October 30, 2010

Separuh Abad,Tak Perlu Ya?



Hanya disebabkan 23 helai kertas contoh-contoh spot karangan untuk SPM 2010 takda,kau terus keluar dari kelas macam tu je. Weh,senangnya hidup. Tak pasal-pasal kena sumpah serana dengan aku,pagi-pagi buta dah buat aku naik darah dengan kau. Lantaklah kau siapa,cikgu ke pegawai bank ke peguam ke. Kisaaaaaaaaaaahh? Aku dah banyak kali cakap,fikir dulu sebelum buat sesuatu sebab sesuatu yang kita nak buat tu melambangkan diri kita sendiri.


Fikirlah,kau bagi kertas tu bila tuptup kau nak gunakan hari ni. Memang budak-budak ni ada outing semalam tapi sempat pula nak pergi photostate 23 helai kertas untuk 28 orang? Fikir sikit weh. Benci betul kena ulang-ulang benda yang sama! Budak-budak ni kalau outing kalau boleh sampai pukul 10 atau 11 malam,memang tak hairanlah. Nak photostate untuk satu sekolah pun budak-budak ni tak hairan. Bagi alasan macam tu,kau makin nak hembus-hembus.


Setakat bahan 23 helai kau bekalkan hanya untuk seorang budak dekat sekolah tu,lepas tu kau nak hembus-hembus kami sebab tak ada bahan tu hari ni tak payahlah weh. Simpan jela air liur kau nak bebel sana sini. Kau tak puas hati dengan kami,pergi mampuslah. Bukan takda perkataan maaf yang keluar dari mulut kami,jadi jangan nak cop kelas aku kelas kurang ajar. Kerja aku nak maafkan orang dah selesai,tinggal kau je punya part nak maafkan atau tak. Elak aku maki je kau tadi,tapi aku fikir nak SPM aku simpan je.


Fikir sikit okay? Umur dah lanjut,kami ni dah nak SPM. Muhasabah sikit diri tu,buang ego tu jauh-jauh dalam lombong. Dah takda masa nak merajuk-merajuk ni,kau nak masuk kelas aku kau masuk tapi kalau kau tak nak masuk aku pun tak hadap apa-apa. Kau nak doakan kami yang tak baik untuk SPM,doalah. Kami tak kisah,sebab kami rasa kami takda buat salah langsung dengan kau. Setakat benda kecil macam ni,kau nak kecoh satu sekolah memang tak dapat ah jep! Ni 5SK okay?







October 29, 2010

Tanggungjawab,Mesti Ada



Aku anak perempuan terakhir dalam keluarga. Beban yang aku pikul ke sana ke mari lebih dari orang lain. Mesti orang sibuk fikir,kenapa aku cakap beban aku lagi banyak walaupun aku ni baru 17 tahun. Ya,memang cukup besar tanggungjawab yang aku pikul dari dulu sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Sakit bahu aku pikul beban-beban dan tanggungjawab ni,kadang-kadang rasa macam nak menangis tapi aku tahan. Aku tak nak orang lain nampak aku ni gembeng,aku nak orang nampak aku ni kuat dari segi mental,fizikal dah jasmani. Aku bukan nak meraih simpati cuma aku nak bagitahu kau dan kau yang hidup aku selama 17 tahun tak seperti gadis-gadis yang lain. Hidup gembira dapat menikmati setiap inci hidup mereka,tapi bukan aku. Tak dinafikan aku dapat semua itu cuma aku je kot yang tak reti menghargai.


Kadang-kadang aku stress sebab banyak sangat bebanan dan tanggungjawab sedangkan aku tengok orang lain boleh bersenang-lenang duduk tengok tv ataupun study tanpa gangguan. Baru mula nak fokus study,datang pula beban lain. Terpaksa tolak tepi dulu bab study tu,kena buat beban yang baru sampai atas bahu aku tadi. Bila dah langsai,baru nak mula balik study ada lagi beban yang lain sampai. Agak-agak kau dan kau,boleh tak nak fokus study kalau hidup kau macam aku? Bila aku tertidur masa study,macam-macam hembusan aku dapat. Hembus aku lebihkan tidur dari study,habis beban-beban yang sampai atas bahu aku tadi aku takda banyak bunyi pun tapi kenapa bila aku tertidur untuk15 minit masing-masing nak hembus macam aku dah tidur untuk 5 hari tak bangun-bangun?


