September 27, 2010

Jom Kahwin



Pek,kita kahwin Ahad ni okay?


Grr,geram je tengok kau dengan perasaan cemburu kau yang membuak-buak tu. Rasa macam nak pergi depan kau,cium kau non-stop biar kau percaya yang aku ada kau sorang je. Kau tahu,aku boleh separa gila sebab cemburu kau tahu? Haish,takpa. Aku sabar sebab aku memang sayang kau sangat-sangat. Sayang punya pasal,kau nak merajuk dengan aku setahun pun aku sanggup pujuk. Legend tak aku?


Orang cakap,cemburu tandanya sayang. Wah,aku dapat rasa sayang kau dekat aku dah melimpah ruah ni sebab cemburu kau pun dah membuak-buak. Kau sayang aku kan Pek? Aku pun sayang kau Pek,tak tahu macam mana nak cakap bagi kau percaya. Tu aku ajak kau kahwin,habis ceritakan? Kalau dah kahwin,kau nak cemburu sangat pun dah tak boleh sebab aku memang kau punya terang-terangan.


Kau punya pasal,aku sanggup buat apa je. Cehh,tapi serius doh. Aku dah melekat dengan kau ni,kau guna gam apa ek? Hebat gila,nak jauh sikit pun dah tak boleh sekarang. Tabik kau Pek,sebab kau aku dah boleh lupa kisah silam aku. Kau guna Clorox ek nak basuh otak aku? Ni yang buat aku makin sayang dekat kau,jangan pergi jauh ya Pek? Jauh sikit pun tak boleh,kalau boleh 24/7 dengan aku pun takpa. Lantak orang nak cakap macam belangkas,kisah aku? Heh.


ps: Wa bahagia walaupun romeo wa ni kuat cemburu,haha.


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.