persahabatan dan kemudiannya bertukar menjadi percintaan. Begitu juga kau,kan? Sekarang ni,aku rasa apa yang kau rasa. Perit,pedih,sedih,benci. Semua ada,aku tahu. Aku juga pernah rasa benda yang sama,cuma emosi aku ramai yang nampak sebab aku bukan jenis yang suka menyimpan emosi untuk dibuat pekasam. Aku pun rasa kau begitu,cuma kau lebih relax dan banyak bersabar dengan dunia.


Semua orang nampak perubahan dalam diri dia. Dari segi perangai bila ada perempuan,perangai yang menjengkelkan dan sebagainya. Kalau dulu,aku yang dicari bila bosan. Sekarang,aku ni yang dibuang-buang macam sampah sebab dia dah jumpa hidup yang baru dan yang paling bahagia sekali. Semua kawan-kawan dia,termasuk kau turut diletakkan ditepi. Padahal,muka-muka yang diletak dekat tepi ni yang paling banyak bantu dia bila dia jatuh. Dia tak pernah sedar,sebab dia dah buta! Ya,dia buta. Dia takkan pandang orang yang dia dah buang,yang dia dah letak tepi.


Aku dah putus asa nak bagitahu yang dia dah berubah,sebab aku tahu dia takkan sedar sampai dia terjatuh balik. Muka-muka yang dah dibuang,yang dah diletak tepi ni nanti dia merangkak cari balik. Aku nak kau tengok,sejauh mana dia boleh bahagia bila dia sendiri lupa apa yang kita dah buat untuk dia. Aku tahu,dia tak pernah ada rasa untuk menghargai orang lain sebab diri dia sendiri pun masih belum dihargai. Aku boleh baca perasaan kau,sebab perasaan kita sama. Aku nak kau buka mata luas-luas,inikah orang yang pernah kita cintai dulu dan inikah orang yang boleh dipanggil kawan?


p/s: Aku menulis mengikut pengalaman,harap maklum.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.