Kalau aku tak kuat iman,dah lama aku tinggalkan dunia ni dengan cara yang paling hina dan berdosa sekali. Otak aku waras lagi,iman aku teguh lagi nak buat benda-benda karut tu. Biarlah aku mati dengan cara yang paling beriman walaupun kau dan kau cakap aku kurang iman ke aku tak kisah. Aku letak tepi semua tu sebab tak semua nasihat orang lain boleh pakai. Ada juga nasihat yang membinasakan diri sendiri. Pokok pangkalnya,dalam hidup ni kena pandai kalau nak hidup. Jangan nak main hembus je,jangan main nak carut je. Fikir dalam-dalam sebelum buat sesuatu,sebab sesuatu yang kita buat melambangkan diri kita sendiri. Aku tak menyesal jadi anak perempuan terakhir dalam keluarga sendiri,sebab dengan adanya tanggungjawab dan beban yang jatuh bertimpa-timpa atas bahu aku membolehkan aku untuk lebih berdisiplin serta membuka mata yang dunia mendatang dalam hidup aku lebih susah dan luas daripada apa yang aku sangkakan.


ps: Pek,lu tetap dalam hati wa! Tak pernah dan takkan berubah walaupun ada anasir luar cuba mengundang kita. Terima kasih sebab hadir dalam hidup wa. Wa nak lu tahu,wa tak pernah anggap lu beban malah wa anggap lu rahmat dari Allah.

October 28, 2010

Penat Dan Penat



Sejak dua tiga hari ni aku rasa penat yang amat sangat. Aku pun tak tahu kenapa dan bagaimana boleh jadi macam ni. Mungkin aku banyak sangat berfikir dan mungkin juga aku banyak sangat buat latihan dan ulangkaji. Haih,baru sekarang aku rasa gelabah bila dah tinggal beberapa hari sahaja sebelum aku bertolak pergi berperang. Banyak masa aku terbuang macam tu je,tak pernah terfikir waktu-waktu yang terbuang tu aku boleh gunakan untuk polished alatan peperangan aku. Tapi dah terlambat,sangat lambat. Nak pandang belakang pun dah tak sempat,ni kan pula nak kutip balik sisa-sisa waktu aku yang terbuang macam tu je dulu.


Takpa,selagi aku berdaya aku akan gunakan segalanya walaupun aku terpaksa pengsan untuk sehari semalam. Aku tak kisah bila semua benda tu terjadi,janji apa yang aku hasratkan tercapai seperti apa orang yang sayang diri aku inginkan. Aku tak nak mengecewakan dorang semua,dorang tulang belakang aku. Aku kena berusaha sehabis mungkin walaupun aku rasa diri aku ni dah macam tak terurus. Aku memang rasa ngantuk yang melampau,tapi kadang-kadang aku tahan sampai aku sendiri pening kepala. Takpa,janji aku dapat habiskan apa yang aku tengah study.


ps: Pek,wa mintak maaf dengan lu kalau lu rasa agak terabai kebelakangan ini. Wa bukan sengaja nak abaikan lu,wa ada fokus utama yang perlu wa laksanakan. Lepas wa habis perang,kita kahwin ya? Ingat Pek,wa tetap sayang lu sampai hujung dunia.

October 27, 2010

Bukan Perang Dingin,Tetapi Perang


Bila fikir dalam-dalam,SPM tinggal kurang dari sebulan. Tu belum tolak cuti umum,cuti sekolah,Sabtu Ahad. Sekejap je aku rasa tahun ni,pejam celik dah hujung bulan Oktober. Hujung bulan November aku dah pergi berperang.


Fuh,berpeluh aku bila cakap pasal perang yang aku nak tempuh tak lama lagi. Persediaan untuk pergi perang ni sepatutnya dah lengkap. Cuma tinggal touch up sana sikit,sana sikit. Hmm,tapi aku cakap jela. Persediaan aku sebenarnya tak sampai 90% lagi,banyak benda yang belum polished. Aku takut tewas masa perang nanti,haih cukup gerun. Cuak tahu cuak? Dupdap dalam dada aku masih kuat lagi,sampai orang yang rapat dengan aku dapat rasa dupdap yang sama. Gerunkan?


