October 27, 2010

Bukan Perang Dingin,Tetapi Perang


Bila fikir dalam-dalam,SPM tinggal kurang dari sebulan. Tu belum tolak cuti umum,cuti sekolah,Sabtu Ahad. Sekejap je aku rasa tahun ni,pejam celik dah hujung bulan Oktober. Hujung bulan November aku dah pergi berperang.


Fuh,berpeluh aku bila cakap pasal perang yang aku nak tempuh tak lama lagi. Persediaan untuk pergi perang ni sepatutnya dah lengkap. Cuma tinggal touch up sana sikit,sana sikit. Hmm,tapi aku cakap jela. Persediaan aku sebenarnya tak sampai 90% lagi,banyak benda yang belum polished. Aku takut tewas masa perang nanti,haih cukup gerun. Cuak tahu cuak? Dupdap dalam dada aku masih kuat lagi,sampai orang yang rapat dengan aku dapat rasa dupdap yang sama. Gerunkan?


Tinggal beberapa hari sebelum aku berperang. Makan dan minum kena jaga,tak boleh demam-demam ni. Otak mesti bersih,takda kotor-kotor carut-carut biru-biru ni. Clean and Clear je. Hati mesti bersih,kalau tak bersih macam mana nak berkat masa berperang nanti? Kena fikir dalam-dalam pasal hal ini. Aku berperang bukan nak sekadar nak huha. Aku pergi sebab ada matlamat. Aku nak menang dan peperangan yang aku pergi ni berlandaskan hidup dan mati aku. Kalah aku,matilah jawabnya. Menang aku,melonjak kegembiraanlah jawabnya.


Dalam perang ni aku mesti ada fokus. Aku tak boleh main bantai je,tak guna doa banyak-banyak kalau setakat nak main hembuskan? Aku akan cuba buat yang terbaik. Aku nak orang lain tahu,potensi diri aku bukan setakat menaip blog yang berunsur sarkastik malah aku juga boleh menang besar dalam peperangan ni. Aku nak orang yang sebelum-sebelum ni hembus aku sana sini tahu yang aku lagi hebat dari dorang dan biarkan dorang datang dan melutut minta maaf dengan aku. Bukan senang nak tengok aku dekat atas,kalau dorang asyik tolak aku dekat bawah.


Takpa,aku tahu aku boleh buat. Aku tahu aku boleh menang,walaupun kehilangan banyak darah serta cedera yang teruk sana sini. Aku tak kisah,tu semua perkara nombor dua. Perkara paling penting sekali,aku nak menang. Aku nak julang segala nama yang pernah tolong aku naik atas balik dan aku akan ludah nama yang pernah tolak aku ke bawah. Ya,aku berjanji! Aku akan pastikan senjata aku cukup tajam untuk menghadapi pelbagai ragam musuh dihadapan yang sedang menunggu. Aku pasti bawa balik kejayaan,doakan kejayaan aku. AMIN.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.