September 29, 2010

Drama Sebabak



Dulu lain,sekarang lain. Kau kena faham okay?


Drama 1: Suatu hari dan suatu masa,

Him: Kau jadi first love aku nak?
Her: Huh?! Kenapa pula? Kau ni suka buat kejutan.
Him: Masa kau dengan Boy lagi,aku dah ada perasaan dekat kau. Tapi aku takut.
Her: Tapi,kenapa kau berani sekarang?
Him: Sebab kau.
Her: Aku?
Him: Ya,kau. Bagi aku peluang nak rasa macam mana orang bercinta boleh?
Her: Maksud kau?
Him: Aku sayang kau Ell.
Her: Tapi,kita tengah kawan.
Him: Hmm,fikir masak-masak Ell.
Her: ............................


Susahkan nak bercinta dengan orang yang kita dah anggap sebagai kawan? Ya,memang susah. Aku pernah terkandas dalam situasi ni. Pergh,gelisah aku macam kucing nak beranak. Ku hulu salah,ke hilir pun salah. Aku buntu dengan situasi macam ni,cukup buntu. Bagi aku,kalau aku dah anggap seorang lelaki sebagai kawan aku susah untuk aku mengubah perasaan sayang sebagai seorang kawan kepada sayang sebagai seorang bf. Orang lain mungkin boleh,tapi bagi aku benda ni satu perkara yang mengusutkan kepala otak aku. Yelaa,lain orang lain cara.


Drama 2: Suatu hari dan suatu ketika,

Him: I nak bagitahu you something. Bagi I 10 minit,lepas tu you nak chat dengan siapa pergilah.
Her: Yeah,cakaplah.
Him: I love you.
Her: Yeah?
Him: I suka dekat you.
Her: Lagi? Just say it.
Him: The problem is I tak reti berjauhan. Kalau you duduk JB dah tentu you jadi jantung hati I.
Her: I don't know what to say.
Him: Tapi ni,time I pergi Muar kita dapat jumpa. Time I dekat JB,maybe you akan hilang macam tu je dari ingatan I.


Setiap sudut hidup aku mesti ada kisah-kisah yang terselit. Tapi aku tak kisah pun,sebab aku lagi pentingkan hidup aku yang akan datang. Aku cukup payah kalau aku sayang seorang lelaki tetapi aku tak dapat terima hakikat yang dia cuma anggap aku hanya sebagai seorang kawan. Perit,cukup perit. Nak mengubah rasa dari sayang lebih dari seorang kawan kepada sayang hanya kepada seorang kawan biasa. Susah bukan? Aku dah pernah mengalaminya. Bagi aku,cukup mencabar. Situasi seperti ini banyak mengajar aku reti kesabaran.


Drama 3: Suatu hari dan suatu detik,

Him: I love you!
Her: Huh?!
Him: I love you!
Her: What?!
Him: I love you!
Her: Fine,I really love you too!


Cukup indah untuk diungkapandengan kata-kata bila hidup kita dihargai. Itu yang aku rasakan pada detik ini. Perkara sebegini banyak mengajar aku erti kehidupan supaya lebih berfikiran matang dan bagaimana untuk menghargai pasangan yang sudah banyak menghargai serta berkorban segalanya hanya untuk memuaskan segala kehendak aku. Aku cukup bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ini walaupun aku tahu hidup aku tak semewah hidup orang lain tapi aku tetap bersyukur kerana aku berpegang pada prinsip 'Setiap Orang Ada Rezeki Masing-Masing'. Ya Allah,terima kasih atas segalanya.


ps: Untuk kau-dan-kau,semoga berbahagia bersama orang tersayang :)





September 27, 2010

Jom Kahwin



Pek,kita kahwin Ahad ni okay?


Grr,geram je tengok kau dengan perasaan cemburu kau yang membuak-buak tu. Rasa macam nak pergi depan kau,cium kau non-stop biar kau percaya yang aku ada kau sorang je. Kau tahu,aku boleh separa gila sebab cemburu kau tahu? Haish,takpa. Aku sabar sebab aku memang sayang kau sangat-sangat. Sayang punya pasal,kau nak merajuk dengan aku setahun pun aku sanggup pujuk. Legend tak aku?


Orang cakap,cemburu tandanya sayang. Wah,aku dapat rasa sayang kau dekat aku dah melimpah ruah ni sebab cemburu kau pun dah membuak-buak. Kau sayang aku kan Pek? Aku pun sayang kau Pek,tak tahu macam mana nak cakap bagi kau percaya. Tu aku ajak kau kahwin,habis ceritakan? Kalau dah kahwin,kau nak cemburu sangat pun dah tak boleh sebab aku memang kau punya terang-terangan.


Kau punya pasal,aku sanggup buat apa je. Cehh,tapi serius doh. Aku dah melekat dengan kau ni,kau guna gam apa ek? Hebat gila,nak jauh sikit pun dah tak boleh sekarang. Tabik kau Pek,sebab kau aku dah boleh lupa kisah silam aku. Kau guna Clorox ek nak basuh otak aku? Ni yang buat aku makin sayang dekat kau,jangan pergi jauh ya Pek? Jauh sikit pun tak boleh,kalau boleh 24/7 dengan aku pun takpa. Lantak orang nak cakap macam belangkas,kisah aku? Heh.


ps: Wa bahagia walaupun romeo wa ni kuat cemburu,haha.