Tinggal beberapa hari sebelum aku berperang. Makan dan minum kena jaga,tak boleh demam-demam ni. Otak mesti bersih,takda kotor-kotor carut-carut biru-biru ni. Clean and Clear je. Hati mesti bersih,kalau tak bersih macam mana nak berkat masa berperang nanti? Kena fikir dalam-dalam pasal hal ini. Aku berperang bukan nak sekadar nak huha. Aku pergi sebab ada matlamat. Aku nak menang dan peperangan yang aku pergi ni berlandaskan hidup dan mati aku. Kalah aku,matilah jawabnya. Menang aku,melonjak kegembiraanlah jawabnya.


Dalam perang ni aku mesti ada fokus. Aku tak boleh main bantai je,tak guna doa banyak-banyak kalau setakat nak main hembuskan? Aku akan cuba buat yang terbaik. Aku nak orang lain tahu,potensi diri aku bukan setakat menaip blog yang berunsur sarkastik malah aku juga boleh menang besar dalam peperangan ni. Aku nak orang yang sebelum-sebelum ni hembus aku sana sini tahu yang aku lagi hebat dari dorang dan biarkan dorang datang dan melutut minta maaf dengan aku. Bukan senang nak tengok aku dekat atas,kalau dorang asyik tolak aku dekat bawah.


Takpa,aku tahu aku boleh buat. Aku tahu aku boleh menang,walaupun kehilangan banyak darah serta cedera yang teruk sana sini. Aku tak kisah,tu semua perkara nombor dua. Perkara paling penting sekali,aku nak menang. Aku nak julang segala nama yang pernah tolong aku naik atas balik dan aku akan ludah nama yang pernah tolak aku ke bawah. Ya,aku berjanji! Aku akan pastikan senjata aku cukup tajam untuk menghadapi pelbagai ragam musuh dihadapan yang sedang menunggu. Aku pasti bawa balik kejayaan,doakan kejayaan aku. AMIN.

October 25, 2010

Tiga Dalam Satu Ahad






Nur Farah Adriana Zaidi,Selamat Hari Jadi yang ke 17. Wahhh,dah tua ek? Biasalah tu. Aku pernah terfikir kalau kita semakin hari semakin muda,wahh bergetah betul! Kau study betul-betul,jangan nak ingat Encik A bukan nama sebebnar kau tu je. Serius,dia tak boleh jamin hidup kau. Lebih baik kau belajar dan fokus dulu untuk SPM yang tinggal lagi berapa hari ni. Lepas SPM,kalau kau nak menangis air mata darah pasal dia pun takpa. Aku bukan apa,cuma aku nak bagi kau buka mata yang dia bukanlah orang yang baik untuk kau. Kau sendiri dah nampak perangai dia macam taikkan? Kau nak tunggu dia lagi buat apa? Buang masa,buang tenaga dan buang duit. Sekarang ni,kau buka mata luas-luas. Tengok keadaan sekililing. Ada orang 10x lagi baik daripada dia. Please Ad,this is for your own good. I love you!





Naaaaaaaaaaaaah,Apek lagi? Well,biasa bro! Makin bertambah bunga dalam hidup aku bila aku dengan kau,kau tahu tak? Bahagia je muka aku,mendabik je aku jalan bila dapat peluk cium kau. Kalau kau ada hanya untuk 3jam hingga 4jam sehari dalam hidup aku,serius aku hargai setiap detik dan saat yang kita lalui. Berharga tahu berharga? Tengok muka kau pun aku dah boleh dapat gambaran kesemuanya sekali. Itu belum pelukaku peluk,dengar setiap satu denyutan jantung kau. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku setiap kali aku dengar denyutan jantung serta aku dapat rasa naik turun dada kau setiap kali kau bernafas. Aku pernah terfikir jika aku tidak dapat semua tu,tapi peratusan realiti lagi tinggi dari fantasi. Memang indah berfantasi,tetapi lagi indah jika terjadi dalam realiti. Kau orang terakhir yang akan teman aku untuk habiskan sisa dalam hidup aku,itu janji aku Pek.







