November 30, 2010

Peluang



Peluang,peluang dan peluang. Kenapa? Sebab aku sayang kau sampai hujung dunia. Jangan tanya aku kenapa aku selalu mengalah bila kau buat muka,bila kau marah aku,bila kau hembus aku. Jawapan yang pasti bagi semua soalan tadi,sebab aku sayang kau. Kalau muka kau hodoh sekalipun,tapi kau dah ambil hati aku lepas tu tak nak pula balik memang takda maknanya aku nak pergi ah ah ah dengan orang lain. Betul tak? Kau kadang-kadang memang menjengkelkan,tapi menjengkelkan tu buat aku sayang kau lagi dan lagi. Cara kau layan aku,kadang-kadang sifar. Kadang-kadang markah penuh. Hisy,kenapalah aku sayang kau sangat-sangatkan?


Memang tak dinafikan,kau banyak buat benda yang aku tak suka. Kau buat,aku marah. Kau pun marah,aku yang pujuk. Kau tak rasa macam aku ni memang sayangkan kau sorang ke? Memang aku sayangkan kau sorang,sebab tu aku letak ego aku dekat bawah sekali supaya aku dapat pujuk kau. Selalunya aku pujuk kau,kau buat tak tahu. Aku sabar lagi,entah sejak bila aku jadi orang yang penyabar pun aku tak tahu. Kadang-kadang tu sia-sia je kau hembus aku,takpa. Aku kuat,aku takkan jatuh sebab kau. Kalau aku jatuh,aku tahu kau mesti tolong aku kan? Kau banyak kelebihan,kau juga ada kekurangan. Tak semua manusia sempurna dalam dunia ni. AKu sendiri pun ada kelebihan kekurangannya. Tu pun,kau sorang je yang sanggup hadap.


Aku bagi kau peluang setiap kali kita bergaduh,ya memang sebab aku tak nak kehilangan kau macam mana aku kehilangan benda yang berharga dalam hidup aku sebelum ni. Tu pun hanya disebabkan oleh hal-hal yang remeh-temeh. Dengan kau,takkan nak jadi benda yang sama. Betul tak? Kau pun dah tahu serba-serbi hidup aku,aku pun harap kau dapat buat yang terbaik untuk hubungan kita. Mana-mana perangai kau yang aku tak suka dan tak sanggup nak tengok tu,tolong buang jauh-jauh. Tolong jaga aku bila semua orang tolak aku tersungkur. Teman aku bila zaman kejatuhan aku. Aku sayang kau sedalam-dalam kau sayang aku dan sumpah demi Allah kau yang terakhir Mohammad Syafiq.

November 29, 2010

Sedar



Sekarang,baru semua nak sedar. Betul tak?


Dulu aku cakap dia berubah,kau cakap aku tipu. Sekarang,tengok sendiri. Benda dah terpacak atas batang hidung kau,baru kau nak sedar. Aku dah cakap dari dulu,dia dah berubah dia dah berubah. Penat mulut aku,habis air liur aku bila cakap sesuatu benda tapi takda orang nak percaya walhal benda yang aku cakap dah 101% betul. Memang aku kenal dia tak lama macam mana kau kenal dia,tapi kau dan aku pernah ada rasa cinta dekat dia. Betulkan? Walaupun kau cakap kau bercinta dengan dia masa kau budak hingusan lagi,tapi itu dipanggil cinta juga. Kau rasa cinta dia dulu,baru aku.


Aku memang pernah ada rasa cinta dengan dia,tak lama dulu tapi takdalah lama mana. Baru je lagi,masih segar dalam ingatan katanya. Aku pun sempat rasa bahang persahabatan dan kemudiannya bertukar menjadi percintaan. Begitu juga kau,kan? Sekarang ni,aku rasa apa yang kau rasa. Perit,pedih,sedih,benci. Semua ada,aku tahu. Aku juga pernah rasa benda yang sama,cuma emosi aku ramai yang nampak sebab aku bukan jenis yang suka menyimpan emosi untuk dibuat pekasam. Aku pun rasa kau begitu,cuma kau lebih relax dan banyak bersabar dengan dunia.


Semua orang nampak perubahan dalam diri dia. Dari segi perangai bila ada perempuan,perangai yang menjengkelkan dan sebagainya. Kalau dulu,aku yang dicari bila bosan. Sekarang,aku ni yang dibuang-buang macam sampah sebab dia dah jumpa hidup yang baru dan yang paling bahagia sekali. Semua kawan-kawan dia,termasuk kau turut diletakkan ditepi. Padahal,muka-muka yang diletak dekat tepi ni yang paling banyak bantu dia bila dia jatuh. Dia tak pernah sedar,sebab dia dah buta! Ya,dia buta. Dia takkan pandang orang yang dia dah buang,yang dia dah letak tepi.