Tahniah


Ehem ehem
Anda pengikut yang ke-100
Tahniah Lulu
:)


ps: Wa patut raikan ni,haha.

September 25, 2010

I Hate Doctors





Tengok dalam-dalam gambar di atas,teruk tak? Aku yang menanggung kesakitannya.


Serius,sampai ke tulang bisanya mencucuk-cucuk. Aku pun tak tahu sebab apa. Hanya disebabkan proses pengambilan darah di pergelangan tangan aku,akhirnya mengundang bengkak yang berlarutan di bahagian tangan aku. Siapa yang patut dipersalahkan? Hmm,aku sendiri pun buntu.


ps: Wa takkan pernah terfikir untuk menjadi seorang doktor walaupun gajinya agak lumayan.

September 24, 2010

Ich Vermisse Dich



Kalau aku berdiri dekat puncak paling tinggi dan cerita balik kisah kita dahulu kala,agak-agak kau dengar tak?


Kau dan aku,dua manusia yang berbeza. Pernah bersama suatu ketika dahulu,melalui manis pahit hidup bercouple. Pantang berpisah,air mata dan pujuk rayu jadi taruhan. Bahagia bukan? Ya,memang bahagia tetapi tidak sebahagia hidup baru aku sekarang ni. Aku tiba-tiba teringat setiap perkara yang kita buat sama-sama,kita ketawa dan menangis bersama. Cukup indah untuk ditafsirkan,cukup indah untuk dirungkaikan.

1) Aku rindu cara kau wish goodmorning setiap kali aku bangun pagi. Kau tetap akan wish goodmorning walaupun kau terlajak tidur. Selama 5 bulan,kita ulang dan terus mengulangi setiap perkataan yang sama tanpa rasa bosan dan jelak.

Him: Goodmorning sunshine!
Her: Goodmorning superhero,muah!

2) Aku rindu tengok muka kau bila kena paksa bangun pagi. Serius,muka memang mintak kena rembat,tapi muka tu juga yang buat aku tersenyum nipis.

3) Aku rindu tengok cara kau sikat rambut. Walaupun kau tak mandi,tapi kau tetap nak sikat rambut cara macam orang baru lepas mandi.

4) Aku rindu kau pakaikan aku gelang kaki kucing dengan rantai dekat kaki dan leher aku lepas aku mandi. Dah selesai pakaikan aku semua benda tu,kau mesti akan cakap 'OKAY,YOU'RE MY PET NOW!'

5) Aku rindu nak tengok makan.

6) Aku rindu nak tengok kau tertidur depan rezeki masa tengah makan. Aku takkan kejut kau,sebab kau akan marah aku balik. Reaksi aku,aku cuma tengok kau tertidur sambil ketawa halus.

7) Aku rindu kau suap aku makan. Kadang-kadang kau beli makanan satu bungkus,sebab kau selalu makan tak habis. Kau mesti akan suap aku.

8) Aku rindu nak buatkan kau neslo ais. Aku tak tahu apa rasa neslo ais yang aku buat untuk kau,tapi kau tetap akan habiskan walaupun aku rasa neslo ais yang aku buat tu tak seenak penangan mamak Damai Bistro.

9) Aku rindu nak baring dekat lengan kau masa kita tengok tv. Kau takkan pernah bagi aku baring atas bantal sebab kau dah jadikan lengan kau sebagai bantal aku.

10) Aku rindu kau peluk aku dari belakang bila masa kita berdiri dekat balkoni tengok KLCC.

11) Aku rindu nak baring atas dada kau. Masa tu aku boleh dengar denyutan jantung kau dan aku dapat rasa naik turun dada kau.

12) Aku rindu cara kau tengok aku masa dalam tren.

13) Aku rindu kau pimpin tangan aku bila nak melintas jalan sebab kau tahu aku takut nak lintas jalan.

14) Aku rindu nak jalan kaki dari lampu isyarat Sri Gombak sampai ke LE4-17,Blok D,Jalan Gemilang 4,Pangsapuri Taman Gemilang.

15) Aku rindu nak urut kepala kau bila kau pening dalam kereta masa perjalanan dari Gombak ke Teluk Intan.

16) Aku rindu kau bangga diri tunjuk kau dapat lesen P dalam kelas memandu.

17) Aku rindu nak tengok kau bergaduh sama macam kau bergaduh dekat Pavilion dulu.

18) Aku rindu nak tengok kau campak ulat aku dekat bawah katil. Kau cemburu dengan ulat tu sebab aku selalu peluk ulat tu lebih daripada peluk kau.

19) Aku rindu kau nyanyi lagi Thinking Of You nyanyian Caprice ft Annatasha berulang-ulang kali.

20) Aku rindu cara kau panggil aku 'BUNBUN'


Mungkin ini hanyalah permainan minda aku yang berputar kembali kepada waktu silam. Bagi aku,ini kali terakhir aku akan berbicara tentang perkara silam kerana selepas ini aku akan mendongakkan kepala dan terus maju kehadapan bersama-sama hidup baru aku. Aku takkan kembali untuk diperhambakan pada waktu silam kerana waktu mendatang mungkin meninggalkan lebih banyak kenangan untuk dikenang pada masa akan datang.


ps: Untuk romeo baru wa,lu jangan kecil hati bila baca artikel ini ya? Wa nak lu tahu kisah silam wa sebab wa tak nak lu lakukan perkara yang serupa seperti yang terjadi dalam kisah silam wa. Wa tahu lu serius dengan wa,wa pun dah mula rasa tak nak lepaskan lu. Wa sayang lu sorang Apek!