Untuk sekian kalinya,korang merupakan kawan yang layak dipanggil kawan sejati. Susah senang bersama,menangis marah bersama,makan minum bersama. Aku rasa gembira bila dengan korang,hilang semua duka lara aku dengan gelak tawa korang. Lawak korang tak pernah buat aku penat,tak pernah buat aku kering gusi. Bahagia dicipta untuk menghilangkan gundah gulana,dan korang telah buat aku tersenyum sampai keliling kepala. Sumpah dengan aku,korang takkan pernah tinggal aku untuk selamanya, Terima kasih kawan.

October 23, 2010

Kisah?



Nak stalk ek? Cermin diri dalam-dalam dulu kak.


Dalam otak aku banyak sangat tanda soal. Aku sendiri pun pelik kenapa tanda-tanda soal ni boleh muncul dalam hidup aku. Daaaaaaaan benda yang aku paling pelik kenapa orangyangsukajagatepikainorangsampaikainsendiriterlucut atau dalam erti kata yang lebih mudah aku gelarkan 'stalker' ni tak pupus-pupus? Bukan cemburu atau iri hati,cuma sakit hati dengan tindakan dibuat. Ahh,senang banyaklahkan dah stalk lepas tu nak terjerit terlolong dekat dinding bf tersayang. Perlu ke kak? Alahai,perangai serupa budak baru habis UPSR.


Cuba buka sikit minda tu. Nama pelajar IPTA ke IPTS aku pun tak tahu,tapi otak tu kasi polished sikit je lagi boleh tak? Karat sangat tu. Tak baik untuk kesihatan tahu? Bukan nak mengajar kau cuma aku memberi tunjuk ajar. Fikir dalam-dalam sebelum membuat suatu tindakan. Kalau tak fikir panjang,parah jawabnya kak. Cuba buang perangai jagatepikainorangsampaikainsendiriterlucut tu. Buruk rupanya. Rupa dah ada,badan pun lawa tapi ada perangai tu semua jadi buruk kak.


Agak-agak malu tak kalau dah kena bahan pasal 'nasi lemak 0.05sen' tu? Takda tujuan nak menghina pun cuma nak memberi kesedaran. Lain kali tak payah jadi orangyangsukajagatepikainoranglainsampaikainsendiriterlucut ya? Kan dah malu diri sendiri. Aku tengok kau dah cukup bahagia dengan hidup kau yang berbunga-bunga tu,tapi perlu ke nak jadi orang macam ni lagi? Sedarlah kak. Orang takkan kacau kau kalau kau tak kacau orang. Stuju tak? Sooooo,behave yourself. Just do your own business,forget about others,thank you :)

October 22, 2010

Confession From Our Heart


Terlalu rindukan kau,bila nak bulan November? Hmm.


*Texting*
Aku: Ehem,sayang nak call b boleh?
Dia: Boleh,b kan kuat!
Aku: Haha,terus kuat ek? Oraite,kejap lagi sayang call. Tunggu habis download lagu.
Dia: Okay!


*On the phone*
Aku: Kenapa you sayang I?
Dia: Sayang dekat you dari hati. Sebelum ni,I couple 5 tahun I tak pernah rasa seikhlas macam sekarang dengan you.
Aku: Contoh?
Dia: Yela,tadi you mintak email dan password FB I. Kalau sebelum ni,I mana pernah bagi orang. Bila you yang mintak,cepat je I bagikan? I sayang you sangat-sangat.
Aku: Bagi I,perasaan bila dengan you tak sama macam I dengan ex-boyfriend I sebelum ni. Yela,I bukan first time couple tapi I memang dapat rasa excited je bila dengan you. Tak tahu kenapa.
Dia: Yeker? I tak handsome pun. Perut pun buncit tau? Haha.
Aku: I tak pernah pandang semua tu. I bukan artis nak cari bf yang handsome. You dah cukup bagi I,I dah boleh tutup mata pandang lelaki lain. You pandai buat I senyum,you suka buat I gelak,you banyak buat I menangis,you caring,you pandai pujuk I bila merajuk,you pandai ambil hati I. Kiranya you ni full-package!
Dia: Wah,yeker? Tapi kenapa I banyak buat you menangis?
Aku: Hehe,setiap kali you merajuk I mesti menangis. I pun tak tahu kenapa,tapi I ada rasa macam serba salah sikit.
Dia: Haha,yeker? Tu I pelik you cakap I banyak buat you menangis. I sayang you sangat-sangat!
Aku: I pun sayang you!
Dia: Tu yang kalau boleh nak ikat you cepat-cepat,hehe.
Aku: Sabar dulu,SPM ya? Haha.