Aku dah putus asa nak bagitahu yang dia dah berubah,sebab aku tahu dia takkan sedar sampai dia terjatuh balik. Muka-muka yang dah dibuang,yang dah diletak tepi ni nanti dia merangkak cari balik. Aku nak kau tengok,sejauh mana dia boleh bahagia bila dia sendiri lupa apa yang kita dah buat untuk dia. Aku tahu,dia tak pernah ada rasa untuk menghargai orang lain sebab diri dia sendiri pun masih belum dihargai. Aku boleh baca perasaan kau,sebab perasaan kita sama. Aku nak kau buka mata luas-luas,inikah orang yang pernah kita cintai dulu dan inikah orang yang boleh dipanggil kawan?


p/s: Aku menulis mengikut pengalaman,harap maklum.

November 27, 2010

Bila Aku Cakap Tak Suka,Kau Jangan Buat


Sekejap masa berlalu. Tinggal lima paper SPM sebelum aku melonjak sebut merdeka,ahhh tak sabarnya! Dalam masa yang sama,aku terasa bahang SPM berada dalam diri aku. Stress? Putus asa? Kadang-kadang aku ada terasa sebegitu tapi aku simpan dulu. Belum masa aku lontar segala benda-benda yang tidak sepatutnya itu. Entah sejak bila aku jadi seorang yang penyabar,aku sendiri buntu. Takpa,yang paling penting aku tidak akan lepaskan segala stress SPM dekat orang lain. Tak sanggup weh,aku pun ada perasaan jugakkan?


Memang tidak dinafikan,waktu-waktu SPM sedang berjalan ni emosi dan mentaliti agak terganggu. Lagi pula ditambah dengan bebanan lain,dah bercampur aduk macam rojak petis. Nak selesai,fuhhh nak kena susun ayat betul-betul baru boleh selesai. Itu kalau salah yang aku buat sendiri,tapi kalau orang lain buat masalah dengan aku memang susahlah. Aku bukan nak menunjuk aku ini tak boleh itu tak boleh. Bukan! Aku cuma na orang lain hormat aku macam mana aku hormat orang lain.


Bila aku cakap aku tak suka,maknanya sesiapa pun tak boleh buat walaupun orang yang aku sayang. Aku boleh terima lagi kalau tinggi rendah ego dia,tapi aku paling pantang orang buat atau cakap benda yang aku sendiri tak boleh nak telan. Kalau aku telan,aku sanggup muntahkan balik. Nak cakap aku ni sensitif,jauh sekali. Macam aku cakap,aku cuma tak suka orang lain buat benda yang aku tak suka. Daripada dulu aku macam ni,dan jangan cakap aku dah berubah ke apa. Aku masih Ellynda yang dulu,tak perlu susah-susah cakap aku tak matang lagi ya?


Untuk DIA: Terima kasih sebab cakap aku tak matang dan aku berubah sebab aku buat ulangkaji untuk SPM. Kau tak payah nak hembus cakap aku dah berubah pelancau semua. Kau nak aku,kau kena terima perangai aku dan sabar hanya untuk sebulan ni sahaja. Terima kasih lagi sekali. Aku sayang kau bodoh!

November 15, 2010

Terima Kasih & Selamat Berjaya






Ya Allah,termakbul juga doa aku nak minta maaf dengan kawan-kawan yang dahulunya pernah berkongsi cerita dan gelak ketawa bersama-sama dengan aku.


Perbualan antara NE & MZMR

NE: Nak jumpa sekejap boleh?
MZMR: Kenapa?
NE: Nak mintak maaf.
MZMR: Eh,takda apalah. Alaa,benda dah lepaskan? Lupakan jela.
NE: Hmm,tak boleh. Kena mintak maaf juga. Ell rasa bersalah sangat-sangat.
MZMR: Takpa,dah lama maafkan. Dah,jangan menangis okay? Tak tahu siapa nak pujuk ni.
NE: Heh? Takpa,biarkan menangis sekarang jangan menangis nanti.
MZMR: Dah dah,jangan menangis. Orang nak pujuk tu jauh.
NE: Sorry again? Goodluck for SPM.
MZMR: Okay,buat betul-betul SPM. Fokus SPM dulu okay? Jaga diri tu,jangan stress sangat-sangat.
NE: Terima kasih,jaga diri juga!


Perbualan antara NE & SOYAL

NE: Yal,aku nak mintak maaf ni.
SOYAL: Alalala,menangis ya Cik Ell? Haha. Takpa,aku dah lama maafkan kau. Buat betul-betul SPM tu.
NE: Eeeeeeeeee,jahat doh! Nak bahan aku lagi? Ya,kau pun sama. Jangan main-main je ingat.
SOYAL: Baiklah!


Perbualan antara NE & SYUK

NE: Syuk,aku nak mintak maaf ni.
SYUK: Mintak maaf kenapa? Kau buat salah apa?
NE: Haih,aku banyak buat salah dengan kau dan kawan-kawan kau tu.
SYUK: Oh,takda apalah Ell. Aku okay je. Kau tu buat SPM betul-betul.
NE: Kau pun sama. Thanks tau?
SYUK: Takda hal. Halalkan makan minum shisha yang kau belanja aku tu tau?
NE: Heh,oraite!