September 22, 2010

He Hate Birthday But I Still Wish It




HAPPY ROARING 16TH BIRTHDAY AMIR ANUAR BADRULHISYAM
MAY GOD BLESS YOU
GOODLUCK IN YOUR FUTURE UNDERTAKING OKAY?
HIDUP BEN10!
HA-HA-HA


ps: Walaupun lu dah umur 16,wa tetap panggil lu budak kecik okay? Ngeh-ngeh-ngeh!

A For Apek,L for Love,N For Nyonya


Him: Remember,I'll always be by your side.
Her: Err,why?
Him: Because,I love you.
Her: Huh?!
Him: I love you!
Her: What?!
Him: I love you!!!
Her: I love you too!


Apek Apek Apek,hisy! Serius,kau lelaki paling gedik pernah aku kenal. Manja kau lain macam,orang lain pun tak manja macam kau. Senang cerita,kau memang suka tarik perhatian aku kan kan kan? Neh,aku tahu. Lagi-lagi kalau kau cemburu. Fuh,mantap. Paling seronok tengok kau bila kau cemburu,dengan cara kau reply text aku plus wall aku semua macam ada tak kena je kan? Bila tanya,ceh pandai nak cover ya bang? Nate mu lah abe!


Paling anoying bila kau cakap kelah. Duh,rasa macam nak kerat-kerat je lidah kau doh. Paling-paling ulang sampai 10 kali kan abe? Hisy,takpa. Nanti aku belajar loghat Kelantan,habeh mu abe! Haha,paling boleh. Mula-mula aku tak tahu kelah tu apa,yela aku loading sikit. Dah lama sikit baru faham kelah tu class. Sheeeeesssh,entah mana kau dapatkan perkataan ni? Pelik sungguhh mu ni!


Abe aku reti nyanyi lagu Your Guardian Angel,kelas habeh dio nyanyi! Haha,terima kasih yer abe sebab nyanyi lagu ni untuk kawe. Kelah sungguh mu ni,bangga tak aku puji kau ni? Ehem. Aku pun tak sangka kita sampai macam ni kan? Tuptup,macam miracle je. Cehh,dulu kau usha aku panas buat apa? Kan dah melekat dekat kau sendiri. Tapi ini yang kau nakkan abe? Hee,fine. Aku pun nak macam sekarang ni juga,sampai hujung dunia. Amin :)


ps: Wa dah ada Apek,wa mahu apa lagi lepas ni ek?


September 17, 2010

One Blood





Serius,sayang kau lebih doh!


Fine,this is my BFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF! Dari kelas 5 Dahlia sampailah ke kelas 3.6,satu kelas. Sehati sejiwa tak? Kira kamceng habis doh dengan dia. Tak ada rahsia-rahsia antara aku dengan dia,tak ada nak cover-cover make up bagai bila aku dengan dia. Semua aku share dengan dia,even secret admire. Betul tak Wan? Hahaha. Shhhh,rahsia kita berdua! Tak adalah sampai share boyfriend,tu dah over dik. Tapi,setiap kali couple mesti ktorang tak pernah lupa nak cerita itu ini pasal boyfriend. Alaaa,kira gossip hangat.


Kalau pasal bab makan,fuh memang ktorang yang kedepan dulu. Pantang dijemput makan,cepat je tangan ambil makanan. Haha,well ktorang tak reti nak diet-lah bang! Apa yang dia makan,aku makan. Satu je benda yang aku tak boleh buat dengan orang lain,tapi aku boleh buat dengan dia. Apa? Aku boleh makan sepinggan,sesudu dan semua yang se-se lah. Serius,dengan orang lain aku tak boleh,bukan geli cuma aku tak biasa. Tapi dengan dia ni,semua aku boleh. Tidur sebantal,seselimut semua boleh. Memang tak banyak hal!


Wan Shazreen Mior Haridi,aku sayang kau doh! Sayang sangat2,ngeh-ngeh-ngeh. Nanti kalau kau dah kawen jangan lupa aku tau? Jemput aku pergi wedding kau,aku jadi pengapit okay? Eheeem,haha. Nanti ada anak perempuan,letak nama Ellynda. Fuh,maaaaaaantaaaap giloooooo! Kau jangan ada girlfriend lain,selain aku okay? Kalau ada,aku kerat kau macam Sosilawati. Lagi satu,goodluck for SPM. Aku tahu kau boleh buat punya,otak kau dengan otak aku lain. Kau genius! PMR boleh dapat 8A's takkan SPM tak boleh dapat 12A's kan? Ilysm!


ps: Wa sayang lu,tahu? Lu dengar lagu 100juta kali by Fynn Jamal. Wa bagi lagu tu untuk lu!

Birthday Girl




HAPPY 17th BIRTHDAY
TIERA MASLI
MAY GOD BLESS YOU
:)


ps: Wa minta maaf dengan lu,kalau dulu wa ada sombong dengan lu sikit. 0-0 okay? Sayang lu!

