September 24, 2010

Ich Vermisse Dich



Kalau aku berdiri dekat puncak paling tinggi dan cerita balik kisah kita dahulu kala,agak-agak kau dengar tak?


Kau dan aku,dua manusia yang berbeza. Pernah bersama suatu ketika dahulu,melalui manis pahit hidup bercouple. Pantang berpisah,air mata dan pujuk rayu jadi taruhan. Bahagia bukan? Ya,memang bahagia tetapi tidak sebahagia hidup baru aku sekarang ni. Aku tiba-tiba teringat setiap perkara yang kita buat sama-sama,kita ketawa dan menangis bersama. Cukup indah untuk ditafsirkan,cukup indah untuk dirungkaikan.

1) Aku rindu cara kau wish goodmorning setiap kali aku bangun pagi. Kau tetap akan wish goodmorning walaupun kau terlajak tidur. Selama 5 bulan,kita ulang dan terus mengulangi setiap perkataan yang sama tanpa rasa bosan dan jelak.

Him: Goodmorning sunshine!
Her: Goodmorning superhero,muah!

2) Aku rindu tengok muka kau bila kena paksa bangun pagi. Serius,muka memang mintak kena rembat,tapi muka tu juga yang buat aku tersenyum nipis.

3) Aku rindu tengok cara kau sikat rambut. Walaupun kau tak mandi,tapi kau tetap nak sikat rambut cara macam orang baru lepas mandi.

4) Aku rindu kau pakaikan aku gelang kaki kucing dengan rantai dekat kaki dan leher aku lepas aku mandi. Dah selesai pakaikan aku semua benda tu,kau mesti akan cakap 'OKAY,YOU'RE MY PET NOW!'

5) Aku rindu nak tengok makan.

6) Aku rindu nak tengok kau tertidur depan rezeki masa tengah makan. Aku takkan kejut kau,sebab kau akan marah aku balik. Reaksi aku,aku cuma tengok kau tertidur sambil ketawa halus.

7) Aku rindu kau suap aku makan. Kadang-kadang kau beli makanan satu bungkus,sebab kau selalu makan tak habis. Kau mesti akan suap aku.

8) Aku rindu nak buatkan kau neslo ais. Aku tak tahu apa rasa neslo ais yang aku buat untuk kau,tapi kau tetap akan habiskan walaupun aku rasa neslo ais yang aku buat tu tak seenak penangan mamak Damai Bistro.

9) Aku rindu nak baring dekat lengan kau masa kita tengok tv. Kau takkan pernah bagi aku baring atas bantal sebab kau dah jadikan lengan kau sebagai bantal aku.

10) Aku rindu kau peluk aku dari belakang bila masa kita berdiri dekat balkoni tengok KLCC.

11) Aku rindu nak baring atas dada kau. Masa tu aku boleh dengar denyutan jantung kau dan aku dapat rasa naik turun dada kau.

12) Aku rindu cara kau tengok aku masa dalam tren.

13) Aku rindu kau pimpin tangan aku bila nak melintas jalan sebab kau tahu aku takut nak lintas jalan.

14) Aku rindu nak jalan kaki dari lampu isyarat Sri Gombak sampai ke LE4-17,Blok D,Jalan Gemilang 4,Pangsapuri Taman Gemilang.

15) Aku rindu nak urut kepala kau bila kau pening dalam kereta masa perjalanan dari Gombak ke Teluk Intan.

16) Aku rindu kau bangga diri tunjuk kau dapat lesen P dalam kelas memandu.

17) Aku rindu nak tengok kau bergaduh sama macam kau bergaduh dekat Pavilion dulu.

18) Aku rindu nak tengok kau campak ulat aku dekat bawah katil. Kau cemburu dengan ulat tu sebab aku selalu peluk ulat tu lebih daripada peluk kau.

19) Aku rindu kau nyanyi lagi Thinking Of You nyanyian Caprice ft Annatasha berulang-ulang kali.

20) Aku rindu cara kau panggil aku 'BUNBUN'


Mungkin ini hanyalah permainan minda aku yang berputar kembali kepada waktu silam. Bagi aku,ini kali terakhir aku akan berbicara tentang perkara silam kerana selepas ini aku akan mendongakkan kepala dan terus maju kehadapan bersama-sama hidup baru aku. Aku takkan kembali untuk diperhambakan pada waktu silam kerana waktu mendatang mungkin meninggalkan lebih banyak kenangan untuk dikenang pada masa akan datang.


ps: Untuk romeo baru wa,lu jangan kecil hati bila baca artikel ini ya? Wa nak lu tahu kisah silam wa sebab wa tak nak lu lakukan perkara yang serupa seperti yang terjadi dalam kisah silam wa. Wa tahu lu serius dengan wa,wa pun dah mula rasa tak nak lepaskan lu. Wa sayang lu sorang Apek!


3 comments:

  1. Aloloooo,
    i'm crying!
    it's okayy, maju ke depan ell :D

    ReplyDelete
  2. auww , so sweet (!)
    semoga berbahagia dengan boyfriend baru :')

    ReplyDelete

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.