September 15, 2010

5 Months Being Single Lady



Single much much much more better,thank you :)


Foineeeee,aku tak ada boyfriend. Suka? Okay,bagus! Title single ni best sebenarnya. Kalau korang reti nak hargai waktu-waktu korang single macam aku sekarang ni,serius korang memang boleh senyum keliling kepala. Serius,tak percaya? Cubalah. Contoh ada depan mata,siapa lagi? Ellynda,ya aku. Hari ni cukup 5 bulan aku single,dalam bahasa kasarnya 'janda'. Sampai sekarang aku boleh senyum keliling kepala,tak nampak? Tengok betul-betul. Aku bukan nak mendabik dada yang aku suka bila ada title single,cuma aku menghayati setiap waktu yang ada bila aku ada title ni. Bukan senang right nak dapat title ni?


Perasaan teringin nak ada boyfriend memang ada,membuak-buak pula. Takpa,aku boleh kawal lagi. Lagipun,aku trauma lagi nak ada boyfriend. Yela,takut aku kena macam yang sebelum-sebelum ni. Susahkan hidup bila ada orang lain nak kena jaga? Korang bayangkan,diri sendiri pun tak terjaga tapi ada hati lagi nak ber-boyfriend bagai. Memang lelaki diciptakan untuk perempuan,tapi dalam keadaan yang sepatutnya dan mengizinkan. Ni tidak,dah tahu bra dengan panties pun mak belikan lagi sibuk nak ber-boyfriend sana sini. Aku pun pernah rasa macam tu,sebab tu aku menulis ikut apa yang pernah aku alami.


Tipulah kalau aku cakap aku tak ada perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan aku or even my own ex-boyfriend dah ada girlfriend barukan? Semua orang ada perasaan cemburu tu. Bezanya,layan dengan tak layan je perasaan tu. In fact,dulu aku suka sangat layan perasaan konon-konon sedih bila tengok orang lain ada boyfriend/girlfriend,kenapa aku tak ada. Serius,macam gampangkan? Hahaha. Dululah,sebelum Ikan Dori bagi aku semangat. Pantang dia tahu aku menangis,mahu tak kena hembus. Bagus juga ada orang macam Ikan Dori,at least aku dah tak melalak macam orang mati laki lagi sekarang ni.


Sekarang ni ceritanya,aku bukan tak nak ada boyfriend cuma aku belum puas nak enjoy dengan title single ni. Bukan senang wok! Lagipun,tahun ni aku nak SPM. So,let just SPM be my only one soulmate. Memanglah bosan bila tak ada boyfriend,tapi apa guna kawan-kawankan? Masa ni lah aku nak tunjuk yang aku menghargai kawan-kawan aku. Kalau tak ada boyfriend,credit aku jimat sikit. Duit simpanan boleh melencong ke arah lain,betul tak? Plus,phone aku pun akan senyap je. Tak ada memekak tak kira masa. Phone pun boleh tinggal macam tu je dalam bilik sebab tak ada siapa nak text 24/7.


So,sesiapa yang single tu hargailah title single korang okay? Limited time only,but full of blast! Bagi brotha-brotha yang rasa macam cinta korang yang aku tak layan tu,aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku bukan tak nak layan,tapi aku lebih selesa berkawan. Berkawan lagi syiooooooooook-oooooo! Kalau pintu hati aku dah terbuka nak ber-couple ni,korang boleh try. Masuklah line apa yang korang nak,Maxis Digi semua boleh. Cuma bagi aku sedikit masa je,tahukan aku dah banyak kali jatuh? Tengok jela,banyak parut lama. It takes time to heal those wounds.


ps: Wa sayang kawan-kawan wa,tapi wa tahu salah seorang yang bertuah akan jadi boyfriend wa juga suatu masa nanti.


No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.