September 15, 2010

5 Months Being Single Lady



Single much much much more better,thank you :)


Foineeeee,aku tak ada boyfriend. Suka? Okay,bagus! Title single ni best sebenarnya. Kalau korang reti nak hargai waktu-waktu korang single macam aku sekarang ni,serius korang memang boleh senyum keliling kepala. Serius,tak percaya? Cubalah. Contoh ada depan mata,siapa lagi? Ellynda,ya aku. Hari ni cukup 5 bulan aku single,dalam bahasa kasarnya 'janda'. Sampai sekarang aku boleh senyum keliling kepala,tak nampak? Tengok betul-betul. Aku bukan nak mendabik dada yang aku suka bila ada title single,cuma aku menghayati setiap waktu yang ada bila aku ada title ni. Bukan senang right nak dapat title ni?


Perasaan teringin nak ada boyfriend memang ada,membuak-buak pula. Takpa,aku boleh kawal lagi. Lagipun,aku trauma lagi nak ada boyfriend. Yela,takut aku kena macam yang sebelum-sebelum ni. Susahkan hidup bila ada orang lain nak kena jaga? Korang bayangkan,diri sendiri pun tak terjaga tapi ada hati lagi nak ber-boyfriend bagai. Memang lelaki diciptakan untuk perempuan,tapi dalam keadaan yang sepatutnya dan mengizinkan. Ni tidak,dah tahu bra dengan panties pun mak belikan lagi sibuk nak ber-boyfriend sana sini. Aku pun pernah rasa macam tu,sebab tu aku menulis ikut apa yang pernah aku alami.


Tipulah kalau aku cakap aku tak ada perasaan cemburu bila tengok kawan-kawan aku or even my own ex-boyfriend dah ada girlfriend barukan? Semua orang ada perasaan cemburu tu. Bezanya,layan dengan tak layan je perasaan tu. In fact,dulu aku suka sangat layan perasaan konon-konon sedih bila tengok orang lain ada boyfriend/girlfriend,kenapa aku tak ada. Serius,macam gampangkan? Hahaha. Dululah,sebelum Ikan Dori bagi aku semangat. Pantang dia tahu aku menangis,mahu tak kena hembus. Bagus juga ada orang macam Ikan Dori,at least aku dah tak melalak macam orang mati laki lagi sekarang ni.


Sekarang ni ceritanya,aku bukan tak nak ada boyfriend cuma aku belum puas nak enjoy dengan title single ni. Bukan senang wok! Lagipun,tahun ni aku nak SPM. So,let just SPM be my only one soulmate. Memanglah bosan bila tak ada boyfriend,tapi apa guna kawan-kawankan? Masa ni lah aku nak tunjuk yang aku menghargai kawan-kawan aku. Kalau tak ada boyfriend,credit aku jimat sikit. Duit simpanan boleh melencong ke arah lain,betul tak? Plus,phone aku pun akan senyap je. Tak ada memekak tak kira masa. Phone pun boleh tinggal macam tu je dalam bilik sebab tak ada siapa nak text 24/7.


So,sesiapa yang single tu hargailah title single korang okay? Limited time only,but full of blast! Bagi brotha-brotha yang rasa macam cinta korang yang aku tak layan tu,aku mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Aku bukan tak nak layan,tapi aku lebih selesa berkawan. Berkawan lagi syiooooooooook-oooooo! Kalau pintu hati aku dah terbuka nak ber-couple ni,korang boleh try. Masuklah line apa yang korang nak,Maxis Digi semua boleh. Cuma bagi aku sedikit masa je,tahukan aku dah banyak kali jatuh? Tengok jela,banyak parut lama. It takes time to heal those wounds.


ps: Wa sayang kawan-kawan wa,tapi wa tahu salah seorang yang bertuah akan jadi boyfriend wa juga suatu masa nanti.


September 14, 2010

My Bad


Dude,im sorry okay?
I didnt meant to do that
Say my sorry to your gf
Goodbye for now



September 11, 2010

Stars


Bintang lawa tak? Aku sayang bintang.


Bagi aku,hidup aku macam bintang. Bila hujan turun,bintang tak ada. Hujan ibarat masalah yang selalu datang bergolek-golek dalam diri aku,dan bintang sudah tentunya aku. Bintang juga bagi aku harapan untuk terus hidup,walaupun aku rasa aku dah kehilangan sebahagian besar dari hidup aku. Puncanya? Hidup aku tak pernah dihargai. Aku bukan nak menuding jari dekat sesiapa dan menuduh si polan inilah yang buat hidup aku tak lengkap. Tidak,aku bukan macam tu. Aku rasa hidup aku macam dah jauh sangat tersimpang. Takut nak patah balik dan akhirnya aku berhenti di tengah jalan dan berdiri di dalam dunia yang aku sendiri tidak faham.


Aku cuma mengharapkan diri aku sendiri untuk lebih cekal serta kuat untuk menempuh pelbagai dugaan hidup aku yang semakin bertambah ni. Thank God,sebab aku dah jumpa seorang yang boleh bantu aku dalam memeberi semangat serta kata-kata peransang. Korang tahukan siapa? Lagipun,from day to day aku semakin rapat dengan dia. Who else,Ikan Dori akulah. Aku menangis,cari dia. Aku nak happy,cari dia. Even aku baru sangat kenal dengan dia,tapi aku dah tahu yang dia dah kenal separuh dari diri aku. Memang pelik,tapi inilah kenyataannya. Aku senang nak bercerita dengan dia,tak malu nak bagi dia tahu aku menangis dan aku tak kisah kalau dia nak marah aku.


