October 29, 2010

Tanggungjawab,Mesti Ada



Aku anak perempuan terakhir dalam keluarga. Beban yang aku pikul ke sana ke mari lebih dari orang lain. Mesti orang sibuk fikir,kenapa aku cakap beban aku lagi banyak walaupun aku ni baru 17 tahun. Ya,memang cukup besar tanggungjawab yang aku pikul dari dulu sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Sakit bahu aku pikul beban-beban dan tanggungjawab ni,kadang-kadang rasa macam nak menangis tapi aku tahan. Aku tak nak orang lain nampak aku ni gembeng,aku nak orang nampak aku ni kuat dari segi mental,fizikal dah jasmani. Aku bukan nak meraih simpati cuma aku nak bagitahu kau dan kau yang hidup aku selama 17 tahun tak seperti gadis-gadis yang lain. Hidup gembira dapat menikmati setiap inci hidup mereka,tapi bukan aku. Tak dinafikan aku dapat semua itu cuma aku je kot yang tak reti menghargai.


Kadang-kadang aku stress sebab banyak sangat bebanan dan tanggungjawab sedangkan aku tengok orang lain boleh bersenang-lenang duduk tengok tv ataupun study tanpa gangguan. Baru mula nak fokus study,datang pula beban lain. Terpaksa tolak tepi dulu bab study tu,kena buat beban yang baru sampai atas bahu aku tadi. Bila dah langsai,baru nak mula balik study ada lagi beban yang lain sampai. Agak-agak kau dan kau,boleh tak nak fokus study kalau hidup kau macam aku? Bila aku tertidur masa study,macam-macam hembusan aku dapat. Hembus aku lebihkan tidur dari study,habis beban-beban yang sampai atas bahu aku tadi aku takda banyak bunyi pun tapi kenapa bila aku tertidur untuk15 minit masing-masing nak hembus macam aku dah tidur untuk 5 hari tak bangun-bangun?


Kalau aku tak kuat iman,dah lama aku tinggalkan dunia ni dengan cara yang paling hina dan berdosa sekali. Otak aku waras lagi,iman aku teguh lagi nak buat benda-benda karut tu. Biarlah aku mati dengan cara yang paling beriman walaupun kau dan kau cakap aku kurang iman ke aku tak kisah. Aku letak tepi semua tu sebab tak semua nasihat orang lain boleh pakai. Ada juga nasihat yang membinasakan diri sendiri. Pokok pangkalnya,dalam hidup ni kena pandai kalau nak hidup. Jangan nak main hembus je,jangan main nak carut je. Fikir dalam-dalam sebelum buat sesuatu,sebab sesuatu yang kita buat melambangkan diri kita sendiri. Aku tak menyesal jadi anak perempuan terakhir dalam keluarga sendiri,sebab dengan adanya tanggungjawab dan beban yang jatuh bertimpa-timpa atas bahu aku membolehkan aku untuk lebih berdisiplin serta membuka mata yang dunia mendatang dalam hidup aku lebih susah dan luas daripada apa yang aku sangkakan.


ps: Pek,lu tetap dalam hati wa! Tak pernah dan takkan berubah walaupun ada anasir luar cuba mengundang kita. Terima kasih sebab hadir dalam hidup wa. Wa nak lu tahu,wa tak pernah anggap lu beban malah wa anggap lu rahmat dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.