Perbualan antara NE & HADY

NE: Hady,sorry tau? Aku banyak buat salah dengan kau doh.
HADY: Eh,takda apalah Ell. Benda dah lepaskan? Eh,kau dah lama ke kenal Kak Qilah? Dia tu kawan kakak aku.
NE: Lama tak lama jugalah. Dia ada tanya pasal kau hari tu,tu yang dia tahu aku kenal kau.
HADY: Oh,patutlah. Lagi satu,aku terharu baca blog kau. Thanks tau? Serius,aku terharu tengok ada nama aku apa semua.
NE: Heh,bila kau baca? Macam mana kau tahu?
HADY: Adalah. Weh,halalkan sleeveless DIESEL yang kau bagi as birthday present aku tu tau? Thanks!
NE: Takda hal.
HADY: Nanti turun KL,contact aku. Lepak-lepak dengan aku apa semua,tapi nanti kau contact aku okay? Number kau dah takda. Mintak Kak Qilah ke,oraite?
NE: Oraite!


Sumpah aku gembira walaupun air mata aku mencurah-curah atas tanah. Takpa,janji aku takda rasa serba salah lagi dengan dorang. Aku terharu sangat bila dorang maafkan aku,serius memang banyak sangat salah aku dekat dorang. Terima kasih ya kawan-kawan? Aku masih sayangkan korang dan aku rindu saat kita seperti sebelum ini.

November 10, 2010

Friends Are Forever



Lagi 12 hari sebelum aku masuk dewan peperiksaan dan duduk mengikut angka giliran yang telah ditetapkan. Phew,keluar peluh dekat dahi aku bila aku cakap pasal SPM. Bila masa tadi aku bergembira dengan SuperDuperGreatSeven,aku rasa air mata aku hampir jatuh ke tanah. Tapi,aku sempat tahan lagi. Aku tak nak dorang turut rasa apa yang aku rasa sebab apa yang aku rasa tak seindah apa yang dorang nak rasa. Aku harap persahabatan kita takkan pernah putus walaupun masing-masing sudah mempunyai hidup yang berbunga-bunga. AMIN.



November 8, 2010

Tomorrow Is The Day!



OMAIGOD! OMAIGOD! OMAIGOD!
ESOK KAU BALIK MUAR KAN KAN KAN KAN?
YEEPPPPAAAAAA!

November 2, 2010

No Moooooooood


Kenapalah dengan aku ni? Daripada sekolah sampailah dekat rumah,mood aku berubah-ubah. Dekat sekolah,aku menangis. Dekat rumah aku nak melenting je. Aku pelik dengan diri aku sendiri,mood yang sebetulnya entah hilang kemana. Nak update blog punyalah malas,padahal dalam otak berlari-lari idea nak cerita dekat blog. Dulu punyalah rajin,sampai sehari dua tiga empat post sekali. Sekarang,nak on lappy pun dah malas. Bila dekat sekolah terserempak dengan Cina,terus sayu je hati aku. Cepat-cepat peluk Miera,nangis. Sebab? Hmm,aku banyak buat salah dengan dia.


Sekarang ni tahap ego aku dah tinggi sangat,tak tahu kenapa boleh jadi tinggi sampai macam ni sekali. Dulu,aku senang nak maafkan orang tapi sekarang ni aku sendiri payah sangat nak buat macam tu. Dora pun perasan perubahan dalam diri aku,dia cakap aku cepat touching. Hmm,aku pun tak fahamlah. Kadang-kadang aku ketawa tak ingat dunia,kadang-kadang aku menangis tolak semua malu dekat tepi. Aku rasa macam diri aku dah hilang,mana nak cari balik? Siapa boleh tolong? Aku nak diri aku yang dulu,ceria tak habis. Sekarang ni bukanlah aku cakap aku tak seceria dulu,cuma aku rasa aku macam ada memendam sesuatu dan aku perlu laksanakannya dengan segera.

- Minta maaf dengan Syafiq,sebab selalu abaikan dia walaupun takda niat.
- Minta maaf dengan Muzammir,sebab aku dah lukakan hati dia sampai aku dengan dia dah tak bertegur sapa sampai sekarang walaupun satu sekolah.
- Minta maaf dengan Hady,Apis,Samir,Soyal dan Syuk sebab masa aku couple dengan Muzammir aku tak jaga Muzammir macam mana yang dorang nak.
- Minta maaf dengan Dora,sebab aku dah mungkir janji aku nak jaga Muzammir.
- Minta maaf dengan Latiful Fikri,sebab aku dah samakan dia dengan lelaki jahat dalam dunia ni.
- Minta maaf dengan Liul dan Miera,sebab aku banyak kali sakitkan hati dorang.
- Mintak maaf dengan semua orang dalam dunia,sebab mesti ada buat salah dengan salah seorang daripadanya walaupun kesalahan tu amat kecik.


ps: Ya Allah,tabahkanlah hati hamba-Mu ini dalam melaksanakan segala perintah-Mu. Amin.