Sebelum ni,aku selalu pendam apa yang aku rasa sebab aku dah kehilangan dua orang yang paling banyak aku kongsi masalah dan yang paling aku sayang. Aku susah nak terima hakikat tu,tapi aku kena. Nasib ada Ikan Dori,dia banyak sangat tolong aku even kadang-kadang dia pun annoying plus heartless. Aku rasa dia dah macam bintang aku,sebab dulu aku selalu bercerita dengan bintang. Lepas je aku dah hilang half of my soul,aku selalu duduk dekat luar dan bercakap dengan bintang. Memang gila,tapi ni hobi aku. Aku rasa,sekarang aku dah tak payah buat macam tu.


Bintang yang ada dekat langit tak selalu ada,bila hujan dia tak ada dan bila tak hujan dia ada. Bintang yang ada dengan aku,selalu ada. Baru sebut nama dia,dia dah text. Bila aku cakap nak cerita something,dia dah call. See,berbaloi tak? 4 bulan lepas,bibir aku tak reti nak senyum. Kalau aku senyum pun,serius tu fake. Sekarang ni,bila dengar je suara dia bibir aku dah senyum. Bukan senyum biasa tau,senyum keliling kepala. Dia pandai buat aku gelak,even lawak dia tu annoying nak mampos. Takpa,aku tak kisah. Dia kan bintang aku. Kalau aku mengarut sikit,habis kena hembus dengan dia. Bintang aku garang --'


Bintang,ini untuk awak:
♥ Bintang,awak jangan pergi tau? Awak tahu saya perlukan awak,awak jangalah pergi jauh-jauh. Saya perlukan awak untuk terus ke hadapan. Kalau awak tak ada,siapa nak bawa saya pergi ke hadapan? Orang lain tak boleh,awak je boleh. Lagipun,orang lain tak sama macam awak. Saya rasa awak hargai saya,orang lain? Hmm,saya tak pernah rasa dihargai. Lagi-lagi orang yang saya sayang. Sebab tu saya takut nak sayang orang lagi. Takpa,saya tak nak sayang awak sebab nanti saya tak rasa dihargai. Saya benci awak,bolehkan? Lagi saya benci awak,lagi saya rasa dihargai. Awak teruskan jadi bintang saya bolehkan? Saya tak nak awak jadi bintang orang lain,saya tak suka. Nanti awak dah jadi bintang orang lain,awak dah tak pedulikan saya. Macam mana? Saya tak nak,tak sanggup nak hilang bintang yang saya benci. Saya janji saya akan berubah macam mana yang awak cakap. Saya janji akan jadi Ellynda yang lebih positif. Saya janji akan jadi lagi kuat. Ya,semua saya nak janji dengan awak sebab saya tahu awak boleh pegang janji saya. Betul tak? Awak jaga diri,jangan selalu tidur dekat cc je. Mata awak dah lah macam ikan dori,nanti awak tidur dekat cc entah macam mana teruk lagi mata awakkan? Jangan nak merokok je. Nanti paru-paru awak tersumbat,macam mana? Jangan buli saya lagi,dah lama saya tahan dengan annoying awak tu. Jaga suara awak,sebab saya sayang suara awak. Benci awak,Ellynda.


ps: Wa sayang bintang ni,jangan bagi dia pergi jauh okay?

Raya Oh Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri from all of us!

Ell,Erveena,Busu Yanti,Emmelya

Emmelya,Erveena,Ellynda

The new Ell

Ariff Daniel,Ell,Mama,Papa,Boy,Adam Danish

Full of blast!


Pagi raya,aku bangun pukul9. Serius lambat gilakan? Yelaa,aku tidur pukul berapa pula semalam. Melayan kepala Angah,memang tak kering gusi dibuatnya. Kukikuki sana sini,tangan susun kuih raya dalam balang. Ada yang tak sempat masuk balang,terus je masuk mulut aku. Biasalah,teruja. Pagi raya tu aku dah janji nak kejut someone,pergi sembahyang raya. Dah aku bangun lambat,nak kejut apanya? Aku bangun,orang dah balik sembahyang. Aku terus meloncat pergi mandi. Siap dan siap,eyeliner dan maskara tak pernah lupa.


Papa dah memekak dekat porch,suruh cepat. Duh,relax sudah. Nama pun perempuankan? Memang madah siap lambat. Teruja doh,dalam kereta rasa macam nak menjerit je. Punya excited nak pergi rumah nenek. Sampai je,duh sunyi je. Oh,baru aku ingat. Aunty Rozy and her family sambut raya dekat Bandung. Paling best,bibik dia pergi tinggal dekat Malaysia. Weh,pelik tak pelik? Huh! Pergi dapur,salam cium nenek. Sempat mintak maaf,siap cakap 0-0 lagi. Rock tak rock cucu dia ni kan?


