October 28, 2010

Penat Dan Penat



Sejak dua tiga hari ni aku rasa penat yang amat sangat. Aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana boleh jadi macam ni. Mungkin aku banyak sangat berfikir dan mungkin juga aku banyak sangat buat latihan dan ulangkaji. Haih,baru sekarang aku rasa gelabah bila dah tinggal beberapa hari sahaja sebelum aku bertolak pergi berperang. Banyak masa aku terbuang macam tu je,tak pernah terfikir waktu-waktu yang terbuang tu aku boleh gunakan untuk polished alatan peperangan aku. Tapi dah terlambat,sangat lambat. Nak pandang belakang pun dah tak sempat,ni kan pula nak kutip balik sisa-sisa waktu aku yang terbuang macam tu je dulu.


Takpa,selagi aku berdaya aku akan gunakan segalanya walaupun aku terpaksa pengsan untuk sehari semalam. Aku tak kisah bila semua benda tu terjadi,janji apa yang aku hasratkan tercapai seperti apa orang yang sayang diri aku inginkan. Aku tak nak mengecewakan dorang semua,dorang tulang belakang aku. Aku kena berusaha sehabis mungkin walaupun aku rasa diri aku ni dah macam tak terurus. Aku memang rasa ngantuk yang melampau,tapi kadang-kadang aku tahan sampai aku sendiri pening kepala. Takpa,janji aku dapat habiskan apa yang aku tengah study.


ps: Pek,wa mintak maaf dengan lu kalau lu rasa agak terabai kebelakangan ini. Wa bukan sengaja nak abaikan lu,wa ada fokus utama yang perlu wa laksanakan. Lepas wa habis perang,kita kahwin ya? Ingat Pek,wa tetap sayang lu sampai hujung dunia.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.