October 15, 2010

Mulut Siapa Yang Bau Longkang?


Tak guna menimba ilmu sampai ke negeri China,kalau mulut sibuk kritik orang lain.


Manusia sekarang hidup mewah dan moden. Pakai BMW,pakai Supra kehulu kehilir,Blackberry melekat dekat tangan dan pandang baju branded je. Bila scan otak,fuh berkarat habis. Punca berkarat? Sebab tak sedar diri sendiri. Yela,hidup sibuk pungpang cerita pasal orang lain. Tak guna letak cermin besar-besar dalam rumah kalau tak guna seadanya. Aku bukan nak menjatuhkan orang lain,cuma nak bagi orang yang sibuk mengkritik orang lain ni sedar yang tak ada manusia atas muka Bumi ni PERFECT. Pelik bin ajaib,ada lagi ya manusia macam ni?


Dulu masa susah,keluarga aku juga kau jeritkan. Keluarga aku tolong kau,elak kau tak makan je. Bila dah senang,iPhone pun dah melekat dekat tangan. Semua lupa,lupa orang yang pernah tolong kau dan keluarga kau. Sedar sikit brotha,kau belajar tinggi. Kira aku boleh hormat kau sebab kau genius,tapi ini ke yang kau hembus dekat keluarga aku bila kau dah senang? Jangan nak fikir senang kau dekat dunia ni boleh bawa sampai masuk kubur. Senang dekat dunia,habis dekat dunia je. Kau ni tak sedar dek untung.


Cukuplah kau cakap pungpang pasal keluarga aku. Tak payah kepoh satu FB,kau nak buka aib kakak aku. Besar mana kau sampai nak buka aib orang? Ingat sikit,jangan ingat kau dekat atas kau boleh senang lenang nak tolak orang yang dekat bawah ni jatuh tersungkur. Belum masa kau dekat bawah lagi,elak kau terjerit terlolong je mintak tolong daripada keluarga aku lagi. Masa tu,pandang muka kau pun aku jijik. Paling-paling,aku ludah betul-betul atas muka kau. Baru kau tahu macam mana cara kau jatuhkan orang. Ingat,apa yang kau buat kau dapat balik.



ps: Wa boleh bersabar lagi,teruskan brotha :)

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.