Orang-orang tua semua berbual dekat dapur,takkan aku nak tengok je dorang berbual. Aku duduk dekat hall,makan kuih raya. Kuih raya dekat rumah nenek memang superb! Dah penat makan,lastly tertidur. Pergh,Boy boleh tangkap feel nak snap muka aku tengah tidurkan. Memang best cerita dia,terus tak boleh nak tidur. Pergi dapur,nenek suruh makan. Duh,kenyang doh perut aku. Aku buat relax-relax je depan bibik. Papa dah gelabah nak pergi sembahyang Jumaat,duh padahal baru pukul12. Aku tak faham betullah,asyik nak gelabah je orang tua ni --'


Mama ajak pergi rumah nenek sebelah mama. Sampai je,oh dah ada tetamu. Awal gila orang datang beraya,err aku tak faham. Mak Andak suruh pergi beraya rumah dia dulu,foinee pergilah. Pergh,ni paling boleh aku makan banyak gilooooo! Mula-mula aku tertarik dengan kuih tart gulung warna purple atas meja. Memang menarik segala naluri aku untuk cuba. Serius,cuba sekali nak lagi doh! Mak Andak dah hidang makan atas meja,boleh pula dia cakap dia masak tahun ni. Memang bodohlah kalau aku tak makan. Rendang dia superb!


Dah kenyang dekat rumah Mak Andak,pergi balik rumah nenek. Nasib dekat,kalau tak tak adanya aku nak menapak. Sampai je,nenek dah hidang makanan. Aduhduhduh,tergoda hamba tengok kuah lodeh. Favourite pula,GRR! Nak tak nak,aku makan juga. Licin pinggan,memang habis diet sihat aku. Letak pinggan makan,makan kuih raya pula. Mulut asyik nak masuk makanan je,kalau tak masuk tak sah. Semua pandang aku,err sorry-lah. Bukan gelojoh,tapi sedap sangat. Orang tua-tua cakap,rezeki jangan ditolak. Kalau tolak juga,tarik balik.


Sesi photoshoot,favourite! Macam-macam pose keluar. Dari yang tua sampailah yang muda,tak tinggal. Dah puas dekat dalam rumah,dekat luar rumah pula. Berpeluh-peluh photographer yang tak professional,haha. Tak cukup nak ambil gambar untuk buat potrait keluarga,ambil pula gambar nak upload dekat Facebook. Alaaa,gambar nak bahan-bahan. Angah paling teruja,dengan Ariff melompat sana sini. Adam lagi,duh memang happening gilalah! Even tak cukup orang dalam keluarga masa tui,tapi kemeriahannya aku dapat rasa 2x ganda meriah dari yang biasa. Well,tak boleh nak cakap apa. Memang SUPERB!


ps: Wa gembira,tapi jiwa wa menangis sebab? Lu fikirlah sendiri.

September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
0-0 OKAY?
MUAH MUAH MUAH

Much Loves,Ellynda Suriya Kenchana


\


September 7, 2010

I'll Let You Go

Aku cuba nasib.

NE: Ben10,bila balik Muar ek?
AA: Saya balik Khamislah.
NE: Kenapa lambat sangat?
AA: Biasalah parent bila nak Raya bertengkar macam mana.


Ya,aku melompat-lompat sebab dia bagi respon bila aku text.

NE: Apek,GRR!
AA: Yer saya.
NE: Buat apa ek? Ada orang request ni. Nak otp boleh?
AA: Trust me,you wouldn't want to hear my voice.
NE: But why?
AA: .................
NE: Bagitahulah,please?
AA: Jangan tanya lagi.
NE: Hmm,okay. Dulu,boleh. Sekarang,tak boleh.
AA: Tak ada mood-lah.
NE: Okay,sorry. You memang tak ada mood bila I contact you-kan?


Hmm,aku dah mula hujan. Lebat sangat. Habis semua eyeliner,maskara aku. Dah lama aku tak menangis,sampai flu datang balik semula.


NE: Okay,im sorry. Dah sebulan aku cuba cari mana silap,tapi aku tak pernah jumpa. Kalau 'masalah' ni buat aku hilang kawan yang banyak share everything dengan aku,aku mintak maaf sangat-sangat. Tapi tolong jangan bagi aku hidup dalam serba salah dan tanda tanya dalam keadaan sekarang. Nanti balik Muar nak jumpa kau kejap,kalau tak nak bagitahu awal-awal. Aku nak bagi dejavu,kalau tak nak buang jauh-jauh. Imy,bye.


Terus tiada respon. Ya,aku faham. Aku cuba faham kenapa keadaan sekarang tak macam dulu. Aku dah dapat baca serba sedikit ptak kau. Takpalah Deng,aku back off. Ya,back off. Aku doakan kebahagian kau. Aku takkan ganggu hidup kau lagi. Aku takkan texting, otp,webbie,walling dan stalking kau lagi. Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin Amir Anuar Badrulhisham. Selamat tinggal sayang :(


ps: Biar wa menangis,jangan pujuk wa. Wa nak menangis.








September 6, 2010

I Miss The Old One


Deng :(


Dah hampir sebulan kita macam ni-kan? Sebulan Deng,satu masa yang lama bagi aku. Aku dah cuba letak ego aku paling atas sekali. Konon tak nak tegur kau lagi,tak nak texting kau lagi. Pui,harapan aku nak bertahan macam tu. Seksa hidup aku,separuh dah gila pun bila kita macam ni. Mengundang betul keadaan macam ni-kan? Baru sekarang aku rasa macam mana kena campak jauh-jauh dari hidup sesorang.


