November 30, 2010

Peluang



Peluang,peluang dan peluang. Kenapa? Sebab aku sayang kau sampai hujung dunia. Jangan tanya aku kenapa aku selalu mengalah bila kau buat muka,bila kau marah aku,bila kau hembus aku. Jawapan yang pasti bagi semua soalan tadi,sebab aku sayang kau. Kalau muka kau hodoh sekalipun,tapi kau dah ambil hati aku lepas tu tak nak pula balik memang takda maknanya aku nak pergi ah ah ah dengan orang lain. Betul tak? Kau kadang-kadang memang menjengkelkan,tapi menjengkelkan tu buat aku sayang kau lagi dan lagi. Cara kau layan aku,kadang-kadang sifar. Kadang-kadang markah penuh. Hisy,kenapalah aku sayang kau sangat-sangatkan?


Memang tak dinafikan,kau banyak buat benda yang aku tak suka. Kau buat,aku marah. Kau pun marah,aku yang pujuk. Kau tak rasa macam aku ni memang sayangkan kau sorang ke? Memang aku sayangkan kau sorang,sebab tu aku letak ego aku dekat bawah sekali supaya aku dapat pujuk kau. Selalunya aku pujuk kau,kau buat tak tahu. Aku sabar lagi,entah sejak bila aku jadi orang yang penyabar pun aku tak tahu. Kadang-kadang tu sia-sia je kau hembus aku,takpa. Aku kuat,aku takkan jatuh sebab kau. Kalau aku jatuh,aku tahu kau mesti tolong aku kan? Kau banyak kelebihan,kau juga ada kekurangan. Tak semua manusia sempurna dalam dunia ni. AKu sendiri pun ada kelebihan kekurangannya. Tu pun,kau sorang je yang sanggup hadap.


Aku bagi kau peluang setiap kali kita bergaduh,ya memang sebab aku tak nak kehilangan kau macam mana aku kehilangan benda yang berharga dalam hidup aku sebelum ni. Tu pun hanya disebabkan oleh hal-hal yang remeh-temeh. Dengan kau,takkan nak jadi benda yang sama. Betul tak? Kau pun dah tahu serba-serbi hidup aku,aku pun harap kau dapat buat yang terbaik untuk hubungan kita. Mana-mana perangai kau yang aku tak suka dan tak sanggup nak tengok tu,tolong buang jauh-jauh. Tolong jaga aku bila semua orang tolak aku tersungkur. Teman aku bila zaman kejatuhan aku. Aku sayang kau sedalam-dalam kau sayang aku dan sumpah demi Allah kau yang terakhir Mohammad Syafiq.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.