September 3, 2010

Ikan Dori




Terima kasih ya brotha? Terima kasih banyak-banyak :)


Ceritanya memang best,superb doh! Kalau aku tak add kau masa tu,entah bila kita dapat kenal each other-kan? Ada sebab aku add kau,sebab nickname kau. Sid & Chuck,entah kenapa aku minat dengan both of them then kau boleh pula pakai nick Sid Chuck. Duh,memang aku terus add. Kau approve,kau panggil aku nyonya apa entah. Tapi aku tahu,memang masa tu kena bahan je dengan kau pasal nickname aku. Takpa,aku sabar ni --'


Kau IM aku,cerita itu cerita ini. Baru aku tahu kau budak PLKN,masa tu kau cuti. Kau pun cerita pasal PLKN,kau cakap lagi seminggu PLKN dah nak habis. Aku pula masa tu dah nak masuk hostel,kau tinggalkan number phone suruh aku misscall. Aku pun miscall,then kita text apa semua. Pada pandangan kepala mata aku,kau memang tak minat nak texting. Cara kau reply text aku,macam budak-budak baru belajar macam mana nak texting. Nak gelak pun ada,haha.


Texting dan terus texting,lama kelamaan dua-dua senyap macam tu je. Yela,kau busy dengan PLKN. Aku busy dengan hostel. Lagipun kau dah pesan awal-awal,phone kau jurulatih yang pegang. Oh okay,aku pun tak kisah. Kehidupa aku dekat hostel pula macam mana,nak texting or otp pun kena senyap-senyap. Karang kantoi,hancur lebur badan. Kiranya,aku kena sentiasa berhati-hati.


Cuti pun dah bermula,kau pun dah balik dari PLKN. Aku online,kau IM aku. Kau cakap sorry sebab tak reply text aku,sebab phone kau rosak. Duh,mula aku blur juga entah zaman bila aku text dia. Aku layankan jela,sebab aku totally tak ingat bila aku text dia. Cerita itu ini itu ini,pasal PLKN semua keluar. Dalam hati aku cakap,semangat betul mamat ni. Masa tu aku tak terfikir pun kau dah balik dari PLKN,aku ingatkan kau balik cuti --'


Dari FB,terus melalut ke YM. Masa YM,kau busy edit bloggie. Upload gambar PLKN bagai,ya aku okay je. Takkan nak halang,haha. Masa tu pula aku tengah webbie dengan Hewer Wan. Kau pun sibuk nak view webbie aku,aku bagilah tengok. Karang tak bagi,kau nangis pula. Pergh,cerita ni paling best. Madah aku je kena bahan dengan kau,siap panggil aku dino lagi sebab aku buat muka. Kau ajar aku cara nak senyum,tapi aku tak reti lagi --'


Dah teruk kena bahan dengan kau,aku tengok jam dah menunjukkan jam 0320 pagi. Aku tanya dia phone dah okay tak,then dia cakap okay cuma screen tak okay. Dia boleh tanya aku nak call dia ke. Duh,pelik je mamat ni. Fikiran aku pun dia dapat baca,GRR! Kau suruh aku call in 10 minutes. Okay,aku pun tik tok tik tok depan lappy sambil online FB. Kau cakap rumah dengan cc selang 4 buah rumah je,mesti sekejap je dah sampai rumah. Tapi aku was-was,haha.


Last-last,kau yang misscall. Aku pun apa lagi,terus call. Mula-mula aku serba salah nak cakap dengan kau,malu pun ada. Yela,first time otp dengan kau. Takpa,aku cover selagi boleh. Paling boleh kau cakap suara aku matured,sebelum ni orang yang otp dengan aku mesti cakap suara aku macam katak tersepit. Turn kau,lain pula yang kau tafsirkan. Rasa terharu pun ada,nak menangis jangan ceritalah.


Serius doh,mata aku tak ngantok langsung pagi ni,asyik mengilai macam pontianak je pagi-pagi buta. Kau tak habis-habis buat lawak,dengan teka-teki bagai. Duh,memang meriah suasana. Plot paling superb bila kau tafsir diri aku dari segi cinta dan emosi. Grr,semua betul apa yang kau cakap. Hebat doh! Paling paling paling paling extravaganza,bila kau nyanyi lagu Your Guardian Angel dengan More Than Word. Pergh,meremang doh bulu roma aku. Nak lagi,boleh?


Super saver aku habis,kau pula buat super saver. Aku sanggup tak sahur,sebab nak cakap dengan kau. Cerita pasal pastime,kau nasihat aku itu ini. Semua aku ingat,aku semat dalam otak. Ada satu benda je aku tak suka,aku tak boleh betah apa yang kau cakap bila apa yang kau sampaikan tu satu kenyataan yang betul. Grr,masa ni memang aku kena bahan. Tapi tapi tapi,apa yang aku cakap dekat kau semua kau setujukan? Lagi-lagi bab kenapa perlu couple.


Dah penat ketawa,tenaga aku pun dah hilang separuh hanya dengan ketawa. Kau suruh aku dengar lagu Ultraman tapi dalam dialek Kelantan. Aku baru click nak search dekat Youtube,kau dah tertidur. OMG,aku boleh dengar kau tidur doh! Hahaha,relax brotha. Rahsia kita berdua okay? Shhhh. Comel habis,tengah-tengah bercakap boleh tertidur pula. Aku nak jerit,tapi tak sampai hati sebab pasal otp je kau sanggup tahan mata. Haih,takpa kau tidur nyenyak-nyenyak.


Ingat pesan aku:
--> Puasa,kalau tak boleh mesti nakkan.
--> Jangan mandi pagi-pagi,nanti hidung berdarah.
--> Rokok tak sedap.
--> Jangan membazir.


ps: Wa gembira ni,wa tak henti-henti ketawa. Mata wa pun segar bugar je. Terima kasih ya ikan dori sebab bagi wa tenaga lu sikit :)

2 comments:

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.