September 11, 2010

Stars


Bintang lawa tak? Aku sayang bintang.


Bagi aku,hidup aku macam bintang. Bila hujan turun,bintang tak ada. Hujan ibarat masalah yang selalu datang bergolek-golek dalam diri aku,dan bintang sudah tentunya aku. Bintang juga bagi aku harapan untuk terus hidup,walaupun aku rasa aku dah kehilangan sebahagian besar dari hidup aku. Puncanya? Hidup aku tak pernah dihargai. Aku bukan nak menuding jari dekat sesiapa dan menuduh si polan inilah yang buat hidup aku tak lengkap. Tidak,aku bukan macam tu. Aku rasa hidup aku macam dah jauh sangat tersimpang. Takut nak patah balik dan akhirnya aku berhenti di tengah jalan dan berdiri di dalam dunia yang aku sendiri tidak faham.


Aku cuma mengharapkan diri aku sendiri untuk lebih cekal serta kuat untuk menempuh pelbagai dugaan hidup aku yang semakin bertambah ni. Thank God,sebab aku dah jumpa seorang yang boleh bantu aku dalam memeberi semangat serta kata-kata peransang. Korang tahukan siapa? Lagipun,from day to day aku semakin rapat dengan dia. Who else,Ikan Dori akulah. Aku menangis,cari dia. Aku nak happy,cari dia. Even aku baru sangat kenal dengan dia,tapi aku dah tahu yang dia dah kenal separuh dari diri aku. Memang pelik,tapi inilah kenyataannya. Aku senang nak bercerita dengan dia,tak malu nak bagi dia tahu aku menangis dan aku tak kisah kalau dia nak marah aku.


Sebelum ni,aku selalu pendam apa yang aku rasa sebab aku dah kehilangan dua orang yang paling banyak aku kongsi masalah dan yang paling aku sayang. Aku susah nak terima hakikat tu,tapi aku kena. Nasib ada Ikan Dori,dia banyak sangat tolong aku even kadang-kadang dia pun annoying plus heartless. Aku rasa dia dah macam bintang aku,sebab dulu aku selalu bercerita dengan bintang. Lepas je aku dah hilang half of my soul,aku selalu duduk dekat luar dan bercakap dengan bintang. Memang gila,tapi ni hobi aku. Aku rasa,sekarang aku dah tak payah buat macam tu.


Bintang yang ada dekat langit tak selalu ada,bila hujan dia tak ada dan bila tak hujan dia ada. Bintang yang ada dengan aku,selalu ada. Baru sebut nama dia,dia dah text. Bila aku cakap nak cerita something,dia dah call. See,berbaloi tak? 4 bulan lepas,bibir aku tak reti nak senyum. Kalau aku senyum pun,serius tu fake. Sekarang ni,bila dengar je suara dia bibir aku dah senyum. Bukan senyum biasa tau,senyum keliling kepala. Dia pandai buat aku gelak,even lawak dia tu annoying nak mampos. Takpa,aku tak kisah. Dia kan bintang aku. Kalau aku mengarut sikit,habis kena hembus dengan dia. Bintang aku garang --'


Bintang,ini untuk awak:
♥ Bintang,awak jangan pergi tau? Awak tahu saya perlukan awak,awak jangalah pergi jauh-jauh. Saya perlukan awak untuk terus ke hadapan. Kalau awak tak ada,siapa nak bawa saya pergi ke hadapan? Orang lain tak boleh,awak je boleh. Lagipun,orang lain tak sama macam awak. Saya rasa awak hargai saya,orang lain? Hmm,saya tak pernah rasa dihargai. Lagi-lagi orang yang saya sayang. Sebab tu saya takut nak sayang orang lagi. Takpa,saya tak nak sayang awak sebab nanti saya tak rasa dihargai. Saya benci awak,bolehkan? Lagi saya benci awak,lagi saya rasa dihargai. Awak teruskan jadi bintang saya bolehkan? Saya tak nak awak jadi bintang orang lain,saya tak suka. Nanti awak dah jadi bintang orang lain,awak dah tak pedulikan saya. Macam mana? Saya tak nak,tak sanggup nak hilang bintang yang saya benci. Saya janji saya akan berubah macam mana yang awak cakap. Saya janji akan jadi Ellynda yang lebih positif. Saya janji akan jadi lagi kuat. Ya,semua saya nak janji dengan awak sebab saya tahu awak boleh pegang janji saya. Betul tak? Awak jaga diri,jangan selalu tidur dekat cc je. Mata awak dah lah macam ikan dori,nanti awak tidur dekat cc entah macam mana teruk lagi mata awakkan? Jangan nak merokok je. Nanti paru-paru awak tersumbat,macam mana? Jangan buli saya lagi,dah lama saya tahan dengan annoying awak tu. Jaga suara awak,sebab saya sayang suara awak. Benci awak,Ellynda.


ps: Wa sayang bintang ni,jangan bagi dia pergi jauh okay?

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.