Dah beribu kali aku cakap I miss you,rindu kau blahlahblah. Kau buat bede je-kan? Ya,dulu ada juga aku dengar kau cakap I miss you too. Sekarang? Hmm,dalam mimpi pun payah nak dengar. Penat aku tengok diri aku sendiri dalam keadaan macam ni,serius sadis doh. Kau tak kesian dekat aku ke Deng? Bila aku tengok gambar kita,rasa macam nak menangis ada nak mencarut pun ada.


Lagi 2hari nak Raya,kau nak balik kampung. Kau cakap nak jumpa dan lepas jumpa mesti kita dah okay balik. Tapi,boleh percaya ke kesimpulan kau tu? Haih,nak percaya karang aku yang menangis. Tak percaya,kau pula yang mengamuk. Serba salah tahu serba salah? Tapi tapi tapi,half of my heart cakap 'pergilah jumpa dia,kau-kan rindu dia'. Half lagi cakap 'tak payah pergi,dia dah buang kau'. Weh,mana satu ni? Hmm --'


Aku tak tahulah macam mana nak cakap lagi sampai kau faham. Aku rasa aku dah confess guna dua bahasa,sebab aku tahu guna BM & BI sahaja. Tu pun kau still slow-slow nak fahamkan? Duh,loading ke lampi? Wth. Tolonglah aku doh,tolong bagi aku rasa dihargai sikit je lagi boleh tak? Tak nak harap lebih dari kau,tapi aku terpaksa berharap sebab aku sayang kau. Faham tak? I MISS YOU,BODOH!


ps: Air mata wa dah tak boleh cecah tanah lagi,wa dah menangis dalam je sekarang. Lu ni memang betullah --'

September 3, 2010

Ikan Dori




Terima kasih ya brotha? Terima kasih banyak-banyak :)


Ceritanya memang best,superb doh! Kalau aku tak add kau masa tu,entah bila kita dapat kenal each other-kan? Ada sebab aku add kau,sebab nickname kau. Sid & Chuck,entah kenapa aku minat dengan both of them then kau boleh pula pakai nick Sid Chuck. Duh,memang aku terus add. Kau approve,kau panggil aku nyonya apa entah. Tapi aku tahu,memang masa tu kena bahan je dengan kau pasal nickname aku. Takpa,aku sabar ni --'


Kau IM aku,cerita itu cerita ini. Baru aku tahu kau budak PLKN,masa tu kau cuti. Kau pun cerita pasal PLKN,kau cakap lagi seminggu PLKN dah nak habis. Aku pula masa tu dah nak masuk hostel,kau tinggalkan number phone suruh aku misscall. Aku pun miscall,then kita text apa semua. Pada pandangan kepala mata aku,kau memang tak minat nak texting. Cara kau reply text aku,macam budak-budak baru belajar macam mana nak texting. Nak gelak pun ada,haha.


Texting dan terus texting,lama kelamaan dua-dua senyap macam tu je. Yela,kau busy dengan PLKN. Aku busy dengan hostel. Lagipun kau dah pesan awal-awal,phone kau jurulatih yang pegang. Oh okay,aku pun tak kisah. Kehidupa aku dekat hostel pula macam mana,nak texting or otp pun kena senyap-senyap. Karang kantoi,hancur lebur badan. Kiranya,aku kena sentiasa berhati-hati.


Cuti pun dah bermula,kau pun dah balik dari PLKN. Aku online,kau IM aku. Kau cakap sorry sebab tak reply text aku,sebab phone kau rosak. Duh,mula aku blur juga entah zaman bila aku text dia. Aku layankan jela,sebab aku totally tak ingat bila aku text dia. Cerita itu ini itu ini,pasal PLKN semua keluar. Dalam hati aku cakap,semangat betul mamat ni. Masa tu aku tak terfikir pun kau dah balik dari PLKN,aku ingatkan kau balik cuti --'


Dari FB,terus melalut ke YM. Masa YM,kau busy edit bloggie. Upload gambar PLKN bagai,ya aku okay je. Takkan nak halang,haha. Masa tu pula aku tengah webbie dengan Hewer Wan. Kau pun sibuk nak view webbie aku,aku bagilah tengok. Karang tak bagi,kau nangis pula. Pergh,cerita ni paling best. Madah aku je kena bahan dengan kau,siap panggil aku dino lagi sebab aku buat muka. Kau ajar aku cara nak senyum,tapi aku tak reti lagi --'


Dah teruk kena bahan dengan kau,aku tengok jam dah menunjukkan jam 0320 pagi. Aku tanya dia phone dah okay tak,then dia cakap okay cuma screen tak okay. Dia boleh tanya aku nak call dia ke. Duh,pelik je mamat ni. Fikiran aku pun dia dapat baca,GRR! Kau suruh aku call in 10 minutes. Okay,aku pun tik tok tik tok depan lappy sambil online FB. Kau cakap rumah dengan cc selang 4 buah rumah je,mesti sekejap je dah sampai rumah. Tapi aku was-was,haha.


Last-last,kau yang misscall. Aku pun apa lagi,terus call. Mula-mula aku serba salah nak cakap dengan kau,malu pun ada. Yela,first time otp dengan kau. Takpa,aku cover selagi boleh. Paling boleh kau cakap suara aku matured,sebelum ni orang yang otp dengan aku mesti cakap suara aku macam katak tersepit. Turn kau,lain pula yang kau tafsirkan. Rasa terharu pun ada,nak menangis jangan ceritalah.


