November 2, 2010

No Moooooooood


Kenapalah dengan aku ni? Daripada sekolah sampailah dekat rumah,mood aku berubah-ubah. Dekat sekolah,aku menangis. Dekat rumah aku nak melenting je. Aku pelik dengan diri aku sendiri,mood yang sebetulnya entah hilang kemana. Nak update blog punyalah malas,padahal dalam otak berlari-lari idea nak cerita dekat blog. Dulu punyalah rajin,sampai sehari dua tiga empat post sekali. Sekarang,nak on lappy pun dah malas. Bila dekat sekolah terserempak dengan Cina,terus sayu je hati aku. Cepat-cepat peluk Miera,nangis. Sebab? Hmm,aku banyak buat salah dengan dia.


Sekarang ni tahap ego aku dah tinggi sangat,tak tahu kenapa boleh jadi tinggi sampai macam ni sekali. Dulu,aku senang nak maafkan orang tapi sekarang ni aku sendiri payah sangat nak buat macam tu. Dora pun perasan perubahan dalam diri aku,dia cakap aku cepat touching. Hmm,aku pun tak fahamlah. Kadang-kadang aku ketawa tak ingat dunia,kadang-kadang aku menangis tolak semua malu dekat tepi. Aku rasa macam diri aku dah hilang,mana nak cari balik? Siapa boleh tolong? Aku nak diri aku yang dulu,ceria tak habis. Sekarang ni bukanlah aku cakap aku tak seceria dulu,cuma aku rasa aku macam ada memendam sesuatu dan aku perlu laksanakannya dengan segera.

- Minta maaf dengan Syafiq,sebab selalu abaikan dia walaupun takda niat.
- Minta maaf dengan Muzammir,sebab aku dah lukakan hati dia sampai aku dengan dia dah tak bertegur sapa sampai sekarang walaupun satu sekolah.
- Minta maaf dengan Hady,Apis,Samir,Soyal dan Syuk sebab masa aku couple dengan Muzammir aku tak jaga Muzammir macam mana yang dorang nak.
- Minta maaf dengan Dora,sebab aku dah mungkir janji aku nak jaga Muzammir.
- Minta maaf dengan Latiful Fikri,sebab aku dah samakan dia dengan lelaki jahat dalam dunia ni.
- Minta maaf dengan Liul dan Miera,sebab aku banyak kali sakitkan hati dorang.
- Mintak maaf dengan semua orang dalam dunia,sebab mesti ada buat salah dengan salah seorang daripadanya walaupun kesalahan tu amat kecik.


ps: Ya Allah,tabahkanlah hati hamba-Mu ini dalam melaksanakan segala perintah-Mu. Amin.


1 comment:

  1. maybe u pressure nak exam. hm,, dun be too stress okay. :)

    ReplyDelete

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.