September 11, 2010

Raya Oh Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri from all of us!

Ell,Erveena,Busu Yanti,Emmelya

Emmelya,Erveena,Ellynda

The new Ell

Ariff Daniel,Ell,Mama,Papa,Boy,Adam Danish

Full of blast!


Pagi raya,aku bangun pukul9. Serius lambat gilakan? Yelaa,aku tidur pukul berapa pula semalam. Melayan kepala Angah,memang tak kering gusi dibuatnya. Kukikuki sana sini,tangan susun kuih raya dalam balang. Ada yang tak sempat masuk balang,terus je masuk mulut aku. Biasalah,teruja. Pagi raya tu aku dah janji nak kejut someone,pergi sembahyang raya. Dah aku bangun lambat,nak kejut apanya? Aku bangun,orang dah balik sembahyang. Aku terus meloncat pergi mandi. Siap dan siap,eyeliner dan maskara tak pernah lupa.


Papa dah memekak dekat porch,suruh cepat. Duh,relax sudah. Nama pun perempuankan? Memang madah siap lambat. Teruja doh,dalam kereta rasa macam nak menjerit je. Punya excited nak pergi rumah nenek. Sampai je,duh sunyi je. Oh,baru aku ingat. Aunty Rozy and her family sambut raya dekat Bandung. Paling best,bibik dia pergi tinggal dekat Malaysia. Weh,pelik tak pelik? Huh! Pergi dapur,salam cium nenek. Sempat mintak maaf,siap cakap 0-0 lagi. Rock tak rock cucu dia ni kan?


Orang-orang tua semua berbual dekat dapur,takkan aku nak tengok je dorang berbual. Aku duduk dekat hall,makan kuih raya. Kuih raya dekat rumah nenek memang superb! Dah penat makan,lastly tertidur. Pergh,Boy boleh tangkap feel nak snap muka aku tengah tidurkan. Memang best cerita dia,terus tak boleh nak tidur. Pergi dapur,nenek suruh makan. Duh,kenyang doh perut aku. Aku buat relax-relax je depan bibik. Papa dah gelabah nak pergi sembahyang Jumaat,duh padahal baru pukul12. Aku tak faham betullah,asyik nak gelabah je orang tua ni --'


Mama ajak pergi rumah nenek sebelah mama. Sampai je,oh dah ada tetamu. Awal gila orang datang beraya,err aku tak faham. Mak Andak suruh pergi beraya rumah dia dulu,foinee pergilah. Pergh,ni paling boleh aku makan banyak gilooooo! Mula-mula aku tertarik dengan kuih tart gulung warna purple atas meja. Memang menarik segala naluri aku untuk cuba. Serius,cuba sekali nak lagi doh! Mak Andak dah hidang makan atas meja,boleh pula dia cakap dia masak tahun ni. Memang bodohlah kalau aku tak makan. Rendang dia superb!


Dah kenyang dekat rumah Mak Andak,pergi balik rumah nenek. Nasib dekat,kalau tak tak adanya aku nak menapak. Sampai je,nenek dah hidang makanan. Aduhduhduh,tergoda hamba tengok kuah lodeh. Favourite pula,GRR! Nak tak nak,aku makan juga. Licin pinggan,memang habis diet sihat aku. Letak pinggan makan,makan kuih raya pula. Mulut asyik nak masuk makanan je,kalau tak masuk tak sah. Semua pandang aku,err sorry-lah. Bukan gelojoh,tapi sedap sangat. Orang tua-tua cakap,rezeki jangan ditolak. Kalau tolak juga,tarik balik.


Sesi photoshoot,favourite! Macam-macam pose keluar. Dari yang tua sampailah yang muda,tak tinggal. Dah puas dekat dalam rumah,dekat luar rumah pula. Berpeluh-peluh photographer yang tak professional,haha. Tak cukup nak ambil gambar untuk buat potrait keluarga,ambil pula gambar nak upload dekat Facebook. Alaaa,gambar nak bahan-bahan. Angah paling teruja,dengan Ariff melompat sana sini. Adam lagi,duh memang happening gilalah! Even tak cukup orang dalam keluarga masa tui,tapi kemeriahannya aku dapat rasa 2x ganda meriah dari yang biasa. Well,tak boleh nak cakap apa. Memang SUPERB!


ps: Wa gembira,tapi jiwa wa menangis sebab? Lu fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.