September 29, 2010

Drama Sebabak



Dulu lain,sekarang lain. Kau kena faham okay?


Drama 1: Suatu hari dan suatu masa,

Him: Kau jadi first love aku nak?
Her: Huh?! Kenapa pula? Kau ni suka buat kejutan.
Him: Masa kau dengan Boy lagi,aku dah ada perasaan dekat kau. Tapi aku takut.
Her: Tapi,kenapa kau berani sekarang?
Him: Sebab kau.
Her: Aku?
Him: Ya,kau. Bagi aku peluang nak rasa macam mana orang bercinta boleh?
Her: Maksud kau?
Him: Aku sayang kau Ell.
Her: Tapi,kita tengah kawan.
Him: Hmm,fikir masak-masak Ell.
Her: ............................


Susahkan nak bercinta dengan orang yang kita dah anggap sebagai kawan? Ya,memang susah. Aku pernah terkandas dalam situasi ni. Pergh,gelisah aku macam kucing nak beranak. Ku hulu salah,ke hilir pun salah. Aku buntu dengan situasi macam ni,cukup buntu. Bagi aku,kalau aku dah anggap seorang lelaki sebagai kawan aku susah untuk aku mengubah perasaan sayang sebagai seorang kawan kepada sayang sebagai seorang bf. Orang lain mungkin boleh,tapi bagi aku benda ni satu perkara yang mengusutkan kepala otak aku. Yelaa,lain orang lain cara.


Drama 2: Suatu hari dan suatu ketika,

Him: I nak bagitahu you something. Bagi I 10 minit,lepas tu you nak chat dengan siapa pergilah.
Her: Yeah,cakaplah.
Him: I love you.
Her: Yeah?
Him: I suka dekat you.
Her: Lagi? Just say it.
Him: The problem is I tak reti berjauhan. Kalau you duduk JB dah tentu you jadi jantung hati I.
Her: I don't know what to say.
Him: Tapi ni,time I pergi Muar kita dapat jumpa. Time I dekat JB,maybe you akan hilang macam tu je dari ingatan I.


Setiap sudut hidup aku mesti ada kisah-kisah yang terselit. Tapi aku tak kisah pun,sebab aku lagi pentingkan hidup aku yang akan datang. Aku cukup payah kalau aku sayang seorang lelaki tetapi aku tak dapat terima hakikat yang dia cuma anggap aku hanya sebagai seorang kawan. Perit,cukup perit. Nak mengubah rasa dari sayang lebih dari seorang kawan kepada sayang hanya kepada seorang kawan biasa. Susah bukan? Aku dah pernah mengalaminya. Bagi aku,cukup mencabar. Situasi seperti ini banyak mengajar aku reti kesabaran.


Drama 3: Suatu hari dan suatu detik,

Him: I love you!
Her: Huh?!
Him: I love you!
Her: What?!
Him: I love you!
Her: Fine,I really love you too!


Cukup indah untuk diungkapandengan kata-kata bila hidup kita dihargai. Itu yang aku rasakan pada detik ini. Perkara sebegini banyak mengajar aku erti kehidupan supaya lebih berfikiran matang dan bagaimana untuk menghargai pasangan yang sudah banyak menghargai serta berkorban segalanya hanya untuk memuaskan segala kehendak aku. Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini walaupun aku tahu hidup aku tak semewah hidup orang lain tapi aku tetap bersyukur kerana aku berpegang pada prinsip 'Setiap Orang Ada Rezeki Masing-Masing'. Ya Allah,terima kasih atas segalanya.


ps: Untuk kau-dan-kau,semoga berbahagia bersama orang tersayang :)





No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.