Serius doh,mata aku tak ngantok langsung pagi ni,asyik mengilai macam pontianak je pagi-pagi buta. Kau tak habis-habis buat lawak,dengan teka-teki bagai. Duh,memang meriah suasana. Plot paling superb bila kau tafsir diri aku dari segi cinta dan emosi. Grr,semua betul apa yang kau cakap. Hebat doh! Paling paling paling paling extravaganza,bila kau nyanyi lagu Your Guardian Angel dengan More Than Word. Pergh,meremang doh bulu roma aku. Nak lagi,boleh?


Super saver aku habis,kau pula buat super saver. Aku sanggup tak sahur,sebab nak cakap dengan kau. Cerita pasal pastime,kau nasihat aku itu ini. Semua aku ingat,aku semat dalam otak. Ada satu benda je aku tak suka,aku tak boleh betah apa yang kau cakap bila apa yang kau sampaikan tu satu kenyataan yang betul. Grr,masa ni memang aku kena bahan. Tapi tapi tapi,apa yang aku cakap dekat kau semua kau setujukan? Lagi-lagi bab kenapa perlu couple.


Dah penat ketawa,tenaga aku pun dah hilang separuh hanya dengan ketawa. Kau suruh aku dengar lagu Ultraman tapi dalam dialek Kelantan. Aku baru click nak search dekat Youtube,kau dah tertidur. OMG,aku boleh dengar kau tidur doh! Hahaha,relax brotha. Rahsia kita berdua okay? Shhhh. Comel habis,tengah-tengah bercakap boleh tertidur pula. Aku nak jerit,tapi tak sampai hati sebab pasal otp je kau sanggup tahan mata. Haih,takpa kau tidur nyenyak-nyenyak.


Ingat pesan aku:
--> Puasa,kalau tak boleh mesti nakkan.
--> Jangan mandi pagi-pagi,nanti hidung berdarah.
--> Rokok tak sedap.
--> Jangan membazir.


ps: Wa gembira ni,wa tak henti-henti ketawa. Mata wa pun segar bugar je. Terima kasih ya ikan dori sebab bagi wa tenaga lu sikit :)

Datang Tak Diundang,Pergi Tak Dihalang


Kau datang,tak bagi salam. Kau pergi,tak payah cakap goodbye.


Sememangnya,tidak dapat dinafikan yang menulis merupakan sebahagian dari hidup aku. Kalau tak menulis dalam Manis & Pahit,aku akan menulis di Accidentally Being Retarded. Menulis,hobi aku. Tapi aku tak cukup legend nak buat cara penulisan aku penuh dengan unsur sarkastik. Belum mahir,masih di bawah tahap dewa. Takpa,aku masih mencuba yang terbaik hanya untuk hasil penulisan aku nampak legend.


Aku bersyukur sebab ramai pengikut serta pengkritik yang sudi singgah dekat Manis & Pahit aku ni dan sanggup meluangkan masa senggang hanya untuk membaca hasil penulisan aku yang masih di bawah tahap dewa-dewa. Tak lupa juga untuk mereka yang selalu mengkritik setiap hasil penulisan aku,ah terharunya aku. Setiap hari,bilangan pengikut aku semakin bertambah. Tak tahu bahagian mana yang menarik minat korang untuk klik perkataan 'follow'.


Tapi,ada juga yang baca Manis & Pahit aku hanya untuk mengorek segala rahsia serta berlakon sebagai seorang stalkeryanglegend. Ah,aku benci! Cukup benci. Masih ada lagi rupanya manusia yang hidup seperti orang ketandusan tamadun sendiri,kesian. Bagi aku,membaca sesuatu karya kepunyaan orang lain tidak salah. Tetapi tidak perlulah dihebahkan sampai ke status Facebook serta agenda meng-tweet dekat Twitter.


Bagi aku,berkelakuan seperti ini sudah cukup sampah bagi aku. Tidak cukup dengan menyibukkan diri atau dalam erti kata lain,stalking atau dengan perkataan yang lebih senang sibukmenjagatepikainorangsampaikainsendiriterlucut,manusia seperti ini tidak mempunyai hidup. Bising sana bising sini pasal blog si polan yang ada tulis pasal bf si anu,update dekat status Facebook,tweet dekat Twitter. Tak ke bodoh namanya tu?


Maaflah kalau penulisan aku pada kali ini agak keras,sebab aku tahu ramai manusia yang mempunyai hati mulia masih ingin menjaga tepi kain aku walaupun hidupnya sudah berbunga-bunga. Pada aku,aku tak larang kau nak buat apa sebab aku hanya menulis dan setiap penulisan harus ada pembacanya. Sebagai pembaca,kau harus hormat terhadap penulis yang penat lelah menulis penulisannya untuk tatapan umum.


ps: Lu baca selagi lu boleh ada keupayaan melihat. Lu dah bahagia tapi lu jadi manusia yang sibukjagatepikainorangsampaikainsendiriterlucut,lu tunggu jela kain lu terlucut. Masa tu baru lu tahu,malu tak malu bila tengok kain lu dah cium tanah.