Alahai,bahagianya aku bila ada kau. Aku bukan nak mendabik dada pasal kau dekat orang lain,cuma aku sekadar berkongsi kebahagian aku bersama orang lain. Tak salahkan? Sumpah aku sayang kau sampai aku pergi dunia lain. Biar orang nak cakap apa,aku tak peduli sebab aku dah ada hidup yang bahagia dengan kau. Tak perlu orang lain,tak perlu anasir luar. Hidup kita,untuk kita berdua sahaja! Semoga kau dan aku kekal untuk selamanya,amin.

October 20, 2010

C3 Or Corby?



OR




Keliru tahu keliru? Hmm.

October 17, 2010

KL-JB-Muar-Melaka


Ikan Dori oh Ikan Dori :)

161010
Dia: Abah otw pergi JB ni.
Aku: Oh yeker? Buat apa?
Dia: Ada kerja sikit. Nak jumpa tak?
Aku: Jauh ler JB-Muar.

171010
Dia: Nak jumpa tak?
Aku: Macam mana? Jauh ler.
Dia: Abah nak pergi Melaka,singgah Muar sekejap.
Aku: Wah,boleh. Sekarang dekat mana?
Dia: Stulang lagi,baru nak gerak.
Aku: Oraite. Tahu ke jalan nak pergi Muar?
Dia: Lalu highway dulu then baru masuk Muar.
Aku: Yup,nanti dah masuk Muar text.
Dia: Okay!


Jumpa untuk setengah jam,rasanya best tak best? Haha. Okaylah tu daripada tak dapat jumpa,betul tak? Lagipun kau nak cepat,nak pergi basking dekat Melaka pula. Bersyukur dapat jumpa spesies ikan setelah 2-3 bulan berteman. Betul tak? Wah,sedap je kau perli aku pasal menangis dekat kawan-kawan kau ek? Rembat lu tahu ah!

Dari jauh aku nampak kau buat pertama kalinya,aku macam tak percaya yang depan aku masa tu ialah Darul. Serius doh,tak dirancang pun perjumpaan kau dengan aku. Sebab tu orang tua-tua cakap,kalau nak buat apa-apa jangan merancang sebab nanti tak jadi. Benda paling aku ingat sampai sekarang,senyuman senget dan mata kau. Walauwei,tak ada dekat orang lain!


When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile
The whole world stops and stares for awhile
Cause boy you’re amazing
Just the way you are


ps: Terima kasih sebab nak jumpa juga dengan wa. Wa harap lu bahagia dengan Jani,ehem xD

October 15, 2010

Mulut Siapa Yang Bau Longkang?


Tak guna menimba ilmu sampai ke negeri China,kalau mulut sibuk kritik orang lain.


Manusia sekarang hidup mewah dan moden. Pakai BMW,pakai Supra kehulu kehilir,Blackberry melekat dekat tangan dan pandang baju branded je. Bila scan otak,fuh berkarat habis. Punca berkarat? Sebab tak sedar diri sendiri. Yela,hidup sibuk pungpang cerita pasal orang lain. Tak guna letak cermin besar-besar dalam rumah kalau tak guna seadanya. Aku bukan nak menjatuhkan orang lain,cuma nak bagi orang yang sibuk mengkritik orang lain ni sedar yang tak ada manusia atas muka Bumi ni PERFECT. Pelik bin ajaib,ada lagi ya manusia macam ni?


Dulu masa susah,keluarga aku juga kau jeritkan. Keluarga aku tolong kau,elak kau tak makan je. Bila dah senang,iPhone pun dah melekat dekat tangan. Semua lupa,lupa orang yang pernah tolong kau dan keluarga kau. Sedar sikit brotha,kau belajar tinggi. Kira aku boleh hormat kau sebab kau genius,tapi ini ke yang kau hembus dekat keluarga aku bila kau dah senang? Jangan nak fikir senang kau dekat dunia ni boleh bawa sampai masuk kubur. Senang dekat dunia,habis dekat dunia je. Kau ni tak sedar dek untung.


