July 1, 2010

Terima Kasih



Dua hari lepas. Aku bosan. Phone aku membatukan diri,tanpa sebarang bunyi. Aku tak tahu apa perlu aku buat. Tidur? Ah,dah penat nak tidur. Online? Ah,bosan sebab dorang asyik ber-walling dengan menanyakan hey ell,sihat tak? Haih.


Aku buat keputusan untuk berblog-walking. Bukan selalu aku buat begini. Entah tiba-tiba mood sampai nak berblog-walking. Aku suka. Lagi-lagi bila baca blog favourite aku. Kau tahu? Alaa,yang dekat sebelah penulisan aku ni. Baca dan terus membaca. Aku tersentak melihat sesuatu yang aku rasa tidak aku jangkakan sebelum ini. Gambar bogel? Sama sekali tidak. Berulang kali aku baca entri tersebut. Sudah tiga kali aku ulang. Aku gosok mata,betul ke apa yang mata aku nampak dan baca? Ah,kebetulan mungkin.


Gadis yang menulis entri tersebut,ya aku kenal. Tersangat kenal. Takpa. Aku baca lagi entri tersebut. Entri tersebut berkaitan masalah yang aku hadapi tiga minggu lalu. Dia berani bersuara. Dia kental. Aku tak kuat macam dia. Aku hormat dia lepas saja aku baca entri tersebut. Aku sama sekali tidak menyangka bahawa ada lagi orang prihatin terhadap isu bodoh hidup aku itu. Biar aku rahsiakan siapa gadis ini. Aku tidak suka menhebohkan sesuatu benda yang aku rasa sangat bernilai bagi aku. Biar aku simpan entri ini dalam poket.


Aku tidak tahu bagaimana harus aku mengucapkan terima kasih kepada gadis ini. Walau dia hanya menulis *** sebagai menggantikan nama aku,ELL tapi aku tahu entri tersebut ditulis khas untuk isu bodoh hidup aku. Aku kenal dia tetapi kami tidak berkawan. Atau mungkin selepas ini kami boleh berkawan? Ya,aku terima dia sebagai kawan aku. Aku suka cara dia bersuara. Bila boleh aku berani bersuara seperti dia? Dia lawa,dan ada hidup bahagia sekarang ini. Bestnya. Takpa,aku tetap hormat dia sebab dia cuba mempertahankan hak aku yang selama ini tercalar akibat perkara bodoh itu.


Terima kasih Monster :)

No comments:

Post a Comment

Ludahan

Note: Only a member of this blog may post a comment.