September 3, 2010

Datang Tak Diundang,Pergi Tak Dihalang


Kau datang,tak bagi salam. Kau pergi,tak payah cakap goodbye.


Sememangnya,tidak dapat dinafikan yang menulis merupakan sebahagian dari hidup aku. Kalau tak menulis dalam Manis & Pahit,aku akan menulis di Accidentally Being Retarded. Menulis,hobi aku. Tapi aku tak cukup legend nak buat cara penulisan aku penuh dengan unsur sarkastik. Belum mahir,masih di bawah tahap dewa. Takpa,aku masih mencuba yang terbaik hanya untuk hasil penulisan aku nampak legend.


Aku bersyukur sebab ramai pengikut serta pengkritik yang sudi singgah dekat Manis & Pahit aku ni dan sanggup meluangkan masa senggang hanya untuk membaca hasil penulisan aku yang masih di bawah tahap dewa-dewa. Tak lupa juga untuk mereka yang selalu mengkritik setiap hasil penulisan aku,ah terharunya aku. Setiap hari,bilangan pengikut aku semakin bertambah. Tak tahu bahagian mana yang menarik minat korang untuk klik perkataan 'follow'.


Tapi,ada juga yang baca Manis & Pahit aku hanya untuk mengorek segala rahsia serta berlakon sebagai seorang stalkeryanglegend. Ah,aku benci! Cukup benci. Masih ada lagi rupanya manusia yang hidup seperti orang ketandusan tamadun sendiri,kesian. Bagi aku,membaca sesuatu karya kepunyaan orang lain tidak salah. Tetapi tidak perlulah dihebahkan sampai ke status Facebook serta agenda meng-tweet dekat Twitter.


Bagi aku,berkelakuan seperti ini sudah cukup sampah bagi aku. Tidak cukup dengan menyibukkan diri atau dalam erti kata lain,stalking atau dengan perkataan yang lebih senang sibukmenjagatepikainorangsampaikainsendiriterlucut,manusia seperti ini tidak mempunyai hidup. Bising sana bising sini pasal blog si polan yang ada tulis pasal bf si anu,update dekat status Facebook,tweet dekat Twitter. Tak ke bodoh namanya tu?


Maaflah kalau penulisan aku pada kali ini agak keras,sebab aku tahu ramai manusia yang mempunyai hati mulia masih ingin menjaga tepi kain aku walaupun hidupnya sudah berbunga-bunga. Pada aku,aku tak larang kau nak buat apa sebab aku hanya menulis dan setiap penulisan harus ada pembacanya. Sebagai pembaca,kau harus hormat terhadap penulis yang penat lelah menulis penulisannya untuk tatapan umum.


ps: Lu baca selagi lu boleh ada keupayaan melihat. Lu dah bahagia tapi lu jadi manusia yang sibukjagatepikainorangsampaikainsendiriterlucut,lu tunggu jela kain lu terlucut. Masa tu baru lu tahu,malu tak malu bila tengok kain lu dah cium tanah.



No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.