Cukuplah kau cakap pungpang pasal keluarga aku. Tak payah kepoh satu FB,kau nak buka aib kakak aku. Besar mana kau sampai nak buka aib orang? Ingat sikit,jangan ingat kau dekat atas kau boleh senang lenang nak tolak orang yang dekat bawah ni jatuh tersungkur. Belum masa kau dekat bawah lagi,elak kau terjerit terlolong je mintak tolong daripada keluarga aku lagi. Masa tu,pandang muka kau pun aku jijik. Paling-paling,aku ludah betul-betul atas muka kau. Baru kau tahu macam mana cara kau jatuhkan orang. Ingat,apa yang kau buat kau dapat balik.



ps: Wa boleh bersabar lagi,teruskan brotha :)

Again



PERHATIAN! PERHATIAN! PERHATIAN!

PHONE SAYA KENA RAMPAS DENGAN WARDEN ASRAMA
HARAP MAKLUM
TERIMA KASIH


ps: Malang tak berbau --'

Rahsia Kita Berdua


Serius,aku terkejut beruk.

*Texting*
Him: Call number ibu. Ada sound record yang bakal mengubah hidup anda.
Her: Huh?!
Him: Nah,012-xxxxxx.
Her: Okay,hold on.

*On the phone*
Him: Nah,dah ready nak dengar?
Her: Ya,cepatlah.
Him: Okay,dengar betul-betul.

Fineeeeeeeeeeeeeeeeeee,I GOT PUNK'D. Eeee,bodoh seh! Nasiblah kau jauh,kalau sebelah rumah aku dah lama aku cincang-cincang badan kau bagi kucing makan tahu? Huh! Serius,kau dah lebih doh. Masa tu dah cakap tak nak record apa bagai,tapi kau pergi record siapa suruh? Suara aku tak sedap pula,pergh memang betullah kau ni. Elak kau nak upload dekat FB je,sheeeesh jangan okay? Kalau aku tahu kau nak buat macam ni,serius aku takkan nyanyi lagu Stay by Estrella. Huh,geram! Jangan kau nak buat alasan sound record tu dah lama,biarlah lama ke baru ke yang penting sound record tu suara aku tengah menyanyi. Kau kena mintak maaf dengan aku,kalau tak kau tak boleh buat exam nanti. Aku tunggu maaf dari kau,hmph!


ps: Sheeeesh,kenapa aku je yang terkena ni?

October 8, 2010

Tearsdrop



OMG,I can hear him crying lastnight :(


Him: Sayangggg.
Her: Ya b? Are you okay?
Him: Hmm,okay.
Her: Sure?
Him: Ya,tapi b rasa sedih bila baca postblog Ich Vermisse Dich.
Her: Haih. Kenapa b baca kalau tahu benda tu buat b rasa sedih?
Him: Tadi tunggu sayang lama sangat reply wallpost,tu yang pergi blogwalking.
Her: I'm sorry. Trust me that I love you more than everything. Sayang tak nak dekat orang lain lagi.
Him: I sayang you *CRYING*
Her: Ya,I pun sayang you sangat-sangat. I takkan hilang dari you okay b?
Him: B terfikir kalau sayang couple balik dengan dia.
Her: No,it won't happen. Takkan and tak nak,trust me okay? I'm yours b.
Him: Okay,I love you.
Her: I love love love you more!


Fine,dia menangis sebab aku terlampau kejam. Dia lelaki pertama yang menangis dalam hidup aku dan dia juga akan jadi lelaki yang terakhir dalam hidup aku. Serius,aku dah mula berani nak bagi semua kasih sayang aku dekat dia. Sebab aku tahu,dia boleh jaga aku lebih dari orang lain jaga aku. Seburuk-buruk perangai dia yang suka merajuk dan kuat cemburu tu,dia yang banyak tolong aku untuk lupa semua masa silam. Aku tak pernah terfikir lagi nak menipu dia,sebab aku tahu dia takkan pernah menipu aku dan diri dia sendiri. Dia cukup jujur and telus bagi aku,cukup segalanya untuk lengkapkan hidup aku. Terima kasih Apek.


ps: Kalau wa dah mula sayang,wa akan sayang sampai habis.